Monday, January 31, 2011

Apabila Dia Bukan Sahabat

Lanjutan dari entri awal saya Pesanan Untuk Yang Bukan Sahabat

Apabila Dia Bukan Sahabat Kita

Setiap perlakuan kita, dianggap ada sahaja yang tidak kena
Setiap perbuatan baik kita kepadanya, dianggap ada makna
Setiap perkongsian nasihat kita, dianggap nak tunjuk terror
Setiap teguran kita, dianggap kita dengki dia
Setiap pemberitahuan kita, dianggap berlagak dan tiada kena mengena
Setiap perkataan kita, ditunggu masa untuk diselitkan kata-kata pedas mengena
Setiap perbualan kita dan dia, dia sahaja yang lebih sempurna

Lantas, apa yang perlu?
Jauhkan diri, nyata-nyata dia bukan sahabatmu.

Tak boleh ditegur, tak boleh berbuat baik, tak boleh berkongsi
Tak boleh diberitahu, tak boleh berbicara lagi
Agar semuanya tidak ada sebab untuk itu dan ini.

Untuk apa
Kalau masih berbicara, bertegur-sapa, berkongsi perasaan, berkawan hanya untuk mendapat sakit di hati?
Akhirnya niat baik dalam hati, hanya jadi kudis dan duri

Apa yang boleh dikategori jika hatinya begitu?
Bukan kawan, bukan sahabat, bukan juga manusia yang bermutu.

Jadi, bukankah manusia yang tidak bermutu ini perlu dijauhi?
Agar persahabatan sejati menjadi dengan orang lain yang mencari harmoni.

Oleh itu, jauhilah dia.
Jangan jadikan dia sahabat kita
Ternyata dia bukan orangnya
Bukan aniaya, tetapi berpada-pada dan berwaspada

Siapapun dia, doakan agar jiwa dan hatinya tidak menjadi sia-sia
Agar dia juga punya sahabat sejati di akhirat, apatah lagi di dunia

Al-Fatihah, walau masih hidup pun dia, sedekahkan untuk rohnya.


***

Saya menulis dari jiwa, berkongsi sama untuk sahabat yang benar sahabat agar tidak disalah-sangka


Jika boleh dijadikan panduan untuk sahabat semua, agar kehidupan kita di dalam rahmat Allah sentiasa.


Amin.

Sunday, January 30, 2011

Antara Favourite Photos


..bahawasanya apa yang tertera (di entri ini sahaja)
telah diedit untuk mendapatkan kesan yang (ter)lebih dramatik





oooopppp!
gambo burung kepala togel ni ori, ok?
cute, kan?



p/s: halooo.. yg semua (termasuk burung togel comel--iye ke comel) gi pandang atas kiri tu apa kes? (referring to 3 gambo terakhir)

Puding Roti Versi Santan

Puding Roti Versi Santan

..sorry, takde sukatan yang proper,
sbb agak-agak (cecampak) je


Resepi :

3/4 buku roti
3/4 santan kotak
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
pewarna hijau
kismis

Cara-cara :

Masukkan santan dalam loyang
Masukkan air, masukkan sedikit garam dan gula - sesedap rasa
Masukkan sedikit pewarna hijau
Susun roti, sehingga semua meresap
Tabur kismis di atas permukaan 'puding'
Kukus selama 1/2 jam
Angkat dan sejukkan.
Potong dan hidangkan.


Verdict : Sedap, lemak-lemak gitu, sangat traditional.. :o)

Kalau Sudah Rezeki

Satu hari dalam last year, Q (Fatimah) bagitau saya yg kek pisang saya hampir sama macam rasa Kek Pisang Villa yang popular as Oleh-Oleh dari Batam. Saya teringin benar nak rasa. Tapi takde kawan-kawan yang nak gi kot boleh la nak kirim.. saya ordered through website, tapi takde response.

