Sunday, February 27, 2011

Geram

Macam berat kepala saya fikirkan pasal maid baru saya ni. Baru 3minggu bersama saya, budak muda, umur 21 tahun, baik hati, sangat lembut, Muhsin dalam masa sehari sahaja dah suka dengan dia. Itu semua saya rasa bonus dan saya rasa I have got the right maid sebagai pengganti Moga.

Tapi petang tadi, dengan nada lembut dia kata "Saya mau pulang ke kampung, Buk. Pacar nya saya itu udah hantar emaknya ke rumah kakak saya, minta dikahwinkan saya... ". Terus saya rasa agak marah. Pacar dia tu baru 2 bulan kenal dia sebelum dia ke sini 3 minggu lepas. When I said about maybe she can only be back home another 2 / 3 months, she said.. "2/3 bulan? Lama tu, Buk.."

Baru sehari Moga balik, dia dah cakap macam tu. So far hari ni, I did almost every house chores, not her. Me and Marieah took care of Muhsin ourselves. Mungkin dia rasa bosan takde kawan bila Moga balik. Pernah 2/3 hari lepas dia tanya saya, bila nak ambil lagi sorang pembantu agar dia ada kawan. Masa tu saya tak fikir apa2, mengenangkan pasal bisnes kek saya, yes I said I should have another helper. Then she asked me, when.. when? Gosh.

Then she asked boleh tak dia tengok mak dia sekali sekala kat Seremban? (Mak dia sama datang dengan dia last 3 weeks, dan jadi maid to a Doctor). Saya jawab, bila ada kesempatan, sure boleh punya. Bukan nak sangat cerita kebaikan kita to get the 'credit', tapi we have bought her few things, have paid for this and that and ada intention nak masukkan duit for her family next week.. walaupun sebenarnya dia belum ada gaji lagi.. tapi..

I just said one thing to her tadi - "Tolong jangan aniaya keluarga kami... kerana selama kamu di sini, kami tidak sekalipun menganiaya kamu.. " -- yes, she was here with Moga where I got 2 maids at the same time, we treat her like another family member, we have spent thousands for her journey coming here, we bought her things as if she is living here for 2 years, she can eat whatever we eat, we promise her good benefit, and ntah lah, semuanya yang ok-ok la, saya rasa. Dia pun tak stress dok kat rumah saya, saya rasa laa.. We treat her like a family member, itu yang paling important.

Kalau sebab dia nak kahwin la dia nak balik cepat macam ni, memang dia orang yang agak tidak bertimbangrasa. Memang la.

Saya tak suka keadaan ni. Sepanjang malam saya diam je dengan dia. Saya agak geram.

Ntah lah. Bingung berdengung jadinya.




***

Update : 4 March 2011



Dia dah OK dah sekarang, she talked to the mother who is here in Malaysia, mak dia kata, kalau dia nak balik, dia balik la, tapi Mak dia akan kerja lagi kat Malaysia untuk 4 tahun sebab niat untuk datang ke Malaysia masa datang nak bantu ekonomi keluarga.. hah, terus dia nangis-nangis dan kata, dia kesian kat Mak dia yang kena korban untuk keluarga sorang-sorang and she will stay here for 2 years. Tu la.. now - OK. Harap berterusan. Insya Allah. Amin.

Saturday, February 26, 2011

Saya Teringin..

Dari dulu, antara 'benda' yang saya teringin ialah (sebab belum dapat la asik teringin tak abih-abih) hehehe.. kalau lah saya dapat...


1. Saya teringin nak berada kat dalam kebun buah-buahan yang tengah masak ranum. Buah melayut-layut (bahasa orang Johor), warna-warni, leh terus petik dan makan.. haii.. bestnyer.. bestnyer.. paling teringin nak buah epal dan peach (tak agak-agak tu.. hahaha) (dolu ada peluang masa kat Jordan, ntah kenapa bas tu cam berhenti kat tepi jalan, pastu tunjuk-tunjuk jek.. - allooo... awak tau tak yang saya teringin nak dok kat bawah pokok tu hah? <-- jeritan batin kepada tourist guide jordan tu masa tu)


2. Saya teringin nak makan authentic food Indonesia dan Thailand. Setakat masakan Padang tu, saya tak la rasa authentic beno.. Nak beno-beno (terasa-terasa gitu, mimpi-mimpi gitu --- ah itu sudah over.. hehehe) yg lain-lain tu - gurame la, cumi bakar la, ntah apa2 lagi.. jus apokat.. nak laaaa... pastu nak sangat rasa masakan Thai yang asli.. mestilah agaknya laaagi sedap dari restoran2 seafood tomyam kat malaysia ni ek?


