Tuesday, December 14, 2010

Bila anak dah sama besar...

Salam..

Tau tak kenapa saya publish gambar ni?



Sebab.. saya nak bagitau yg semua baju yg dipakai di atas tu adalah baju saya..


Uwaaa..


(kecuali budak pompuan tecit baju cream tu.. hah, yg tu baju kakak2 dia)


Bukankah itu semua petanda yg saya juga sudah semakin tua?


Oh tidak... (oooh yes!)

Friday, December 10, 2010

Food Lagi

It has been quite sometimes I didnt bake.. senyap sunyi almari baking saya..
Kesiaaaan...

Orang dah tanya bila nak start balik.. orders are in, tapi saya masih belum get the momentum.. uarrgghh..

tapi saya gagahi jua, buat marble cake 9 buku sahaja, lepaskan orang punya order, itupun sebab ada orang pregnant teringin.. saya buat lebih sikit..

brought to the office, baru turun kereta, kawan sebelah parking saya dah tanya..

amik satu, dalam lift sahaja, i managed to sell 4 already.

hehehe.. Alhamdulillah


Ini response untuk kek marble ituew.. melalui email :
"Subhanallah!
Kak, sedap betol kek marble ni! baru letak kat lidah blm smpai tekak dah bau n terasa kesedapannya, masya Allah"


Ini kek oren saya..
Response yg saya terima selain ahli keluarga sendiri yang kena paksa-rela cakap
'good, niceee....' (itu Muhsin tu..) hehehe
"Sedap, tapi kalau moistkan sikit lagi sedap"
Baik, terima kasih. Akan ku cuba lagi.. Insya Allah.
Ini Laksa Penang. En B yg teringin sangat.. dah 2/3 hari sebelum tu dia dok sebut..
dia komen, kuah laksa saya tu kurang asam betul
.. memang betul-betul kurang asam..
kurang assaaaam punya kuah laksa.. (komen saya pula)
hehehe..
dapat terima teguran itu (walaupun geram ada sikit)
saya tambah juta-juta asam keping pastu, alter balik..
pastu baru dia makan tambah-tambah.
hhhmm.. memang yg sebelum tu kurang asam.
alasan paling 'gerek' untuk selamatkan diri saya : saya bukan orang Penang.

***

Ini soto..


Laaa.. tertinggal la pulak si suun goreng..

(patut la nampak togel jek..)

Bayam masak air.. favourite anak2..


Telur masak lemak

Hah, yg ni sardin.. yg ni my 'killer' lauk..
Nak try?

Sodap, simple and leh gemukkan badan. :o)

RESEPInya :

1 tin ikan sardine
3 buku bawang merah – separuh racik, separuh potong bulat
3 ulas bawang putih - racik
Cili merah + hijau
¾ mug air asam jawa (1/2 genggam asam + air)
Cili merah / hijau (potong serong)
Garam, perasa (jika perlu)


Cara2:

Asingkan ikan sardine dalam tin dari sosnya, sos ketepikan (nak pakai kemudian)

Goreng ikan sardine dalam minyak sederhana banyak, tutup kuali sebab ikan akan meletup2

Balik2kan ikan sardine yg digoreng (hati-hati), tutup lagi kuali

Bila ikan agak2 garing (jangan sampai hangus), angkat ikan & ketepikan.

Tumis sedikit bawang merah + bawang putih yg diracik halus (tinggalkan sedikit bawang merah yg dipotong bulat)

Masuk sos sardine dalam minyak lebihan goreng ikan tadi.

Masukkan air asam jawa, masuk bawang merah potong bulat, masukkan cili merah + hijau

Masuk garam, gula sikit, perasa (jika ada)

Masak hingga agak pekat.. tambah air kalau terlebih pekat..

Masukkan ikan sardine yg dah digoreng tadi, kacau sikit-sikit agar sardine tak hancur dalam lauk
Tunggu hingga agak pekat.

Nota : yg buat hitam sikit tu, adalah minyak lebihan goreng sardine tu.. kalau nak gelap lagi, masuk la sikit (sikit sahaja) kicap..

disclaimer : jangan salahkan saya kalau tambah nasi banyak kali yek..


meh, salam semut sikit. bye!

Tuesday, December 7, 2010

Saman Trafik

Satu hari yg agak tenang... perbualan melalui telefon, dari office Hubby kepada saya yang di office juga :

Hubby : Hello ***, sekarang saman trafik ada diskaun tau.. you dah check ke saman trafik you?

Saya : Eh, belum la.. you dah check you punya ke?

Hubby : Dah.. ada lebih kurang 18 saman..

Saya : Kusss semangat.. banyaknya.. kenapa banyak sangat you punya? Tu la, you suka drive laju-laju.. tengok, dah banyak saman dah.. you kenapa suka bawak kereta laju-laju ek? You tak perasan ke kat mana-mana spot yg ada speed trap? Hissshh.. geram la I.. mesti la ribu-ribu tu.. kot la ada diskaun, tapi still banyak jugak tau nak kena bayar... tu la you... abis cemana? Bila nak kena gi bayar? Sayangnya duit..