Sehingga satu ketika yang saya rasa saya 'ngidam' bebeno, sampai termimpi la gitu.. saya ajak (paksa) Hubiby decide nak gi sendiri tempat tu kat Batam. Tapi dari Johor, kena naik feri sampai 4 jam la pulak. Sekarang musim laut bergelora. Takut pulak mabuk laut. Cari alternative lain, cekonon nak naik flight, ada.. Riau Airlines.. tapi naik kat Melaka, then transit kat Pekan Baru.. baru sampai ke Batam.. naik 1 hari pulak perjalanan.. laaaa.. cemana nak rasa kek pisang ni? Tekak sangat-sangat teringin. Takleh bayang kek pisang ngan cheese on top. Cemana rasanyer..? Hubiby suruh try n error sendiri. Saya dah beli la barang-barang yg patut. Lom jugak berkesempatan nak buat sebab macam-macam urusan.. Tapi, saya memang nak yang itu. Tak sama la kalau buat sendiri...

Tiba-tiba (cam Nazmi Raja Lawak pulak.. hehehe) ..last Friday, dalam perjalanan nak gi fetch Yuyun (new maid -- anak saudara Su, kenalan 'tersangat-baru' saya) ke Port Klang, belum keluar dari Johor pun lagi.. Su yang duduk kat tempat duduk belakang kereta offered saya, "Kakak, saya ada potong-potongkan untuk kakak kek pisang dari Batam, tak tau la kalau Kakak nak makan atau tak, saya bawak aje.."

Masa dengar dia cakap cam tu je, something macam strike my jantung.. berdebar-debar, cam nak jadi juara Ratu Kebaya Bomba gitu.. berfikir-fikir (sambil tak sabar nak tunggu Su pass ke depan)

"Ini ke?.. Ini ke..?" Hati menjangka-jangka tapi berdebar nak tahu kebenaran.. sangat berharap agar itu kek pisang yang satu itu, tapi takut terlebih harap..

Bila dia pass je polysterine kuning, saya macam (bukan macam lagi.. memang) 'gelojoh' bukak..

"Masya Allah.. Subhanallah.." .. tengok je, rasa cam nak buat sujud syukur!




Allah Maha Mendengar. Allah Maha Besar.


Saya sangat bersyukur.
Ini lah yang saya nak sangat. Nak sangat rasa.



Ya Allah, terima kasih.

****

It's miracle. Benar, Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana.

Percayalah, rezeki itu datang dari Allah.

...dan apabila ada rezekimu,

Allah akan mendetikkan dan mendatangkan jua ia kepadamu
dengan cara yang tidak kamu sangka-sangkakan..

Allah Maha Besar.

Terima kasih Allah atas kurniaan rezekiMu ke atasku yang sangat berharap ketika itu.

Wednesday, January 26, 2011

Jula-Juli Turun Dari Kayangan


Jula turun dulu..




pastu Juli pulak mendarat, dengan muka tertutup ala ninja

pastu Julap pulak hampir mencecah tanah..


then, Julip pulak turun
'haaaah.....' -- nada momok

sila takut

pastu Jula, Juli, Julap, Julip buat aksi terapung ngadap selatan
(iye-iye jek ibu tau arah sana tu selatan) hehehe


Haaaaaahhhhh!!



...bumi Mersing bergegar sikit (banyak) masa diaorang mendarat tu tau




Laporan berita :

Jula, Juli, Julap, Julip telah selamat mendarat sekarang dan telah bertukar nama kepada nama yang lebih
fofular (sedikit) iaitu Marieah, Maisarah, Insyirah dan Nadiah.


Serba-sedikit mengenai ibu-ayah adik-beradik Jul itu :

Nama belum fofular mak dia, Julai

Nama belum fofular ayah dia pulak, Ogos



hehehe..



Ibu merapu.








oh lupa, itu En Ogos sedang menyambut ketibaan Osh Gosh

(dia pun nak turun jugak, ok?) hehehe

-- Jangan tiru aksi orang-orang dari kayangan ini.