3. Saya teringin nak makan ulat sagu. (Setiap kali saya cakap kat mak saya ke, kawan-kawan saya ke, diaorang leh pandang saya ngan satu pandangan yang agak senget.. allloo.. saya serious laaa!)


4. Saya teringin nak makan (oit, oit.. leh tak stop pasal makan? <-- jarum timbang angka depan tu dah nombor ganjil, ok?) hehehe.. (tak berani dedahkan nombor berapa) hahaha.. -- oklah, saya teringin nak kurus sikit. (banyak!) (terpaksa)


5. Saya teringin nak gi Korea. Dulu saya suka Winter Sonata (cerita Korea terakhir yg saya ikut masa tu, pastu sampai sekarang, jangankan nama cerita atau filem atau drama series.. sorang artis Korea pun saya dah tak kenal dah..) <-- si hero hensem citer Winter Sonata tu pung saya dah lupa nama dia.. (tetapi lobang idungnyer yang mancung tu tetap saya ingat.. ) hahaha..


6. Saya teringin nak gi kelas belajar masakan untuk catering. (Oh, yang ni memang serius) <-- muka pun takde senyum-senyum masa tulis ni. Sangat serius. Wah!


7. Saya teringin nak amik gambo berlatar-belakangkan bangunan yang cantik-cantik architecture-nya. (no, no.. bangunan warna Merah kat Melaka tu saya dah pernah amik gambo ok?)

(Nak fikir lagi ni.. tapi minda dah pujuk hati)



(Minda telah menguasai hati) ... (Berat hati) ...Setakat tu la dulu senarai teringin saya, listkan sampai juta-juta, buat hati saya kembang-pastu kecut balik jek.. (harapan la tu..), yg 7 ni pun agak wishful thinking jugak.. takpe lah.. just luahkan je. (dengan harapan) (yang sangat tinggi menggunung) (doa.. doa) :o)




p/s: Entry ni khas untuk En Hubiby saya, mintak2 la dia baca dan faham isi kandungannya.. hehehe.. dan, tidak stop setakat faham-memahami je.. *doa* amin... (harap-harap bold ngan warna merah dapat membantu) hehehe

Skin Oh Skin

Today, saya update pasal skin kat sini :

http://elmaisyirah.blogspot.com/2011/02/lanjutan-kepada-yang-ini.html

Sila lah, sila... makan' buah jambu' :o)

26 February 2011 - Saturday

Morning around 9.15, met Kak Sal who was on the way to KL,
she ordered 15 buku for her family in KL.
(not in picture)


Balance below, would make their trip to KL also tonite.



15 of below - mix of choc cake, kek pisang and kek marble make their trip to Padang, Indonesia.
Moga's trip back for good, esok :o(

So, today's cakes are all for outstation.


Esok, baking for Monday
plan-nya nak post 9 (mix) for Kuantan , Insya Allah.


And, domestic order to Kempas area too.


Thanks everybody.


Alhamdulillah.

Thursday, February 24, 2011


Balik kerja, reached home 6.15ptg.

Sinsing lengan baju, sedia untuk 'bergusti' dengan tepung & bahan-bahan kek untuk order esoknya.

Pukul 8.30 malam, Muhsin batuk-batuk & ada whizzing sound, quite bad.

Gi klinik



Masuk gas, around 9.15 sampai rumah.


Keluarkan kek dari oven tecit, start draw Mr Bean untuk anak Eija - Arees (besoknya birthday dia)

Colour-colour, hias-hias.. jadi cam ni.
Ok lah (ada rupa Mr Bean ke?) hehehe


Tido lewat tengah malam, tapi Muhsin masih belum betul-betul ok.

4.30 pagi, gi klinik. Muhsin masuk gas lagi. 2 rounds, Doc kata quite severe.


Pukul 6.30 sampai rumah balik, these need to go.



Have a short nap, cover sikit agar kepala tak 'kenoneng',

pukul 9.30 sampai office, deliver the cakes to my 'agent', Halizah (hehehe.. macam bisnes beso beno, ek?) hahaha..

However, I'm lucky to have Liza to help me with all the segregation. Thanks Liza. (Allah bless you, buddy!)

Selesai urusan kek, got to concentrate to Muhsin pulak.

Now, Muhsin is sleeping. Sebab tu ada masa nak update blog. :o)

Hope he's doing fine after few rounds of medications, Amin.

Tuesday, February 22, 2011

Subhanallah

Dalam satu kek marble saya yang saya potong untuk family malam ni,
anda nampak apa yg saya nampak?






Subhanallah.


Ultraman ke Upin Ni?

* Edible image - tak dapek den nak boli (atas alasan yang sangat tak efficient, purse den tertinggal kat opis)


* Buttercream transfer (terima kasih bagi cara nak buat Dik Leen Loyang Kuih) - tak dapek den nak nolong, den takdo maso (apasal sibuk2 nak cakap nogori ni? macam pandai beno) hehehe

* Cara yang saya buat, tekap kat plastik, then lukis buttercream kat atas kek (method sendiri la cekonon)


* Nah, amik.. sekali angkat, ngan topping-topping cekelat terangkat. Si Ultraman tekap tu pun mau turun-turun dari plastik tu.. uwaaa..

* Tengok jam, maaak.. dah hampir 10 malam.

* Cemana ni? Kesian si Aqil yg nak sambut birthday dia kot tak dapat Ultraman.

* Saya tekad dan nekad dengan semangat tinggi membara, terus capai buttercream (cam pandai)

* Selawat banyak-banyak, Bismillah banyak2, terus mulakan melukis kosong2 kat atas kek

* Anak2 saya suruh jauh2kan diri, kang komen tu la, ini la.. saya perlukan ketenangan di saat2 yang agak tegang itu (serius gitu)

Ini hasil keras-tangan saya akhirnya :



Moga (pembantu saya) boleh cakap cam ni, "Ibu, ini Otromen atau Upin dan Ipin?"

Mak aii.. kecik ati saya. Hehehe.. tengok-tengok balik, betul la.. cam Upin dan Ipin pun ada.. hahaha

Pastu sessi colour-colour, janji ada sanggul merah kat belakang, kira Otromen la tu..

(Nasib baik si Aqil tu 4 tahun, kalau 14 tahun, tak dapek ado nak auta-auta)
:0)

Dan, inilah hasil colour-colour Otromen itu.. jadilah ye nak..
maafkan auntie kalau takde rupa Otromen, auntie makcik baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. hehehe
happy besday nak, semoga jadi anak yang soleh, Amin.

Sunday, February 20, 2011

Ni Pasal Skin II



Lanjutan kepada yang ini:
http://elmaisyirah.blogspot.com/2010/08/ni-pasal-skin.html


Salam to all.

Saya dah try produk muka ni since August last year. So far, ok. Saya suka sebab semulajadi. No foundation needed. So, bila tak pakai foundation, takde la bekas-bekas foundation kat tangan saya ni melekat kat sana sini.. kat pintu kereta la, kat purse la.. (true story) kat memana la.. Jadinya, satu part dah selamat. Part yang selamat yang lainnya paling penting adalah, cepat bersiap! So tak de la En Hubiby saya tunggu saya cam nak rak.. penat dia berdehem, penat dia merengus-rengus kalau dolu.. hehehe



Balik pasal skin care ni, memula dolu saya pakai yang set yang lain, pastu.. baru 3 minggu lepas dapat tau, yg patut saya pakai adalah yang satu lagi.. untuk yang 40 tahun ke bawah punya... laaaaa... then, saya tukar la kepada yg 40 tahun ke bawah tu.. tapi, saya tak berapa ok la.. jerawat kecil keluar, muka agak tak smooth.. so I decided to come back to the old set. Now, it has been 3 days I use the old pack back. And, I like it when I see good progress. Bawah adalah gambar kulit saya bare skin. Nampak la cela-cela sikit.. ye lah, nak diapakan ye tak.. dah cam tu.. takkan nak photoshop kasi cun untuk nampakkan kulit cantik tapi sebenonyer memang tak cantik, ye tak..? Dah sah-sah memang nak cerita pasal kulit.. so kena be truth. Dan, this is the truth.