Hubby : (dengan nada yg amat tenang) ***, separuh daripada semua saman-saman tu, semuanya kat 2nd Link, menuju ke Gelang Patah tau..?

Saya : HAH? (nota : satu perkataan sahaja.. sambil tergelak kecil tahan malu)


...... sebab jalan ke Gelang Patah tu, sah-sah la jalan ke tempat kerja saya... hehehe.. (punya la membebel panjang.. tup2 diri sendiri rupanya)... helpppp!!!


Thursday, December 2, 2010

Bila Hati Berbunga Ria

Bila terjaga subuh tadi, saya rasa sangat tenang hati.. dah tak perlu lagi terus ter'cacak' kejar ke dapur untuk siapkan sarapan pagi dan makanan tengahari anak-anak yg ada kat rumah, cuci baju, sidai baju, kemas dapur.. waaaahhhhh....

La la la la la... menggeliat sepuas hati.. angkat kaki kanan, kaki kiri, depangkan tangan.. fuhh-lammaaak.. sangat menyenangkan.. nyaman kata orang Sarawak..

Muhsin pun tak perlu saya kejut awal untuk mandikan.. saya pulak tak perlu berkejar nak bersiap gi kerja.. ada banyak masa untuk apply mascara ..saya sesangat relaks dan take it cool jek..

Pukul 8.05 pagi, saya keluar rumah, driving leisurely.. sangat tenang fikiran saya.. siap nyanyi-nyanyi lagi dalam kereta.. hamboii...

Dah nak sampai office, masa tengah tunggu lampu merah kat traffic light.. saya baru perasan something..

Hamboi mak-nyer, kot lah senang ati pun, banyak beno masa untuk berdandan.. takkan la sampai cam ni kot..




.... tak agak-agak.. tergelak mak sensorang you.. hehehe

Wednesday, December 1, 2010

Moga Hartina is....


......








......







.....




... back!

Alhamdulillah.


Segala puji dan syukur ke hadratNya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Agung.


Saya rasa dunia saya bersinar kembali. Semoga the come-back makes if not more, the equivalent good for everyone of us. Amin.

Monday, November 29, 2010

Kisah Pembantu Rumah Kami

Ini Bibik yg dah 3 tahun lebih kerja dengan saya. Orang Tanjung Balai. Dia bukan permanent tapi was on and off masuk Malaysia. Dia akan masuk kerja sebulan, balik seminggu dan masuk lagi bila perlu.. untuk kerja di rumah kami (contoh, bila saya bersalin, bila suami masuk hospital, bila kami nak travel, bila Moga cuti.. etc).
Dia ni la yg saya hantar pulang last month atas sebab-sebab yang memang takleh lagi nak ditimbang-timbangkan. Cerita penuh ada kat entry bulan 10. Unsangkarable.
(Percaya tak saya cakap, bila saya bersalam, saya cium tangan dia.. fikirkan dia 'orang tua', saya perlu hormat..) --- ciissss..


Yg ni pulak 2 orang pembantu saya, satu permanent (baju hitam)
and yg baju biru tu undertraining (masa tu).

Baju hitam, nama dia Moga. Tak pernah masuk Malaysia sebelum ni, dah kerja dengan kami semua hampir 2 tahun. Peribadi - luhur. Saya anggap dia macam ahli keluarga sendiri. Last raya puasa, dia balik kampung and tak dengar khabar berita walaupun kami try call berjote-jote (juta-juta = banyak kali la tu..) sampai la semalam. She called melalui 'agent' dia kat Dumai and wants to come back for work secepat mungkin. Today, dengan penuh tawakkal, saya dah uruskan duit tambang dan duit pemergian dia ke sini semula melalui Western Union, harap2 she turns up tomorrow (Insya Allah, Amin).

Yg baju biru (Italia tuuuu..) nama dia Rastati, dari Padang.
Hanya sebulan kerja di rumah saya.
Dia balik dua minggu sebelum raya Puasa and we dont want her back.
Scary.


Esok, saya dan anak2 akan ke Melaka untuk pick up Moga after 3 months tak jumpa (yg sebenarnya hilang tanpa khabar berita)

Semoga perjalanan kami selamat dan berhasil.

(Saya sebenarnya skeptical with them all,
hanya kepada Allah kami berserah - Tawakkal'alallah).


Doakan kami.

Wonder Girls

Bebudak pompuan kumpulan 'The Wonder Girls' ni memang kejenyer ceria sokmo. Kat mana-mana pun ceria. Posing jek selagi boleh.. Tengok la gambar-gambar ni..







Si budak tecit ni pun sama..

Semua gambo ni kat spital adanyer...
Manyak senang ati nampaaaak?