Monday, January 24, 2011

Istikharah Saya


“Ya Allah,
saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan
memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa.

Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah,
jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini,
baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah
berkah kepadaku di dalamnya.







Sebaliknya jikalau di dalam ilmuMu
bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta
takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya..
Amin Ya Rabbal Alamin"

Sunday, January 23, 2011

Insya Allah

Ini target saya, sooner or later
Doakan saya


Saya di dalam pencarian, ke jalan Allah.

Insya Allah, Amin.


Saturday, January 22, 2011

Waffle with ice-cream n choc fudge for kids and Ayah dia
(sorang satu piring)

Moist Orange Cake ( i love the bau semerbak)

Siakap 'Mona Fandey'

Cerita di sebalik :

saya beli ikan tu sekor-sekor (ngan kepala ngan ekor, ngan sirip insang semua sekali la)

nak la buat 3 rasa

cekonon makan besar hari ahad

kena siang dengan moga (pembantu saya), dia kerat 4 ikan siakap saya..

uwaaaa.. terus jadi Siakap Mona Fandey

kepala dia ke mana, ekor dia ke mana..

hehehe..

bila kat atas meja je, masa hidang, anak-anak tanya..

ibu, ibu kata nak masak siakap 3 rasa hari ni...

anak-anak, itu siakap 3 rasa la.

cuma dia dah jadi "S-to the I-to the A-to the K-to the A-to the P"!

*nada pom-pom girl*

badan dia jek dah tak sehati sejiwa.

hehehe


ada seorang anak montel yang nak sangat karipap, karipap, karipap..

(dalam keluarga saya, anak montel ada 3 orang setakat ini. repeat, anak. mak tak masuk.)

saya gagahi jua badan panas (taknak) demam dan kenoneng (=sangat fening) saya

..projek karipap itu akhirnya diselesaikan oleh mahfuz

(sebab saya dah mula nampak karipap macam bantal yg empuk masa tu.. hehehe)

-- memang karipap yg mahfuz terap & isi filling dia sangat-sangat empuk, montel semacam, macam orang saiz
L pakai baju saiz XS.. hehehe

(tiada bukti dalam gambar - masa tu ibu dah high makan panadol)

apapun, terima kasih mahfuz sebab tolong walaupun kena jadi cam pompuan sikit..

terima kasih Allah, sebab mahfuz ada unsur-unsur 'gentleman' macam ayah dia. :o)

*tutup tinga*

terima kasih Allah, sebab ayah dia ada unsur-unsur superman.

ooppsss!

apa kes? hehehe


Marble Choc Cheese Cake



MARBLE CHOC CHEESE CAKE


Bahan untuk Kek Coklat (Bahan A)

180 gm butter
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
3/4 cawan gula kastor


Cara-cara :

1. Pukul butter + gula kastor
2. Masuk telur satu persatu
3. Masuk tepung naik sendiri
4. Masuk serbuk koko
5. Gaul rata, bahagi kepada 2 bahagian


Bahan Cream Cheese ( Bahan B)

250 gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara :

1. Pukul cream cheese hingga kembang
2. Masuk gula, telur, esen vanila, pukul lagi hingga sebati


Cara sediakan kek marble choc cheese :


1. Tuang Bahan A dalam loyang. Ratakan.
2. Tuang Bahan B. Cuba untuk ratakan (heh)
3. Tuang lagi lebihan Bahan A. Cuba sekali lagi untuk ratakan (heh lagi..)
4. Bakar pada suhu 165C, untuk 55 minit.
Tunggu sejuk sikit kot ye pun tak sabar nak potong.. hehehe..


Verdict : Sedap giler!


.. dan boleh menggemukkan.

Itu amaran kerajaan Malaysia.

hehehe..

.. cubalah gemukkan badan.