19 February 2011




Dan apa yg saya nak cakapkan ni adalah, today.. I will start new thing to the skin. The serum. Haaa.. tak sabar.. and I will definitely update the skin progress from time to time. Kalau berjaya, hmm... seronok.. seronok.. surely I recall masa zaman ITM.. masa tu kulit saya bersih (serius, bersih..). And, lepas umur 30-an, terus kulit saya bermasalah, jerawat besar-besar ok.. then, juta tahun pastu, baru jumpa yang ni, and I stick to it. The old entry pasal skin care sekitar Aug 2010 adalah berkaitan (waaah, cam buat surat kepada kerajaan pulak.. hehehe). <-- leh click link kat atas sekali..



Cuma sekarang, baru tahu produk ni ada serum.. waaaaah, teruja mak.. (hati loncat-loncat ni...)



I cant wait myself to see the progress and be sure that I will only tell nothing but the truth, and letak gambar yang tidak diedit (kecuali crop la.. kang nampak mata panda I..), but the truth. Janji.



Till then, sign off with high hope that the skin becomes so licin sampai semut lalu pun leh tergelincir.. hahaha.. (19 February 2011)


***

new entry as per date

~~~


23 February 2011






24 February 2011






tunggu... lagi. :o)


(macam buah jambu tak idung kiter ek?) hehehe


***


7 Mac 2011





nota : saya tak edit gambo langsung.

mahap la kalau tengok pores tu bosa-bosa, but to me it's (a lot) better than before.

kelihatan black-eyed-peas saya, itu memang saya belum fokuskan lagi. hehehe

rasanya memang maleh nak fokus, nak biar je.

saya ni bukan jenis yg kisah-kisah beno nak take care each of them individually.

:o)


ah, tak kisah la. am happy with my skin.


Alhamdulillah.


Thursday, February 17, 2011

Another Step Forward :o)

Apo ko bondo eh ni?

Sticker la laling

Mano la di lokek bondo sticker ni?
(lokek = lekat)
Kat pack kek la..
Cam ni..
Mak punya excited nak potong sticker,
first-first jek dah terpotong sekali logo ngan nama..
hehehe..
Cam ni rupanyer..

***
Yg ni diperlukan tenaga kerja untuk menyiapkannya, calon-calon dah ada.
Siapa lagi, anak dara 4 orang tu la..
(Tu kang ada yang lekat ikut kehendak hati dia, senget la, kanan ler, kiri ler.. )
:o)

Muhsin Lagi


Cam iye-iye je Muhsin paham cemana nak gunakan keyboard tu kan..

(Ke mana lagi tumpahnyer kuah seksiteri sekretari kalau tak ke anak sekretari?)
hehehe

Siap kerut dahi yang tak tahan tu.. cam paham.. :o)

DJ la cekonon..
(headphone tak kena pung kat cuping tinger)
kerut dahi lagi.. cam banyak beno masalah teknikalnyer tu..

Alamak, ada wayar yang tak masuk la..

(Ibu tengah perati je, tang mana dia nak cucuk tu..)

Wah.. tau pulak tu kat mana nak cucuk..

***

Memang la budak Muhsin ni..

Bukannyer dah besor mana pung..

Baru 1 tahun 7 bulan...

kus.. kus..


Alahai anak omak..



Bosa jadi injineor ni..

(Injineor = teka la sendiri..)

hehehe

Tuesday, February 15, 2011

Projek hari cuti (Maulidurrasul)
Selasa : 16 Februari 2011
***

Nadiah's

Maisarah's

(Ntah apa makna DDCF ntah.. ada la tu budak-budak ni..)

Yg bawah ni, Insyirah's

konsep : asalboleh-janji-warna-warni

Yang ni Ibu punya..


nak jugak masukkan dalam kotak, cekonon ada orang hadiahkan la.. hehehe.. berangan
(sapo nak anto kot yer pun.. ) hahaha



ahh, enjoy... seronok cekonon-cekonon.. hehehe

