Wednesday, May 30, 2012

Harga Sebuah Kasih Sayang

19 May 2012

Sukar nak diluahkan dengan kata-kata.


Hanya linangan airmata, bercucuran sepanjang lagu-lagu berkenaan 'Ibu' didendangkan.

Mungkin apabila membaca, tiada yang memahami apa yang tersirat mahupun yang tersurat.

Namun, diri yang melalui.. sangat terkesan - 4 jam yang penuh kasih-sayang.

Antara Ibu dan Anak.



Kesempatan Mak berada dengan Tok Pah di atas pentas



(I brought Mak dan MakTeh to Mother's Day celebration dengan Tok Pah)


They enjoyed the day, me too.

We went through petang itu dengan gembira serta linangan air mata.

Terasa semula tautan itu.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. *nangis*

I thought I wouldnt be able to have good time with Mak again ever.

Allah permits that to happen, akhirnya.

Terasa seperti suatu batu yang sangat besar yang selama ini terbeban di atas kepala telah terangkat.

Mungkin tiada yang memahami, reality fact was - 
this Mother and Daughter have not been talking to each other since last year.

Sedih kan?

*nangis lagi*

Ya Allah, hanya kepadaMu tempatku mengadu, terima kasih di atas segala kurnia nikmatMu kepadaku dan aku bersyukur atas ilhamMu itu. Terasa lepas bebas, dugaan dan cubaan telah dapat ditewaskan,
terima kasih Ya Allah.

Juga, ampunkan saya yang dahulu wahai Mak, saya mahu jadi ahli syurga. Kurang keberkatan hidup saya andai Mak tidak memaafkan saya. Tidak makbul doa-doa saya jika Mak marahkan saya. Harapan saya tinggi, moga Mak juga doakan saya, jadi ahli syurga.

Semoga Allah memberikan kedamaian hati dan kebahagiaan dunia serta akhirat untuk Mak, Amin.

Doakan saya berjaya dunia akhirat Mak! 
Tempat Mak telahpun ada di dalam 'impian-tiada-batasan' (visualization) saya. 
Terus doakan kejayaan saya, Mak!


***

p/s:  Lain manusia, lain dugaannya. Mungkin itu bahagian saya. Saya redha dan mohon keampunan Allah andai saya tersalah duga, silap kata-kata dan berprasangka.

Tuesday, May 29, 2012

Urgghh.. That silence deserves a...


I know that i've not been updating my blog lately.

Kalau ada yang menuntut the why, me mintak maaf je la.

Couldnt give reason why. 

Sebab, bak kata Prof Dr Muhaya,
"Sesiapa yang mengatakan tidak ada masa, tidak ada keutamaan.."

Well, for me this blog masih juga utama, tapi seriously i got to susun it ikut priority list.

And, here i am again..

Thanks for your guys' visit and for your time reading this blog.

I appreciate you, my friend.. so much!

May Allah bless you, Amin..

Monday, May 28, 2012

Serban untuk Muhsin

Kak Chik balik umrah belikan dia kopiah ala2 serban tu, suka betul dia pakai..

(sentiasa memerhati ayah dia, what's next) hehehe

..alahai..



Ye-ye ooo je.. Insya Allah.. doakan lah ye.. 


Monday, May 14, 2012

Resepi Kacang Pool

Sesiapa nak buat kacang pool sendiri?


Ini resepinya.. senang, Insya Allah.

Bawang merah
Bawang putih


blender.

2 sudu besar ketumbar
2 sudu jintan kasar


sangai, pastu kisar kering.

sedikit minyak

Dua-dua di atas tumis sampai naik bau.

1 peket daging kisar 

Masukkan daging kisar, masak hingga masak (berapa kali 'masak' daaa) hehehe

2 tin kacang foul (pool)
 - 1 tin dikisar, 1 tin lagi biarkan sebiji-sebiji tu, masuk terus dalam periuk.


Rasakan garam dan gulanya..

Untuk hiasan :

Potong bawang merah dadu-dadu (janji paham sudah, hehehe)
Hiris nipis cili hijau
Limau kasturi (untuk perahan, kasi masam sikit.. sedap)
Telur goreng mata lembu
Roti sapu butter


Nice.. nice.. nice!! Insya Allah, sedappp!

Sunday, May 13, 2012

Rileks la Kakak..

Alhamdulillah, hari ini saya mahu


Sebab saya tahu dengan..



  kita akan feel ok dan rejuvenate

dan.. 


beginikah? 


saya dah cuba.

dan saya rasa


sekejap-sekejap saya tengok jam.

seperti orang yang mencuri tulang.

adoyai.. 

kenapa nak rasa bersalah pulak?




sebab...


