Wednesday, November 20, 2013

RESEPI CHEWY GOOEY BROWNIES



CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Teratak Impian (K Zai) ~ Barakallahufik sis 
*Telah diolah semula ikut keserasian 

125g butter
200g dark chocolate (repeat, dark choc tau)
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 tsp vanilla essence
1 tsp coffee instant (apa2 jenama pun boleh)
1 ½ cawan tepung gandum (tolong ayak, takleh malas2)
2 sudu besar serbuk koko (ayak jugak)
segenggam kekacang of your choice (saya guna walnut)

Cara
1. Panaskan oven 150C. Sedikit butter, calit2 untuk 'lekat'kan baking paper, hujung ke hujung (tujuan : senang angkat masa pepanas, senang nak potong)
2. Cairkan butter dan dark choc. Ketepikan sekejap.
3. Amik bowl, masukkan gula, masukkan telur-telur-telur (sekali jalan je udah). Kacau dengan whisker je (takyah pakai mixer)
4. Masukkan coffee instant, esen vanilla, kat atas bowl tu, ayak tepung gandum + serbuk koko, terus masuk ke dalam adunan di atas.
5. Masuk kekacang. Masukkan cik coklat cair + cik butter cair tadi. Gaul rata.
6. Tuang ke dalam loyang (yg dialas dengan baking paper tadi).
7. Bakar pada suhu 150C - 30 minit. Angkat. Terus keluarkan dari loyang dengan pegang hujung paper keluar ke atas meja. Potong ketika masih panas.

Siappppp! ..kalau ada yang komplen manis, kena cakap, uishh tengok lah siapa yang buatnya.. 

Friday, May 31, 2013

Muhsin at his 3 years




Satu hari tu..

Tengah tengok album lama dengan Muhsin

Muhsin :  Ini siapa?

Ibu  :  Ini kakak Maisarah

Muhsin :  Ini siapa? (sambil tunjuk gambar baby)

Ibu :  Ini kakak Insyirah

Muhsin :  Muhsin mana?

Ibu : Oooh.. Muhsin ada tapi Muhsin dalam perut Ibu masa tu.. (relax je, sebab Muhsin mana tahu apa2 & akan percaya je dengan apa yang kita kata or else what to say, kan?)

Muhsin : Muhsin dalam perut Ibu?

Ibu : Iye, Muhsin dalam perut Ibu..

Muhsin : *marah* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin tak kasi! (maknanya dia tak izinkanlah tu)

Ibu : *geram juga* Muhsin, tak baik cakap macam tu. Muhsin kan anak Ibu, tentulah Muhsin ada dalam perut Ibu..

Muhsin :  *nangis, geram taknak terima kenyataan* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin takmo ada dalam perut Ibuuuu!

Ibu :  La hau la wala.. Muhsin ni tak baik tau cakap macam tu, Muhsin kan anak Ibu, sebab tu lah Muhsin ada dalam perut Ibu.. *dah start tension dah*

Muhsin : *jerit makin kuat* Muhsin takmo ada dalam perut Ibu lah! Muhsin tak ada dalam perut Ibu! Muhsin tak mo ada dalam perut Ibuu!

Ibu : *dah mula geram jugak ni* Muhsin! Tak baik lah cam tu, memang lah Muhsin anak Ibu, kalau Muhsin takmo ada dalam perut Ibu, Muhsin nak ada dalam perut siapa lagi???!!

Muhsin : *jerit* Muhsin nak ada dalam perut Ayah!!!!

Ibu :  Masya Allah...! *terus tergelak sampai keluar air mata* Hahahaha

***

Masya Allah.. anak.. anak..!

Memang la dia 'anak Ayah', tapi takyah lah sampai cenggitu sekali kan? hahaha

Tuesday, May 21, 2013

Psst! Nak Keluarkan Rasa Hati, Boleh?

Saya nak beritahu, saya geram.

Saya nak beritahu, saya tak setuju.

Saya nak beritahu, saya memang tak berapa gemar.

Macam costume budak tadika buat persembahan kat atas stage.

Singkat tau. Pastu goyang-goyang. Goyang-goyang. Goyang-goyang.

Uishh.

Apa tu?

Ni ha..


Especially dari belakang. 

Sorry ye peminat mereka. Saya tahu harganya mahal, terlebih mahal dari tudung2 yang menepati syariat. Kalau orang yang tak mampu, takyah lah berangan nak beli. Tapi apa ada dengan mahal kalau ianya tidak menepati syariat bertudung menutup dada dan sangat-menarik perhatian mana2 lelaki ajnabi? Adakah itu tujuan tudung itu direka dan diletakkan hingga sebegitu harganya? Kasihan mereka yang membayar (kalau suami, lagi kasihan). Membayar dan diri/isteri memperaga, kemudian sia2. Atas alasan - paling cantik.

Aduhai.

Mohon maaf jika ada yang terasa, saya menulis, mengeluarkan rasa hati sendiri. Terserah kepada budi bicara masing2. Saya cuma keluarkan rasa hati saya sahaja, kerana you've to pay (mahal) to use a road to h*ll that is paved with good intentions, sebab.. kalau matlamat hidup akhirnya bukan untuk ke syurga, ke mana lagi kannnn? Alahai. Maafkan saya berkali-kali.

Ya Allah, ampuni daku.

