Wednesday, November 2, 2011

Comeiiiiii

Cam nak rak satu petang tu saya cari Muhsin..
bunyi mesin rumput kuat, kat dapur, kat atas, kat bilik semua takde...

risau rasa.. mana budak ni..?

tup-tup bila jengah kat luar tingkap.. alahaiiii...

comei-comei.. comeinyerrrrr!

gelak tergolek tengok.. hahaha

cepat-cepat amik kamera snap senyap-senyap sambil tergelak



cute kan?

Resepi Coney Sausage

Alternative kepada nasi for dinner, coney sausage

Bahan-bahan :

Sosej - grill sikit
Roti sosej - potong dua, jangan putus
Daging kisar
Bawang putih - cincang
Bawang merah - potong dadu
Sos tomato / sos spaghetti (kalau ada)
Lada hitam
Lada putih
Sedikit serbuk perasa / garam / gula - jika perlu
Daun parsley / basil kering (kalau ada)
Daun salad (untuk hiasan)
Mayonis

Cara - cara :

Tumis bawang putih, bawang merah sampai wangi
Masukkan daging kisar, keringkan air
Masuk sos, renjiskan lada hitam sikit, lada putih sikit
Kalau ada daun-daun parsley / basil kering, taburkan dalam kuali
Gaul sebati, masukkan air sikit untuk basahkan sedikit

Angkat, ketepikan.
Roti sosej bakar sikit atau toast dalam oven / pan leper

Sosej grill sikit

Sapu marjerin / butter
Kalau nak hias daun salad pun boleh (stok saya habis masa tu)
Masukkan sosej, paipkan mayonis
Cedokkan daging kisar tadi, letak kat atas sosej tu
Dah siap!

:o)



p/s: coney sausage saya ni isi tumis daging kisar tak banyak,
stok terhad sebab buat pun dah lepas kul 10 malam..
lepas dinner (makan nasi).. <-- itu bukan alternative nasi, itu tambahan.. hahaha


Tuesday, November 1, 2011

Kelas Dewasa

Tu ari saya attended this 3 days course

antara idea yg saya cuba 'perah' kasi keluar untuk packaging produk saya



yg bunga kuning tu kononnya botol air minuman yg 'company' saya akan keluarkan..
cekonon jek

course tu ada gi trip kat Felda Pasak,
naik bas ramai-ramai..
dah lama betul saya tak enjoy 'zaman-lepas-laku' saya..
hahaha

3 hari - course pun tamat, dapat la saya sijil

Thank you Kejora,
thank you Maktam saya, Pn Hamidah.. kalau tak sebab dia,
mungkin saya tak join la kelas dewasa ni.. hehehe



Sunday, October 30, 2011

Happy Birthday Me!

Why i love October?

Sebab, pada 27hb ada harijadi saya.

Untuk kali ni, saya dapat ni :

kad yang comei

and books and other present too, from anak2


and fruit juicer for the whole family

and a Deepavali card
(asal birthday saya je, Deepavali.. asal Deepavali je, birthday saya) hahaha

and a sweet ucapan also

hahaha

and... last but not least, yg buat saya terkejut sampai termenangis

Hubiby, I dont know what to say.
Really i'm speechless and I thank you.
Above everything else, I love the way you love me.

Thank you Allah.


p/s: perasan tak, birthday saya takde kek? memang takde. hehehe..
saya rehat dari buat kek untuk diri saya sendiri. ^_^

Monday, October 24, 2011

Triffle Simple

resepi nanti saya masukkan.. tungguuuu! :o)

***

tengok komen, baik.. sekarang saya sedang masukkan.. hehehe (31.10.2011)

RESEPI TRIFFLE

Base :

Kek span / kek marble atau apa2 jua kek
(kalau nak lagi senang, beli je london chocoroll apa2 perisa)
potong dan susun keliling dan bahagian bawah mangkuk (see through)

dah susun? renjiskan dengan air buah dari tin fruit cocktail (air je, buah jangan dulu)

Kastard :

2 gelas air
1 gelas susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

campur dan sebatikan semua sebelum naikkan atas api
api sederhana, kacau sentiasa hingga kastard agak pekat tapi awas, jangan sampai hangus
tutup api dapur tu, curahkan dengan perlahan ke dalam base kek tadi

biarkan sejuk sekejap

bila agak-agak kastard dah sebati dan serap pada kek tu,
taburkan dengan buah-buahan dari tin fruit cocktail tadi

jeli nona perasa raspberry atau strawberry
air 400ml

masak hingga mendidih iaitu jeli nampak jernih

tuangkan perlahan atas buah2an,
kalau nak buat cepat sebab tetamu dah ada kat depan mata (hehehe)
tuangkan atas buah dengan perlahan, so kastard tak ter'kopak'

sebenarnya, bila jeli dah agak menganjal, kira dah jadi la tu.. dah leh serve dah..

tapi kalau nak lagi best sementara momentum love-to-be-in-the-kitchen tu tengah ada,
pukul whipping cream dengan creamcheese campur sedikit gula kastor dan paipkan dengan nozzle bintang dekat-dekat.

potong kecil buah-buahan yg ada di fridge anda, kalau strawberry.. strawberry la,
kalau kiwi.. kiwi la.. burung kiwi je jangan.. kiwi kasut pun jangan.. hehehe

chillkan sekejap.
kalau dah tak takleh tunggu, terus je sudukan dalam mulut
(itu selalunya kes saya dan anak2) hehehe

nota comei : yang di-bold-kan adalah bahan-bahan yang perlu



Selamat menambah masa gemilang bersama keluarga! :o)


Friday, October 21, 2011

Burger - DIY

Salad, cheese, telur, tomato, mayonis, ada dalam stok dapur saya.
Gi beli roti burger.
Beli daging burger.
Bakar roti burger, bakar daging burger. Renjiskan sedikit maggi seasoning.
Susun semua tu sebijik (dua biji pun takpe.. hehe) macam yg kita beli kat budak jual burger tu..

Hah, dah jadi.

Anak pompuan saya mamam sorang dua.
Ingat budak pompuan makan satu jek.
(iye ler, kalau depan orang, nak bukak mulut besar-besar makan burger pun malu)
hahaha

Couplekan dengan sikit fries, siap untuk dihidangkan

yg ni burger special, untuk ayah (leh charge mahal sikit) hahaha

sekali-sekala tukar menu dinner, apa salahnya.. kan?

:o)

Terbaiiiik Adalah...

In my life, i learn that hidup simple and moderate itu adalah yang paling baik!