Monday, January 31, 2011

Apabila Dia Bukan Sahabat

Lanjutan dari entri awal saya Pesanan Untuk Yang Bukan Sahabat

Apabila Dia Bukan Sahabat Kita

Setiap perlakuan kita, dianggap ada sahaja yang tidak kena
Setiap perbuatan baik kita kepadanya, dianggap ada makna
Setiap perkongsian nasihat kita, dianggap nak tunjuk terror
Setiap teguran kita, dianggap kita dengki dia
Setiap pemberitahuan kita, dianggap berlagak dan tiada kena mengena
Setiap perkataan kita, ditunggu masa untuk diselitkan kata-kata pedas mengena
Setiap perbualan kita dan dia, dia sahaja yang lebih sempurna

Lantas, apa yang perlu?
Jauhkan diri, nyata-nyata dia bukan sahabatmu.

Tak boleh ditegur, tak boleh berbuat baik, tak boleh berkongsi
Tak boleh diberitahu, tak boleh berbicara lagi
Agar semuanya tidak ada sebab untuk itu dan ini.

Untuk apa
Kalau masih berbicara, bertegur-sapa, berkongsi perasaan, berkawan hanya untuk mendapat sakit di hati?
Akhirnya niat baik dalam hati, hanya jadi kudis dan duri

Apa yang boleh dikategori jika hatinya begitu?
Bukan kawan, bukan sahabat, bukan juga manusia yang bermutu.

Jadi, bukankah manusia yang tidak bermutu ini perlu dijauhi?
Agar persahabatan sejati menjadi dengan orang lain yang mencari harmoni.

Oleh itu, jauhilah dia.
Jangan jadikan dia sahabat kita
Ternyata dia bukan orangnya
Bukan aniaya, tetapi berpada-pada dan berwaspada

Siapapun dia, doakan agar jiwa dan hatinya tidak menjadi sia-sia
Agar dia juga punya sahabat sejati di akhirat, apatah lagi di dunia

Al-Fatihah, walau masih hidup pun dia, sedekahkan untuk rohnya.


***

Saya menulis dari jiwa, berkongsi sama untuk sahabat yang benar sahabat agar tidak disalah-sangka


Jika boleh dijadikan panduan untuk sahabat semua, agar kehidupan kita di dalam rahmat Allah sentiasa.


Amin.

1 comment: