Tuesday, October 11, 2011

under an apple tree

belum tercapai lagi.

nak mimpi jap.

^_^

Saya Mahu


Ada perkara yang perlu saya improvekan dalam hidup saya sekarang :
1. Solat awal waktu
2. Be efficient in time management
3. Improve cooking skill
4. Nak mengaji lagi dan spend masa yg lebih untuk belajar balik tajwid
5. Curi masa untuk belajar taranum
6. Labuhkan tudung
7. Longgarkan pakaian
8. Start collect niqab
9. Kerap bangun malam untuk tujuan baik tu (bukan setakat buat susu atau gi tandas je)
10. Be efficient dalam macam2 perkara.
11. Be supermak.
12. Be more focus dengan kehidupan dunia dan akhirat
13. Nak pandai khusyuk

Doakan saya.


Ready-made Pastry (No recommend)

Cubaan saya untuk buat egg tart.
nasihat saya, buat tart shell sendiri.
jangan beli pastry yang dah siap tu. it didnt worked well for me.

rasa egg filling tu sedap.
nadiah kata macam rasa kaya ball.
the last piece anak2 rebut jugak, kira ok la tu.

i must re do this guna tart shell yang betul.
musti.

lebihan pastry tu saya cuba buat pizza.
pun tak best.
sungguh pun tak best, tak sempat amik gambar jugak.
yg sempat cuma pizza on sliced bread jek.. :o)

untuk resepi pizza sempoi di atas :

kimball spaghetti sauce
potong sosej
potong bulat bawang
kalau ada mixed vege, letak ye (saya masa tu agak 'darurat', nak cepat)
letak mayonis
taburkan oregano, basil (dalam botol),
taburkan mozarella cheese
bakar pada suhu 200c, 7 mins

siap, insya allah - sedap.

p/s: ini pizza sempoi dan paling cepat. senang nak sediakan. :o)


Monday, October 3, 2011

Dalam Masa 24 jam Sehari Itu

Dari pukul 8.00 malam hari ini ke esoknya 8.00 malam

~~~

Siapkan cupcakes 600 + 300 pcs

Gi Pesta Konvo




balik dari Pesta Konvo almost 11.00 pm, deco cupcakes




siapkan kek birthday tempahan
(gambar ehsan dari Facebook kawan tu)

Hantar cupcakes untuk majlis hari terbuka kawan

kat rumah cantik kawan tu (Gee)

hantar cuppies tu together with marble cake

balik dari tu, siapkan cuppies for Aifa


siapkan HD Mini Delights

dan Marble Cheese for birthday

and a best-friend's daughter birthday cake

an order from a friend for her Dept

amacam? ada berani? hehehe

that's my routine almost everyday.

but normally, bukan cupcakes.. but economy size packs.

tak banyak, 100 - 150 packs jek sehari.

^_^



p/s: selalunya saya cerita pasal kek kat my other blog, Hamnira Delights tapi kali ni saya masukkan sedikit citer pasal kek untuk this blog. Now you know, am a juggler between blogs. :o)

Cerita Biasa

Satu pagi tu, pukul 9.30 pagi.. Nadiah called dari public phone sekolah.

Nadiah : Ibu, Ibu.. Ibu apa khabar?

Saya : Hmm.. baik.. ada apa ni Nadiah?
(gelabah gak saya, bila dia call masa kelas kat sekolah)

Nadiah : Err.. Ibu boleh bawa makanan pergi sekolah tak? Nak pinggan, plastic cup sekali kalau ada.. Nadiah ada jamuan pukul 11 pagi ni. Tapi ibu tak payah sampai kena beli. Apa yang ada kat rumah jek (cakap sangat laju sebab nak kejar line duit syiling takut terputus)

Ibu : Hah? Pukul berapa? Berapa orang makan?

Nadiah : Yang sebenar ke yang tak sebenar?

Ibu : Tak kisah lah, cakap cepat-cepat, berapa orang makan?

Nadiah : 29 orang punya makan

Ibu : Hah? Orang lain ada bawak makanan tak?

Nadiah : Ada, tapi tak sure banyak mana.

Ibu : Ok, Insya Allah

Nadiah : Tapi ibu jangan bawak macam2 makanan tau.. takyah susah-susah, simple-simple je.. takyah beli-beli.. apa-apa je tak kisah.. Nadiah tunggu kat pagar sekolah pukul 11.05 pagi

Tup! terus terputus...

Tinggal 1 jam je lagi.

Nak gi sekolah dia je dah amik masa setengah jam.

~~~



Siap.

Bila sampai sekolah, saya pass dia satu paperbag besar ngan barang-barang makanan tu.

Dia nampak kek coklat siap potong. Siap pencucuk sekali, senang nak makan.

Saya beritahu ada triffle kat bawah kek coklat tu. Dah sedia sudu kecil untuk cedok.

Dia tergelak.

Pastu saya beritahu bawah sekali tu ada kuetiaw goreng. Ada garfu plastik.

2 set each, untuk Banin dan Banat (panggilan boys n girls at her school)

Dia lagi lah tergelak besar!

Dia kata, 'Nadiah dah kata takyah bawak banyak-banyak..'

Saya kata, 'mana ada banyak, tu jek la.. ok la tu untuk pot luck from you'

She said, 'Terima kasih Ibu, Nadiah dah tau dah yg Ibu akan sediakan memacam tauuuu..'

pandai.. memang pandai.. *senada ni* hehehe

p/s : saya agak yang dia sebenarnya terlupa nak beritahu saya awal dan panic bila she got to the school and totally forgot to bring her pot luck portion. Sebab tu dia call dan cakap cecepat siap boleh tanya khabar lagi.. cehh.. kan ker pagi tu baru jumpa? :o)

anak.. oooo anak..

^_^

Sunday, October 2, 2011

Marieah is 12!



Happy 12th Birthday Dear Marieah!

Ya Allah,
tambahkanlah bagi kami, ahli keluarga kami, anak-anak kami
kecerdikan yang tinggi, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.. Amin.. Amin..




Custard Tea Cake

verdict : sedappppppp!