Sunday, February 27, 2011

Geram

Macam berat kepala saya fikirkan pasal maid baru saya ni. Baru 3minggu bersama saya, budak muda, umur 21 tahun, baik hati, sangat lembut, Muhsin dalam masa sehari sahaja dah suka dengan dia. Itu semua saya rasa bonus dan saya rasa I have got the right maid sebagai pengganti Moga.

Tapi petang tadi, dengan nada lembut dia kata "Saya mau pulang ke kampung, Buk. Pacar nya saya itu udah hantar emaknya ke rumah kakak saya, minta dikahwinkan saya... ". Terus saya rasa agak marah. Pacar dia tu baru 2 bulan kenal dia sebelum dia ke sini 3 minggu lepas. When I said about maybe she can only be back home another 2 / 3 months, she said.. "2/3 bulan? Lama tu, Buk.."

Baru sehari Moga balik, dia dah cakap macam tu. So far hari ni, I did almost every house chores, not her. Me and Marieah took care of Muhsin ourselves. Mungkin dia rasa bosan takde kawan bila Moga balik. Pernah 2/3 hari lepas dia tanya saya, bila nak ambil lagi sorang pembantu agar dia ada kawan. Masa tu saya tak fikir apa2, mengenangkan pasal bisnes kek saya, yes I said I should have another helper. Then she asked me, when.. when? Gosh.

Then she asked boleh tak dia tengok mak dia sekali sekala kat Seremban? (Mak dia sama datang dengan dia last 3 weeks, dan jadi maid to a Doctor). Saya jawab, bila ada kesempatan, sure boleh punya. Bukan nak sangat cerita kebaikan kita to get the 'credit', tapi we have bought her few things, have paid for this and that and ada intention nak masukkan duit for her family next week.. walaupun sebenarnya dia belum ada gaji lagi.. tapi..

I just said one thing to her tadi - "Tolong jangan aniaya keluarga kami... kerana selama kamu di sini, kami tidak sekalipun menganiaya kamu.. " -- yes, she was here with Moga where I got 2 maids at the same time, we treat her like another family member, we have spent thousands for her journey coming here, we bought her things as if she is living here for 2 years, she can eat whatever we eat, we promise her good benefit, and ntah lah, semuanya yang ok-ok la, saya rasa. Dia pun tak stress dok kat rumah saya, saya rasa laa.. We treat her like a family member, itu yang paling important.

Kalau sebab dia nak kahwin la dia nak balik cepat macam ni, memang dia orang yang agak tidak bertimbangrasa. Memang la.

Saya tak suka keadaan ni. Sepanjang malam saya diam je dengan dia. Saya agak geram.

Ntah lah. Bingung berdengung jadinya.




***

Update : 4 March 2011



Dia dah OK dah sekarang, she talked to the mother who is here in Malaysia, mak dia kata, kalau dia nak balik, dia balik la, tapi Mak dia akan kerja lagi kat Malaysia untuk 4 tahun sebab niat untuk datang ke Malaysia masa datang nak bantu ekonomi keluarga.. hah, terus dia nangis-nangis dan kata, dia kesian kat Mak dia yang kena korban untuk keluarga sorang-sorang and she will stay here for 2 years. Tu la.. now - OK. Harap berterusan. Insya Allah. Amin.

Saturday, February 26, 2011

Saya Teringin..

Dari dulu, antara 'benda' yang saya teringin ialah (sebab belum dapat la asik teringin tak abih-abih) hehehe.. kalau lah saya dapat...


1. Saya teringin nak berada kat dalam kebun buah-buahan yang tengah masak ranum. Buah melayut-layut (bahasa orang Johor), warna-warni, leh terus petik dan makan.. haii.. bestnyer.. bestnyer.. paling teringin nak buah epal dan peach (tak agak-agak tu.. hahaha) (dolu ada peluang masa kat Jordan, ntah kenapa bas tu cam berhenti kat tepi jalan, pastu tunjuk-tunjuk jek.. - allooo... awak tau tak yang saya teringin nak dok kat bawah pokok tu hah? <-- jeritan batin kepada tourist guide jordan tu masa tu)


2. Saya teringin nak makan authentic food Indonesia dan Thailand. Setakat masakan Padang tu, saya tak la rasa authentic beno.. Nak beno-beno (terasa-terasa gitu, mimpi-mimpi gitu --- ah itu sudah over.. hehehe) yg lain-lain tu - gurame la, cumi bakar la, ntah apa2 lagi.. jus apokat.. nak laaaa... pastu nak sangat rasa masakan Thai yang asli.. mestilah agaknya laaagi sedap dari restoran2 seafood tomyam kat malaysia ni ek?


3. Saya teringin nak makan ulat sagu. (Setiap kali saya cakap kat mak saya ke, kawan-kawan saya ke, diaorang leh pandang saya ngan satu pandangan yang agak senget.. allloo.. saya serious laaa!)


4. Saya teringin nak makan (oit, oit.. leh tak stop pasal makan? <-- jarum timbang angka depan tu dah nombor ganjil, ok?) hehehe.. (tak berani dedahkan nombor berapa) hahaha.. -- oklah, saya teringin nak kurus sikit. (banyak!) (terpaksa)


5. Saya teringin nak gi Korea. Dulu saya suka Winter Sonata (cerita Korea terakhir yg saya ikut masa tu, pastu sampai sekarang, jangankan nama cerita atau filem atau drama series.. sorang artis Korea pun saya dah tak kenal dah..) <-- si hero hensem citer Winter Sonata tu pung saya dah lupa nama dia.. (tetapi lobang idungnyer yang mancung tu tetap saya ingat.. ) hahaha..


