Saturday, April 16, 2011

Hamnira Delights Went KL


***


Friends' support



* My 'other-half' *

Always-Cun Aleen

Ever-dearest Tuty and Maizura (after belas tahun tak jumpa!) My lovely buddies of ITM Manjung

Not in photo, tapi support baaaik punya : Marsya, Nina, few others.


Thank You. Thank You. Thank You Darlings!


Wednesday, April 13, 2011

Alahai Budak Muhsin

-- Kisah Muhsin dan Tudung Saji --


Memula..


Cubaan menyerkup 'mangsa'


Berjaya!


Check, check.. 'mangsa' ok tak..




Yeyeh.. yeyeh.. score, score!!




(saya gelak tergolek amik gambo ni)




Alahai Dak Muhsin...






Saturday, April 9, 2011

Boy and Their Toys

Anak orang and their toys



***

Anak saya and his toy(s)



..semua barang-barang rumah!


Muhsin oooooh Muhsin..


...

Semoga menjadi anak, adik, murid, pelajar dan suami (nanti bila besor nanti) yang soleh


Amin...

(tangan lepas mamam coklat cake) :o)



Bersedekah

Hari ni tazkirah. Serious ni. Saya nak tulis pasal sedekah, supaya saya sendiri bila-bila masa baca balik pasal entry ni akan teringat perihal sedekah ni. Supaya, kalau-kalau entri ni dapat bermanfaat kepada siapa-siapa yang membacanya. Insya Allah, Amin.


Saya sendiri dulu agak 'kabur' pasal sedekah ni, sebab frankly, kita rasa kita sendiri pun kekadang tak cukup kan.. cemana nak sedekah kan.. tapi Alhamdulillah, sesekali ada sahaja yang saya came across pasal sedekah ni, baik advice dari ahli keluarga saya sendiri, baik dari kawan-kawan juga, juga daripada (biasanya) orang-orang yang berjaya dalam kehidupan (Insya Allah, secara physicalnya).. so, bila saya mulakan praktis bersedekah, Alhamdulillah, saya terasa janji Allah tu.. benar. Allahuakbar.


Dan paling-paling sekali apabila saya sendiri come across ayat Quran pasal sedekah ni, saya bersyukur dan betul-betul rasa Allah itu Maha Pemberi (Al-Wahhab) dan Maha Luas PemberianNya (Al-Wasi').. Allahuakbar.


Ni nak share ayat 18, Surah Al-Hadiid :


"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya dilipat-gandakan (pembayarannya) kepada mereka, dan bagi mereka pahala yang banyak."


.. maknanya, Allah dah janji - 'nescaya dilipat-gandakan..' wah! Tak best ke tu? Itu janji Allah, bukan janji manusia. Allah kan Al-Mujib (Yang Maha Mengabulkan)?


Ni dalam surah yang lain pulak, surah Al-Munaafiquun, ayat 10 :



"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata : "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

Ada lagi ayat-ayat lain for sure, but that the recent surah yang sedang saya baca.. Tak bermaksud mengajar, tapi sekadar berkongsi.. tak boleh ceritakan di sini apa yang saya dapat sebagai ganjaran amalan dikhuatiri dianggap riak ataupun 'iye-iye-kelapa', tapi kalau boleh saya sharekan di sini tentang janji Allah tu, saya nak kawan-kawan yang baca entry ni jadikan bersedekah tu sebagai amalan, bila-bila masa, bila-bila ketika sahaja...walau di mana pun, Insya Allah.. Insya Allah..


Lagi satu, saya pernah terbaca tentang Sayyidatina Fatimah Az-Zahra, dia dan Saidina Ali hidup miskin tau, tapi bila-bila ada tetamu yang datang ke rumah, dan ada ketikanya peminta sedekah, dia akan sedekahkan apa yang dia ada dengan ikhlas walaupun hanya dengan sepotong roti... So, kita tak boleh ke sikit sebanyak buat perkara yang sama? When you see apa-apapun, sesiapapun, di mana jua.. selit-selitkan ingatan untuk bersedekah tu.. dengan ikhlas hati, kerana Allah.. Insya Allah..


Wallahua'alam.


Semoga bermanfaat. Insya Allah, Amin.


Juga, dikongsi sama dalam entri ni, surah Al-Hadiid ayat 20 ada mengatakan bahawa.. "dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" "(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."


Wallahua'lam.





Monday, April 4, 2011

Being at Home

Cuba teka apa yang ada di bawah 'runtuhan' aiskrim dan strawberry ni?

Kek pisang lembik, tak jadi, ter-lebih sudah tang moist dia tu.. hehehe

tapi bila dah kena di-1Malaysia-kan dengan aiskrim + stroberi + paksarela suap kat mulut..

