Showing posts with label Muhsin. Show all posts
Showing posts with label Muhsin. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Muhsin at his 3 years




Satu hari tu..

Tengah tengok album lama dengan Muhsin

Muhsin :  Ini siapa?

Ibu  :  Ini kakak Maisarah

Muhsin :  Ini siapa? (sambil tunjuk gambar baby)

Ibu :  Ini kakak Insyirah

Muhsin :  Muhsin mana?

Ibu : Oooh.. Muhsin ada tapi Muhsin dalam perut Ibu masa tu.. (relax je, sebab Muhsin mana tahu apa2 & akan percaya je dengan apa yang kita kata or else what to say, kan?)

Muhsin : Muhsin dalam perut Ibu?

Ibu : Iye, Muhsin dalam perut Ibu..

Muhsin : *marah* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin tak kasi! (maknanya dia tak izinkanlah tu)

Ibu : *geram juga* Muhsin, tak baik cakap macam tu. Muhsin kan anak Ibu, tentulah Muhsin ada dalam perut Ibu..

Muhsin :  *nangis, geram taknak terima kenyataan* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin takmo ada dalam perut Ibuuuu!

Ibu :  La hau la wala.. Muhsin ni tak baik tau cakap macam tu, Muhsin kan anak Ibu, sebab tu lah Muhsin ada dalam perut Ibu.. *dah start tension dah*

Muhsin : *jerit makin kuat* Muhsin takmo ada dalam perut Ibu lah! Muhsin tak ada dalam perut Ibu! Muhsin tak mo ada dalam perut Ibuu!

Ibu : *dah mula geram jugak ni* Muhsin! Tak baik lah cam tu, memang lah Muhsin anak Ibu, kalau Muhsin takmo ada dalam perut Ibu, Muhsin nak ada dalam perut siapa lagi???!!

Muhsin : *jerit* Muhsin nak ada dalam perut Ayah!!!!

Ibu :  Masya Allah...! *terus tergelak sampai keluar air mata* Hahahaha

***

Masya Allah.. anak.. anak..!

Memang la dia 'anak Ayah', tapi takyah lah sampai cenggitu sekali kan? hahaha

Sunday, December 9, 2012

Si 3 Tahun Muhsin

Dah lama tak update pasal Muhsin kan?

Dah 3 tahun tu.. kejap je dah besar-tinggi dah dia.
Cakap? Hmm.. vocab cam orang besar-besar.
Perangai? Ala-ala ultraman pun ada gak.

  

Gambar kat atas tu, dia sendiri yang pepandai pakai kat kepala.
Sapa yang tak tengok bebetul,
harus ingat itu penutup kepala yang cumel juga kalau kita pakai.

Itu diapers ok.
Ngeh ngeh ngeh

Hai anak lelaki.. anak lelaki oooo anak lelaki.

^_^



Friday, July 27, 2012

His 3rd Birthday - di Bulan Puasa

Sebenarnya, takde orang di rumah untuk celebrate birthday yg ke-3 tahun untuk Muhsin
Semua kakak-kakak dan abang-abang jauh di perantauan (lah sangat)
eleh, kira jauh la tu, kat asrama semuanya kecuali kakak Nadiah dia

Rezeki dia, kawan-kawan kami berbuka di rumah kami petang itu, 
pukul 5 saya terus buat kek, kalau boleh diselitkan 'tiup-tiup besday' untuk dia
ye la, dia kan budak tecit. Besday tu tiup lilin la.
..ah comei.


Kalau besday saya, tak la pulak saya gagahkan nak 'tiup-tiup besday'.
Tak koser mak. 
Tak mana comeinya lagi. 

(^_^ )

~ (cobaan Mak-nyer untuk nampak comei)






Oh lupa, itu Lemon Yoghurt Cake.
Saya suka (masa tengok resepinya dah jatuh cinta).
Saya dah lama teringin nak buat kek ni untuk makan-makan.
Masam, manis, lemak, yoghurt.
Oh heaven, Insya Allah.


Ok. Takmo cerita kek. Ini bukan entry kek. :o)
(psstttt! kalau masih ada yang mahu tahu, or nak resepi kek-sedap-cam-nak-pengsan-ni bgtau ok)
p/s: saje 'perangat', kata orang utara.
hehehe

***

Selamat Hari Lahir yang ke-3, anakku Muhsin.
You are one special boy.
Alhamdulillah.

Nothing special for you on your birthday Son, only doa dari kami :

"Ya Allah... Kami serahkan anak kami, Muhammad Muhsin 
di bawah perlindungan kalimatMu yang sempurna, 
dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. 
Ya Allah berkatilah anak kami ini dan juga anak2 kami yang lain, 
janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah ketaatan mereka, 
jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan orang-orang yang menyayangi mereka. 
Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik 
dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat" 

Amin Ya Rabbal Alamin


Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan Kareem 1433

to everybody!


Bersyukur kerana diberi kesempatan melalui satu lagi Ramadhan, Alhamdulillah.
May at this Ramadhan, Allah bless every of our doas and 
shower His countless blessing all of us and our entire family, Amin..


Ramadhan kali ni Muhsin dah almost 3 tahun.
Lain pulak ragam dia this time during our Terawih.
Dia bawak toys dia semua dan selerakkan depan sejadah kakak-kakak dia.

Dah... terpaksa la each time selepas salam, 


Semua orang main toys dia!

hahaha..