6. Saya teringin nak gi kelas belajar masakan untuk catering. (Oh, yang ni memang serius) <-- muka pun takde senyum-senyum masa tulis ni. Sangat serius. Wah!


7. Saya teringin nak amik gambo berlatar-belakangkan bangunan yang cantik-cantik architecture-nya. (no, no.. bangunan warna Merah kat Melaka tu saya dah pernah amik gambo ok?)

(Nak fikir lagi ni.. tapi minda dah pujuk hati)



(Minda telah menguasai hati) ... (Berat hati) ...Setakat tu la dulu senarai teringin saya, listkan sampai juta-juta, buat hati saya kembang-pastu kecut balik jek.. (harapan la tu..), yg 7 ni pun agak wishful thinking jugak.. takpe lah.. just luahkan je. (dengan harapan) (yang sangat tinggi menggunung) (doa.. doa) :o)




p/s: Entry ni khas untuk En Hubiby saya, mintak2 la dia baca dan faham isi kandungannya.. hehehe.. dan, tidak stop setakat faham-memahami je.. *doa* amin... (harap-harap bold ngan warna merah dapat membantu) hehehe

Skin Oh Skin

Today, saya update pasal skin kat sini :

http://elmaisyirah.blogspot.com/2011/02/lanjutan-kepada-yang-ini.html

Sila lah, sila... makan' buah jambu' :o)

26 February 2011 - Saturday

Morning around 9.15, met Kak Sal who was on the way to KL,
she ordered 15 buku for her family in KL.
(not in picture)


Balance below, would make their trip to KL also tonite.



15 of below - mix of choc cake, kek pisang and kek marble make their trip to Padang, Indonesia.
Moga's trip back for good, esok :o(

So, today's cakes are all for outstation.


Esok, baking for Monday
plan-nya nak post 9 (mix) for Kuantan , Insya Allah.


And, domestic order to Kempas area too.


Thanks everybody.


Alhamdulillah.

Thursday, February 24, 2011


Balik kerja, reached home 6.15ptg.

Sinsing lengan baju, sedia untuk 'bergusti' dengan tepung & bahan-bahan kek untuk order esoknya.

Pukul 8.30 malam, Muhsin batuk-batuk & ada whizzing sound, quite bad.

Gi klinik



Masuk gas, around 9.15 sampai rumah.


Keluarkan kek dari oven tecit, start draw Mr Bean untuk anak Eija - Arees (besoknya birthday dia)

Colour-colour, hias-hias.. jadi cam ni.
Ok lah (ada rupa Mr Bean ke?) hehehe


Tido lewat tengah malam, tapi Muhsin masih belum betul-betul ok.

4.30 pagi, gi klinik. Muhsin masuk gas lagi. 2 rounds, Doc kata quite severe.


Pukul 6.30 sampai rumah balik, these need to go.



Have a short nap, cover sikit agar kepala tak 'kenoneng',

pukul 9.30 sampai office, deliver the cakes to my 'agent', Halizah (hehehe.. macam bisnes beso beno, ek?) hahaha..

However, I'm lucky to have Liza to help me with all the segregation. Thanks Liza. (Allah bless you, buddy!)

Selesai urusan kek, got to concentrate to Muhsin pulak.

Now, Muhsin is sleeping. Sebab tu ada masa nak update blog. :o)

Hope he's doing fine after few rounds of medications, Amin.

Tuesday, February 22, 2011

Subhanallah

Dalam satu kek marble saya yang saya potong untuk family malam ni,
anda nampak apa yg saya nampak?






Subhanallah.


Ultraman ke Upin Ni?

* Edible image - tak dapek den nak boli (atas alasan yang sangat tak efficient, purse den tertinggal kat opis)


* Buttercream transfer (terima kasih bagi cara nak buat Dik Leen Loyang Kuih) - tak dapek den nak nolong, den takdo maso (apasal sibuk2 nak cakap nogori ni? macam pandai beno) hehehe

* Cara yang saya buat, tekap kat plastik, then lukis buttercream kat atas kek (method sendiri la cekonon)


* Nah, amik.. sekali angkat, ngan topping-topping cekelat terangkat. Si Ultraman tekap tu pun mau turun-turun dari plastik tu.. uwaaa..

* Tengok jam, maaak.. dah hampir 10 malam.

* Cemana ni? Kesian si Aqil yg nak sambut birthday dia kot tak dapat Ultraman.

* Saya tekad dan nekad dengan semangat tinggi membara, terus capai buttercream (cam pandai)

* Selawat banyak-banyak, Bismillah banyak2, terus mulakan melukis kosong2 kat atas kek

* Anak2 saya suruh jauh2kan diri, kang komen tu la, ini la.. saya perlukan ketenangan di saat2 yang agak tegang itu (serius gitu)

Ini hasil keras-tangan saya akhirnya :



Moga (pembantu saya) boleh cakap cam ni, "Ibu, ini Otromen atau Upin dan Ipin?"

Mak aii.. kecik ati saya. Hehehe.. tengok-tengok balik, betul la.. cam Upin dan Ipin pun ada.. hahaha

Pastu sessi colour-colour, janji ada sanggul merah kat belakang, kira Otromen la tu..

(Nasib baik si Aqil tu 4 tahun, kalau 14 tahun, tak dapek ado nak auta-auta)
:0)

Dan, inilah hasil colour-colour Otromen itu.. jadilah ye nak..
maafkan auntie kalau takde rupa Otromen, auntie makcik baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. hehehe
happy besday nak, semoga jadi anak yang soleh, Amin.