You know what.. saya rasa cam ni



seriously, I dont know how to enjoy being relax!


(oo.. parah tu) hahaha


Tuesday, May 8, 2012

Sharing is Caring, Caring is Loving

Alhamdulillah, pagi tadi di-sharekan sekeping kertas ini oleh seorang kakak, Kak Fatimah ketika berjumpa di pasar. Syukur, ditaip semula dan dipanjang-panjang di bawah untuk manfaat semua pula.. Insya Allah.

DOA

1. Al-Fatihah

2. Ya Allah, Ya Tuhan kami.. (bagi diri kami, anak-anak, zuriat, anggota keluarga dan umat-umatmu
  • Dosa dan kesalahan kami Kau ampunkanlah Ya Allah
  • Hajat-hajat kami Kau mudahkanlah Ya Allah
  • Urusan kami kau mudahkanlah Ya Allah
  • Susah kami Kau bantulah Ya Allah
  • Keperluan kami Kau cukupkanlah Ya Allah
  • Permasalahan kami Kau berilah jalan keluar Ya Allah
  • Beban kami Kau ringankan Ya Allah
  • Kesedihan kami Kau berilah ketenangan Ya Allah
  • Keaiban kami Kau tutupkanlah
  • Akhlak dan peribadi kami Kau baikilah Ya Allah
  • Penyakit-penyakit kami Kau sembuhkanlah Ya Allah
  • Hidup kami Kau bimbing dan didiklah Ya Allah
  • Sesiapa yang menderhaka dalam kalangan kami dan anak-anak kami, Kau ampunkan dan pimpinlah Ya Allah
  • Keras hati kami Kau lembutkan Ya Allah
  • Ibadah kami Kau sempurnakanlah Ya Allah
  • Keluarga kami Kau bahagiakanlah Ya Allah
  • Suami kami Kau solehkanlah Ya Allah
  • Anak-anak kami Kau soleh dan solehahkanlah Ya Allah
  • Anak-anak kami yang belum mendapat hidayah yang sempurna, Kau sempurnakan hidayah kepada mereka Ya Allah
  • Jadikan zuriat-zuriat kami, zuriat yang sentiasa mendoakan kami setelah kami mati Ya Allah
  • Peliharalah kami daripada siksaan api neraka Ya Allah
  • Hindarkan kami daripada kesesatan, kejahatan, fitnah dan penyakit-penyakit yang berbahaya, Ya Allah
  • Kekalkanlah hidayahMu Ya Allah, janganlah Kau cabutkan hidayahMu daripada kami Ya Allah
Rabbana aatina fiddun ya hasanah..
Waad khilna jannata ma'al abrar, Ya Aziz, Ya Ghaffar, Ya Rabbal'alamin Subhanaka rabbil 'izzati 'amma yasifun, wassalamun 'alal mursalin, wa'ala aalihi wasohbihi ajma'in.

Amin.


Sunday, May 6, 2012

Cucur Carrot


Hirisan carrot (pakai barut je.. -- seriously salah taip) correction : parut
Tepung gandum
1 biji telur
Sedikit udang geragau
Garam
Sedikit air

Gaul semua, goreng dalam minyak panas lebar-lebar (jangan tebar, sudah)
Then, potong kecil-kecil sikit, ikut saiz mulut anda dan keluarga anda. hehehe
Hidangkan, sos adalah saranan yang terbaik untuk digandingkan bersama cucur ini.

Selamat Mencuba! :o)





Me, the Bz Mi


Hari ni nak bawak cerita bisnes dalam blog peribadi.
(Jadi ada ler alasan kenapa tak selalu update.. hehehe) 


Towards weekend, normally jadual saya akan sangat penuh.
Penuh. Bukan main-main punya penuh.
Makan pun tak sempat. 

Dan selalunya hari Jumaat, saya akan kelihatan kurus sedikit dari hari2 yang lain tu. Sedikit. Sahaja. hehehe

Selalunya, saya terpaksa deliver sendiri.
 (bunyi cam; apsal orang lain takleh nak tolong?) hehehe..

Jap..





Kenapa takleh orang lain nak tolong?

Sebab.... kereta dah tak muat!

Muhsin pun takleh selit-sepit gak.
(Itu budak.. lagi bahaya kalau dia ikut, buatnyer dia terduduk kat atas kek-kek orang tu kang, mau tak pengsan saya dibuatnya?)

Now, leh paham kenapa saya kena buatnya sendirian berhad?

^_^

Walaupun begitu.. saya sangat-sangat bersyukur atas kurniaan ilham yang telah dicampakkan oleh Allah kepada saya.

Tak sangka atas limpahan rezeki ini.

Peringatan buat saya :

 “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Terima kasih Allah!