Tuesday, April 16, 2013

Jenjalan






^_^

Saturday, April 6, 2013

Karangan : Saya Seekor Singa

Saya nak rasmikan balik blog ni dengan penulisan mengenai diri saya.

Saya Seekor Singa (ala-ala tajuk karangan darjah 6)

Ah, tak koser la pulak nak menulis ala karangan itu, takleh langsung dijadikan panduan oleh bebudak darjah 6. Jangan, jangan ikut cara makcik tulis ok anak2?

Ok, jom start cerita tentang diri sendiri.

Begini..

Percayalah, walaupun saya sudah bertudung labuh, walaupun saya sedang cuba berpakaian sunnah, saya masih lagi gonjeng2. (Oit, gonjeng tu hapa?) Gonjeng kaedah saya adalah ~ saya masih lagi terlompat2  (tengok kiri kanan dolu sebelum tu) dan tangan bizi-bizi kejap ke kanan, kejap ke kiri, kejap ke atas - kalau jumpa kawan2 lama (awas mata kawan2 lama, mata anda boleh tercucuk dengan tangan saya yang aktif itu, ok?) Saya masih lagi TERkeluar ketawa-'lelaki' bila tergelak masa berbual ngan kengkawan gonjeng (gonjeng lagiii). Saya masih lagi tak cukup2 mulut nak berbual bila jumpa kengkawan lama.. (oh masih sungguh kecoh diriku ini)

Itu semua kat kawan pompuan je ok.

Chop!

Ohh.. hello dan salam my new lady friends, you are welcome to be my friend.. saya seorang yang sopan santun dan sangat berlemah lembut ok.. 

Dan, anak-anak.. hmm.. Ibu masih lagi macam seekor singa .......yang manja kan? hahaha..

Dah itu je yang saya nak tulis buat masa ini. Selamaaatttt...



Oooohh sungguh sudah lama tidak meng-update blog ini. 
Saya masih berminat. 
Jangan ketepikan saya tau.. (merayu ni)
Saya masih mahu menulis..
Masih mahu berkongsi apa2 sahaja..
Sabar sikit ye.. 


Sunday, February 3, 2013

Penyakit 'Ain

Ini yang saya post dalam FB saya hari ini. Dah 2/3 hari teringat-ingat nak post, sebab sangat serious for everybody to know.

"Sharing kerana Allah, ini sangat penting! : Seandainya timbul perasaan takjub atau kagum dengan sesuatu ciptaan Allah SWT (contoh : comelnya anak sendiri / anak orang, kecantikan wajah seseorang, kekayaan, atau apa2 yang baik2), cepat-cepatlah sebutlah "MasyaAllah, laa quwwata illaa billaah” – yang bermaksud (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) dan hendaknya segera mendoakan kebaikan padanya kerana doa itu merupakan ruqyah (pengubatan) baginya dari ditimpakan penyakit Ain (penyakit yang sukar dijelaskan oleh dunia perubatan moden) yang boleh menimpa seseorang yang dikaguminya itu yang boleh mengakibatkan kematian. ‘Ain dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan dengki (hasad). Timbulnya penyakit ‘ain itu tidak selalu dari seseorang yang jahat, bahkan boleh jadi dari orang yang menyukainya atau pun orang yang soleh. Maka janganlah hanya memuji, sertailah dengan doa keberkatan untuknya lebih-lebih lagi kepada bayi atau kanak2. Sesungguhnya penyakit Ain itu benar dan mendoakan kebaikan itu dituntut, seperti salah satu daripada sabda Rasulullah SAW mengenai penyakit 'Ain : “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar) - Hadis Riwayat Ahmad."

Yang share-kan pasal ni dengan saya was Maisarah (daughter). Alhamdulillah, there's always new thing to learn everyday. Syukur. 

Talking about puji-memuji ni, lumrah manusia, selalu suka dipuji. Tapi kita selalu lupa bahawa puji-pujian tu layak hanya untuk Allah. Jadi, untuk setiap kecantikan, kekuasaan, kebesaran dan keindahan tu kan milik Allah, jadi kalau kita memuji tu, haruslah disertai dengan ucapan, Masya Allah dan doa mohon keberkatan untuk siapa yang dipuji itu. Kerana, Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa penyakit ini adalah benar. Bayi / kanak-kanak boleh menangis tanpa sebab secara tiba-tiba, kurus kering, muka menjadi kusam dan hitam, dan yang dewasa boleh tiba-tiba pengsan tanpa diketahui sebab musababnya.. penyakit2 ini boleh menyebabkan kematian. Nauzubillah.

Jangan lah kita menjadi penyebab kepada penyakit Ain ini, samada pandangan kekaguman kita itu tidak disertai dengan rasa iri, rasa kagum yang baik pun boleh menjadikan seseorang itu jatuh sakit. 

Selain Masya Allah, kita juga boleh sebut ‘Baarakallahu fiik’ atau ‘Allahumma baarik ‘alaih’ atau paling2 pun, isti`azah atau ta`awwudz: أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ (Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam).

Kita hanya manusia biasa, siapa tak siapapun akan mudah melihat dan kagum dengan kecantikan / keindahan / kebesaran / kekayaan manusia lainnya.. maka dengan itu, biasa-biasakanlah lidah kita menyebut doa-doa yang di atas apabila melihat perkara indah agar kita jauh dari perkara-perkara yang tidak kita ingini.

Saya insan lemah, semoga perkongsian ini mendapat perhatian dan semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua, In Shaa Allah. Amin.