Friday, December 31, 2010

Another Sweet Thing

Isn't this sweet?

We found this note during our spring cleaning recently.

It was a note (doa) written by Marieah sebelum Nadiah periksa UPSR dulu :


"Ya Allah, izinkanlah kakakku berjaya dalam peperiksaan UPSR dan juga SPPM. Aku mengharapkan kakakku mendapat 5A dan 13A dalam peperiksaan. Tetapi jika Engkau tidak mengizinkan nya Allah, apakan dayaku. Ya Allah, sihatkan lah tubuh badan kami. Kau permudahkanlah urusan kami. Kau cergas kan lah minda kami. Ya Allah, aku memohon kepadamu ampunkan dosa-dosa kakakku, cukupkan kakakku untuk menghadapi peperiksaan. Ya Allah Ya Tuhanku, kepada Engkaulah kakakku beribadah dan bertawakkal. Ya Allah, Kau berkatilah usaha kakakku. Ya Allah, Ya Tuhanku, sekurang-kurangnya Kau izinkanlah kakakku mendapat 4A 1B dan 10A 2B dalam peperiksaannya."



... dan ini result Nadiah :


.. dan result SPPM (pelajaran khas sekolah Agama -
Tajwid, Fikh, Aqidah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Hafazan, Tilawah, etc)

9A dan 4B


Ini hadiah dari Ayah & Co (sekeluarga) :



She wanted nothing as a reward but she loves art so much.



Alhamdulillah.




I put this today because I know sooner or later, everyone will forget about all these.


This is not small, this is special.


Indeed, it touches my heart each time I read it.


And, I hope Nadiah always remember this.


Marieah & Maisarah's turn for UPSR this year.


Mom's love - I have decided a sacrifice.


I want to be a full time mom.

Thursday, December 30, 2010

... Saje post gambar ni nak bagi teringat..
saya masih baking & selling yg ini..
my signature cake




Wednesday, December 29, 2010

Budak Towel

Muhsin dan Towel


p/s:
Ini bukan gambar anak kucing terbelit benang kait ok?
hehehe




Kalau ada sesiapa nak bagi souvenir untuk Muhsin, I think towel'd be the best thing!
:o)

Nota :
Bila nak berjalan-jalan, satu beg penuh ngan towel dan towel dan towel dia jek..
Ntah mana dia 'turun' ilmu towel dia pun saya tak tau.

Saya dah checked dengan En Tomei, dia tak mengaku. :o)

Jap eh, saya cuba ingat2 balik kot masa pregnant saya teringin nak mamam towel ke..?
hehehe..


Oh, confirmed -- tidak.
:o)

Monday, December 20, 2010

Ini gambo2 lama yg tak sempat2 upload

Lokasi : Taman Tropika, UTM
Hari : Pagi Sabtu yg tenang, bulan Nov 2010
Jam : 8.00 pagi



Ni bekal piknik yg dibawa dari rumah..



(Siap periuk nasi yg tak tahan tu.. hahaha)


(nasib baik saya tak suruh bawak esbok sekali)


-- alasan : masa tu pembantu lom balik lagi, so saya sorang jek yg gumpal2 kat dapur..

kira nak mudah - angkat jek semua sekali!


(masa nak jalan ke jetty tu, saya nampak la 2/3 orang sesenyum
nampak periuk tu..) <-- nasib baik anak-anak yg angkut..


:o)

Dialog Suci

Satu perbualan yang agak seram bagi saya tetapi tidak bagi si hensem Afiey (4 tahun)

Ahad, 19 Disember 2010
Lokasi : Dalam bilik di rumah Kak Long, Bangi
Jam : 10.30 pagi
Sebab Musabab : Jarang jumpa


Afiey : Kakak, kakak.. tengok Afiey ni (sambil lompat2 atas katil) <-- satu penghargaan tu, terima kasih Afiey

Saya : Ini bukan kakak la sayang...

Afiey : Abis tu, siapa?

Saya : Alamak! Errr.. errr..

Afiey : Siapa?

Saya : Err.. Nek Teh.. tapi Afiey takyah sebut 'Nek' tu kuat-kuat, Afiey sebut 'Teh' je yg kuat tau..

Afiey : Nek Teh, Nek Teh.. tengok la Afiey lompat2 ni...

Saya : Gulp! (Tak dapat terima kenyataan yang saya ni dah pangkat 'Nenek')

Susur galurnya adalah :

  1. Kak Long tu Enche' Afiey. Enche' tu Nenek.
  2. Kak Long kakak En Tomei saya.
  3. En Tomei saya Atuk Teh kepada Afiey.
  4. Saya pula... uwaaaaa! (masih belum dapat terima kenyataan...) -- nasib baik jumpa jarang-jarang kan Afiey..

hehehe...

Potong Rambut (Bukan Rumput)

Apa yang tak kena dengan rambut Insyirah ni? Potongan yg agak tak rata, asal boleh je..


Rambut Maisarah ni laaaagi la.. atas kening, senget macam menjunam gitu.. la hai...

Hepppp!! Sungguh tak bertauliah si tukang gunting ituew..


Ada ke patut pakai kain batik buruk buat alas baju?

Ada ke patut pakai gunting kertas jek potong rambut?

Ada ke patut pelanggan tak boleh pilih-pilih potongan rambut cemana yg dia nak?

Ada ke patut pelanggan kena angkat kerusi yg nak didudukkan sendiri?

(apo punya bahaso la ni..?)

Ada ke patut pelanggan kena bersihkan rambut2 dia sendiri?

.. dan pakai bedak sendiri..?

Memang tak patut pegi potong rambut sama itu tukang potong rambut (ke rumput?).

(wah, cam pantun pulaks)

Saturday, December 18, 2010

Training.. ok?

18 December 2010 - 4.24pm

Saya di Pusat Latihan UTM. Tengah training Panduan Lengkap Pembinaan Website. Memang beriye-iye. Tapi, saya nak bagitahu yg sampai waktu ni.. (dari pagi tadi, jam 8.30pagi.. sekarang - tengok waktu kat atas tu) ...saya rasa pakai blogspot laaaaagi senang. Pening kepala nak paham...

Nanti saya update lagi, kot la pukul 6 petang karang saya dah terror ker.. tungguuuu..

Nak share sms saya kat Hubby, pukul 4.34 petang :

"I dah baca doa untuk bukak hati dan minda this morning, tapi sampai sekarang i masih belum boleh nak faham apa yg trainer ni cakapkan.. Only few i captured, and trust me - not 1 day needed for this kinda training.
1 year maybe."

Hubby then replied :

"Kesiannya, balik je lah"


Tak terpengaruh dengan kata-kata manis ituew, saya teruskan pembelajaran, hingga jam 7 malam.


Sampai sudah dan selepas sudah penyudahnyer, saya masih lagi tak paham... hehehehe..

Hahaha... teruk!



Evaluation : otak saya yg dah karat tebal ke, trainer tu yg tak perform well?


... saya rasa faktor kedua.


... husband saya rasa faktor pertama..


hahaha