(bukan pesanan untuk saya definitely)

yes, for you

(takyah nengok belakang, memang awak!)

:o)

Friday, January 21, 2011

Guide to a Better Life

I want life improvement. Starting this 2011. Sehingga ke tarikh hari ini, 20 January 2011, ada perkara yang saya telah ubah secara sedar dan sangat-sangat tak mahu tersalah 'perasaan' when I'm dealing with it. Antara points 'Guide to a Better Life" from "The Last Lecture" - a person whom died of pancreatic cancer in 2008, saya tertarik dengan :

1. Do not have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment. - Saya berusaha.

2. Envy is a waste of time. You already have all you need. - Betul, betul, betul.

3. Forget issues of the past. Do not remind your partner of his / her mistakes of the past. That will ruin your present happiness. - Sangat betul.

4. Life is too short to waste time hating anyone. Do not hate others. - Ada ketika saya pendam sehingga membenci. Saya sedang berusaha.

5. You do not have to win every argument. Agree to disagree. - Disagree to agree. hehehe..

6. Smile and laugh more. - Yeah, saya sedang belajar untuk senyum cantik, cam senyuman Maya Karin. (Saya selalu rasa Maya Karin punya senyum sesangatlah cantiknya.. kalah Monalisa)

7. Each day give something good to others. - Sedang dan sangat senang hati melakukannya, Alhamdulillah.

8. What other people think of us, is none of our business. - Jangan sampai people think bad about ourselves sudah.

9. Put ALLAH first in anything and everything that we think, say and do. - Insya Allah, Alhamdulillah, with Allah bless. Amin.

10. Do the right things. - Hubiby selalu cakap cam ni. Sekarang giliran saya 'bebel' kat anak cam ni. :o)

11. The best is yet to come. - Ooohh.. ini motto saya dan Hubiby.

12. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful. - Absolutely, we will.

13. When you awake alive in the morning, thank Allah for it. - Alhamdulillahillazi ahyana, ba'dama amatana wailahin nusyur.. "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali"

***
Points above are only few from many other points he raised, but after all, saya rasa yg sedikit dan relevant ini pun not only it will enrich our life, but also that of those around us. Allah bless, Amin.

Salam kebahagiaan to all. I mean it from the heart.

Thursday, January 20, 2011

Puteri Harbour

Suatu pagi Ahad yang tenang
Breakfast by the harbour

Nampak memang cam relax jek..
tapi..


bibir saya 'senyoyong'..
bengkak throughout sebab terhantuk kepala Muhsin
(bukan terhantuk, dia hantukkan sebab dia rebel saya tak kasi dia main pintu kereta)
geram saya, dek kerana neuron.. tak pe.. (takpe? hehehe)


ini lah budak yang hantukkan kepala dia kat bibir saya tak sampai 5 minit kereta bertolak tinggalkan rumah...
terdiam saya sekejap masa kena tu, berdengung kepala saya tau..

bibir saya pecah.
gi tengok kapal pun tak ria.
hehehe



kakak-kakak dia apa ada kisah.
bukan bibir diaorang yang senyoyong.
:o)




anak dara kita ngendap orang bujang nak snorkel.

tak tau ler diaorang nak snorkel kat situ ke, atau saje-je buat ek sebab nampak cam gempak gak dengan peralatan snorkel bagai..




apa yg saya nak kata kat sini, kalau pagi-pagi ahad takde apa nak buat, bawak la family gi puteri harbour kat nusajaya.. breakfast, jalan-jalan, tengok marina bay (bukan nama sebenar), tengok bot..


(kita nak parking bot sendiri kat situ cam tak la.. )


selamat berkunjung.


selamat beriang-ria bersama keluarga.



nota peringatan :


alihkan bibir anda jauh dari baby anda yang berusia 1 tahun 1/2 yang suka bermain pintu kereta.