..no one (of course -- paksa maaa...) can resist! hahaha


Cuba teka apa jenis makanan di bawah ni?

Betul..


Roti John-Johna-Jonathan, tara pam-pam-pam-pam!


memang 'tara-pam', benyek jek rupanya) hehehe


heh, rupa takde, hati baik - ok? ;o)


-cam rupa ikan pun ada gak yg satu tu-


sambal tumis sotong


(setelah berkurun tak buat sambal tumis sotong - memang leh nangis sotong dalam esbok mintak masak) :o)



***


Projek hari ni, ada permintaan dari seberang tambak


Choc Brownies with Almond Nibs


Hah, yang kat bawah ni 24 kek coklat yang siap untuk diangkat dan ditukar-tangan dan ditukar-negara-kan


Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dari Allah.





I am happy. Being at home. Being with kids. Being with family.


Being with my passion. Being with myVi. Heh, perlu ke masuk? Hehehe...



p/s:



Oo.. cakap pasal myVi nan comel itu, nak tau?



MyVi itu sudah ada P = Professional Driver yang agak visible (itu saiz standard kata orang).

Dan Professional Driver itu adalah jeng, jeng, jeng -- Mahfuz.

Jadi, bila saya bawak kereta itu secara 'kurang beradab di jalanraya' @ cilok-cilok,

saya akan turut sama di-hon macam nak rak oleh kereta-kereta lain (dan lori serta ambulans juga).


Ceh. Aloo..

P itu anak saya punya la..

saya pemandu yang dah memang terror-seterrornya la.. excuse me, eh?

(...statement bela diri sendiri dalam kereta yang takde siapapun minat nak dengor.. )


hahaha


Saturday, April 2, 2011

Pagi Yang Agak Tenang

Resepi simple dari kawan saya yang bernama Rashidy Murad


Sampai sekarang jadi favourite anak2 juga..

Nama resepi ni tak tau apa, tapi kitorang panggil kentang mayonis jek.. :o)




Cara-cara :


Panaskan minyak (nak goreng kentang, minyak mesti sangat panas)


Bersihkan kentang, potong bulat-bulat dengan kulit sekali


Gaul dengan sedikit tepung jagung


Goreng hingga keemasan, bila dah agak2 dah masak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat juga ke dalam kuali supaya boleh angkat kentang dan bawang sesama (rasa bawang akan buatkan kentang lebih sedap)


Toskan minyak, transfer kat piring lain, picitkan mayonis + kalau nak pedas sikit, curahkan sos cili sikit.


Cubalah, simple dan sedap.


***


Sarapan ekspres dari saya (yang buat sarapan dah pukul 10 pagi) oopps!


Bihun Sup


Tumbuk bawang putih + bawang merah + udang kering

Tumis

Masuk air

Masuk perasa, garam

Masuk carrot (potong bunga)

Masuk telur (jangan hancur sangat -- jangan ikut kaedah saya atas tu) hehehe

Masuk bihun (yang telah direndam awal - guna air panas, kurang 1/2 jam bila nak cepat)

Masuk sayur sawi (yang dah dipotong, jangan letak sepokok walaupun kita nak cepat) :o)

Potongkan cili - untuk warna cantik dan pedas sedikit

Angkat. Hidang

Tabur bawang goreng.

Buat sedikit cili cicah - bawang putih, cili padi, perahan limau


(saya tak buat, sebab nak cepat, semua orang dah lapar) :o)


***


Ini bab lain.

Intan - my dear Sis, bagi last Friday, sempena seminggu keberangkatan saya dari PTP.. hehehe..

baru semalam saya dapat bukak dan try 10 kali depan cermin.

Suka.



Terima kasih Tot (jangan betulkan bacaan anda),

semoga persahabatan kita kekal abadi, healthy dan I love being your sister.


Muhsin - 1 tahun 8 bulan

At this age, Muhsin dah pandai cakap dua suku kata perkataan,

contoh

"Ayah, kakak, abang, katak, malam, cucu, mamam, kucing, badak, kodok, babam, ikan.." antaranya..

cuma yang dia belum fasih lagi, perkataan sangat important...


"Ibu"


leh ke cenggitu? :o)


bila tanya dan tunjuk kat saya 'ini siapa?".. dia akan jawab..



"Abe"..




Aduyai, dia ingat ni Cik Baba jatuh dalam parit ke? hehehe



p/s : perasan tak cermin mata tu sebelah je ada glass? hehehe.. keje dia la tu.. abis spek kakak dia..



(nasib baik spek kakak dia tu yang tipu-tipu-nampak-cam-budak-pandai punya spek) hehehe