****


Ini projek sebenar :


Tempahan kek by Taty - my ITM's 'long-lost-walaupun-dok sebelah taman je'


order for her Princess, Puteri's birthday



Simple Cuppies




This is for my bro, Toin whom I missed his event last Sunday.

Sorry, bro.
(I was around your area that day tau..)
Sowee la, idup-idup-pengsan (ganti 'mati-mati') ingat 20hb.. awat la mata ni tak tengok message betul-betul..

***

Ini lah rupa kek Puteri, Taty's lovely daughter - umur 4 tahun.




.. dan ni kek carrot ngan cream cheese..
kata Taty, yg ni orang tua nak makan..

hehehe..



tetap saya letak sekor katak comei cam ala-ala budak jugak gitu..

***

Salam Maulidurrasul to all.

Selawat ke atas Nabi, Ya Rasulullah.

Semoga kita mendapat syafaatnya, Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, February 12, 2011

Hamnira's Delights @ Acu Emas


Bila kad dah sampai, dah kena serious sikit.


Maka, tertubuhlah website untuk jualan kek saya


...dan bermulalah rancangan secara serious untuk perniagaan saya


Insya Allah, Alhamdulillah.


Doakan agar semuanya di dalam keberkatan Allah, ye?



Terima kasih, kawan.


Sunday, February 6, 2011

Sweets for My Sweet






Coco Butter Marble Cake


220 gm tepung kek
200 gm gula kastor
250 gm butter
4 biji telur
50 ml fresh milk
1 sudu teh vanilla essence
1 1/2 sudu besar serbuk koko (untuk bahagian koko)


Cara-cara


Pukul butter + gula hingga kembang
Masukkan vanilla essence
Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati
Masukkan tepung kek dan fresh milk secara bergilir-gilir
Mix sampai sebati
Bahagi 2 bahagian
Satu plain butter
Satu lagi untuk adunan koko, masukkan serbuk koko
Selang-selikan sendukan (ada ke perkataan sendukan?) dalam loyang
Lorekkan dengan pencucuk buah (kaedah saya) dari atas ke dalam sekali putar je
Siap, oven 180C, bakar 40 minit (jangan terlebih, nanti hilang moist)


Selamat Memarble.
Salam semut sikit, meh.
Sunday, 7 February 2011

Home-made Pizza









Resepi Doh Pizza



1 2/3 cawan air
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4 1/2 cawan tepung (saya guna tepung gandum je)
2 sudu teh yis kering



Cara-cara




Gaul semua, sebatikan
Biarkan
Bila nak naik sekali ganda
Tumbuk, keluarkan angin
Perap lagi
Bila dah naik lagi sekali, baru bulat2 ikut saiz yang dikehendaki
Gelek dengan penggelek , letakkan sos spagethi on top
Pastu, topping la dengan apa2 yang disukai
(Capsicum, sayur campur, sosej, mozarella, etc)


Selamat Mencuba!


Muhsin Oh Muhsin II

Nampak dua kopiah tu?
Satu Ayah dia punya, satu Abang Mahfuz dia punya..
(pakai masa solat)

Di satu ketika di rakaat terakhir, tahyat akhir saya (ikut imam..)
dia boleh letakkan 2-2 sekali kat kepala saya macam ni..
siap ketuk-ketuk lagi nak bagi masuk..



leh diam je ke?
leh khusyuk ke solat tu walaupun dah rakaat terakhir?

.. memang saya takleh tahan tergelak jugak akhirnya..
aduiii..

***

.. dan setiap waktu jemaah, akan ada je yang jadi 'mangsa' dia..

(gambo bawah ni, dah pakaikan kopiah, dia siap libaskan towel dia lagi kat muka Insyirah)

dan kopiah tu, mesti lah kopiah yg Ayah atau Abang dia tengah pakai..
.. dia amik masa diaorang tengah duduk antara dua sujud.


Hai...


Muhsin oh Muhsin..