Saturday, January 15, 2011

Pesanan Untuk Yang Bukan Sahabat

Wahai orang yang budiman

Jauhilah saya jika setiap perlakuan saya menjadi kudis di hatimu

Jangan dekati saya lagi sekiranya setiap kejujuran saya menjadi bisa di jiwamu

Jangan cuba berbual dengan saya jika perkataan saya menjadi nanah di dalam badanmu

Jangan datang kepada saya jika nasihat saya menjadi sakit di mindamu

Jangan berkelibat di depan saya sekiranya keperibadian saya menjadi racun di matamu

Jangan berkawan dengan saya jika kamu rasa kamu tidak boleh sayangi saya sebagai kawan

Mungkin perkataan dan keikhlasan saya berkongsi menjadi pedih kepadamu

Jauhilah saya jika itu yang lebih baik untuk saya

Kerana saya tidak mampu memikirkan apa yang tidak baik yang memungkinkan saya tidak mahu berkawan lagi

Kerana saya sangat lemah dan tetap lupa dengan apa yang berlaku semalamnya dan sebelumnya

Kerana saya jujur tidak bertempat

Kerana saya ikhlas membuta tuli

Kerana saya tidak berprasangka

Kerana saya orang yang naif

***

Today, my husband asked me to remember this

"Our circle of responsibility is only our own family members and only few true friends, other than that, do not bother. Our concern becomes criticism to them. Out of the circle, they cannot accept criticism"

I-I Sir!

I am drawing a circle.

Those who are in, besides blood, proven through times and challenges.

Those who have not - stay there.

I stay in.

:o)



No comments:

Post a Comment