Saturday, January 15, 2011

12 Jan 2010
Happy Birthday Hubiby!
Disclaimer :
sah-sah pizza bukan saya yang buat, nampak pulak jalur merah kat kotak belakang tu.. :o)
Kek coklat dan kek marble yang dihantar ke Hubiby's office for all staff to celebrate


Orang lelaki besar, apa kita nak bagi untuk besday?

Nak bagi handphone, mahal.
Nak bagi laptop, pun mahal.
Nak bagi kereta, laaaagi la mahal.


Jadi, bagi puisi sepatah dua kata, jadi lah.


Hubiby cakap, that's the most exclusive.
Selain dari makan-makan banyak.

Makan = happiness.
Bagi dia.


Bagi saya
Happiness dia = Saya yang gumuk

... sebab asik layan dia makan. Hehehe

Pesanan Untuk Yang Bukan Sahabat

Wahai orang yang budiman

Jauhilah saya jika setiap perlakuan saya menjadi kudis di hatimu

Jangan dekati saya lagi sekiranya setiap kejujuran saya menjadi bisa di jiwamu

Jangan cuba berbual dengan saya jika perkataan saya menjadi nanah di dalam badanmu

Jangan datang kepada saya jika nasihat saya menjadi sakit di mindamu

Jangan berkelibat di depan saya sekiranya keperibadian saya menjadi racun di matamu

Jangan berkawan dengan saya jika kamu rasa kamu tidak boleh sayangi saya sebagai kawan

Mungkin perkataan dan keikhlasan saya berkongsi menjadi pedih kepadamu

Jauhilah saya jika itu yang lebih baik untuk saya

Kerana saya tidak mampu memikirkan apa yang tidak baik yang memungkinkan saya tidak mahu berkawan lagi

Kerana saya sangat lemah dan tetap lupa dengan apa yang berlaku semalamnya dan sebelumnya

Kerana saya jujur tidak bertempat

Kerana saya ikhlas membuta tuli

Kerana saya tidak berprasangka

Kerana saya orang yang naif

***

Today, my husband asked me to remember this

"Our circle of responsibility is only our own family members and only few true friends, other than that, do not bother. Our concern becomes criticism to them. Out of the circle, they cannot accept criticism"

I-I Sir!

I am drawing a circle.

Those who are in, besides blood, proven through times and challenges.

Those who have not - stay there.

I stay in.

:o)



Friday, January 14, 2011

Nota : Ini bukan typewriter
(walaupun rupa dia seakan-akan) hehehe


Resepi Waffle
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar minyak sayuran
1 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Cara2 :
Blender semua di atas
Panaskan waffle maker
Tuangkan adunan
Masak untuk 3 minit
Siap, spread dengan peanut butter and choc fudge


Selamat Mencuba! :o)


Cerita di sebalik tabir :

Saya memang kena beli sendiri waffle / snack maker ni.. bukannya apa, anak2 suka sangat nak beli each time diaorang lalu kat tempat-tempat waffle ni.

Sebab yg paling-paling sangat (sesangatnya) nak (guling-guling-kena-jugak) beli ialah sekali beli untuk anak-anak saya, 4 atau 5 keping. Pastu tak cukup pulak tu..


Sebab kedua yg paling (ntah apa la saya punya bahasa ni), saya dapat tahu diaorang yg jual waffle ni, cuci barang2 dia kat toilet awam ok?.. Yeewww!

Oleh itu...


Selamat Membeli Sendiri Waffle Maker Anda! :0)


p/s : saya cadangkan kalau nak beli, beli kat Tesco, baru RM54 cam tu. Jangan jadi cam saya, dah (ter)beli, baru survey, pastu dah (ter)menyesal sebab yg saya punya 3 in 1 -- tak mananya saya akan pakai yg lain-lain tu, sebab.. yang lain-lain tu memang dah ada kat umah... uwaaaa!


Sekian, ratapan tension sebab terbeli yg agak membazir sedangkan niat hanya nak waffle maker.



Dont do this at home. :o)