Monday, July 2, 2012

Serkap Yang Jarang

Saya tak kacau dia pun.
Saya dok dendiam je duduk bawah tengah potong kuku kaki
Tup-tup dia datang, terus serkup saya dengan bakul baju kosong.

Geram tak?

Untuk merasai apa yang saya rasai berada di dalam bakul baju tu dan 
apakah pandangan yang boleh kita lihat dari dalam tu, 
saya capai kamera dan snap dari dalam 'tirai plastik' ni.


 Dia yang kat luar tu, macam dia pulak yang amik gambor kita kan..



*Ibu tengah geram ni Mocen*


Inilah budak bertuah tu, saya geram (nak cubit ~ kesian), 
'benda bertuah' yg paling dekat masa tu, towel


Saya capai dia (dan towel la sekali kan..) jerit meronta gak dia mulanya..
saya lilit kepala dia (cam saya lilit rambut lepas mandi),
paksa dia senyum, saya amik gambo!


Itu senyuman paksa-rela agaknya.

Itu la jugak rupa dia kalau dia pompuan agaknya.

Boleh tahan gak eh?

^_^

Uisshhh.. mestilah..

...Tengoklah ibu dia...



hahaha



ooppssss!

*ganti ketawa*




*ni dah ketawa dengan sopan habis ok?*


p/s: Sure ada yang tak paham kenapa la semenjak dua menjak tiga dan empat menjak ni saya kena ketawa sehabis sopan kan? Tu la.. kalau ada yang terjumpa saya live sebulan dua ni, dia tahu la kenapa saya kena jadi sangat ayu, sopan santun serta tertib lagi penuh kewanitaan.. (wah ala Oki Setiana Dewi gitu)..

Semoga perubahan itu membawa 1001 kebaikan, Insya Allah.

Sunday, July 1, 2012

Muhsin

Muhsin ikut ayah solat..


cara sujud, cam betul..


duyai.. sejuk ati.. 


..berdiri.. insya Allah,betul caranya tu..


duduk di antara 2 sujud, macam ok


nah.. duduk tahiyat akhir dia..


jangan ikut.. itu salah! 
Nanti Ibu ajar cara yang betul ye..

^_^


Friday, June 8, 2012

Monday, May 28, 2012

Serban untuk Muhsin

Kak Chik balik umrah belikan dia kopiah ala2 serban tu, suka betul dia pakai..

(sentiasa memerhati ayah dia, what's next) hehehe

..alahai..



Ye-ye ooo je.. Insya Allah.. doakan lah ye.. 


Tuesday, April 24, 2012

Muhsin Mandikan Gajah

Kita pun tak pernah mandikan gajah kan?

Tu la, Muhsin dapat peluang tu..

Kecik-kecik dah dapat peluang tu..


........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
.
.
.
.






hahaha...


Muhsin dan Elephant-nya



(paling tak boleh tahan, dia nak Elephant tido sekali sebelah dia.. 
duyai, mana muat nak oiii)


Shaun d Sheep

Tak sure Shaun ni jadi mangsa ke, jadi 'guest-of-honor' si Muhsin
 hehehe


Rupa cam nak bawak berjalan-jalan


Tapi 'seat-belt' tu cam menyiksakan.. hahaha

Shiaaannnn Shauuuun... :o)


p/s: pitam si Shaun tu kalau dia 'idup'.. mintak hampun each time..

hahaha


Friday, April 20, 2012

Apa Sudah Jadi?


Nampak titik2 putih kat sekeliling tu? Itu susu Muhsin. Ntah apa sudah jadi jugak, si Shaun the Sheep tu pun terkangkang pengsan. 

Apa sebenarnya? Hehehe.. 

(Itu apa yang berjaya dirakamkan sebelum si Shaun tu dibuat si Muhsin 
ala kain lap untuk lap susu-susu putih tu) 

Aduyai..

Dah lama tak post pasal Muhsin kan?

Well.

He's so talkative and takleh 'goreng' dah.

Dah jadi kawan gaduh Ibu dah sekarang.

Geram jek.

:o)


Thursday, March 15, 2012

Si Budak Towel

Muhsin hari ini masih lagi Budak Towel...

macam Budak Towel 2 tahun dulu..







^_^

(boleh bayangkan berapa banyak towel yang saya kena beli tetiap kali?
.. cuma kali ni dia dah besar, so towel kanak-kanak dia dah tak mau dah..)


hehehe

Monday, February 13, 2012

Muhsin dan Centipede

Satu pagi, masa Muhsin (2 tahun 6 bulan) ngan Ayah dia had a morning walk,

Muhsin : Ayah, itu apa? (menunjukkan jari kecil dia kat lipan yg ada kat tanah)

Ayah : Oh, itu centipede.. banyak kan kaki dia? Itu apa Muhsin? (nak pastikan Muhsin boleh sebut well)

Muhsin : Oooh.. itu 'shen-tip' eh?

Ayah : Centipede. Sen~ti~pid (Ulang supaya Muhsin can catch the pronunciation)


Suddenly, dengan cepatnya.. centipede tu datang menghala ke arah Muhsin.


Terus Muhsin terkejut dan menjerit;


"Ayaaaaah!! Muhsin takut PANTIES!"



KahKahKah!!!





Kelako kan? Ada ke 'Panties' perginyer... ngehngehngeh...


Wednesday, January 18, 2012

The Analytical Muhsin

Satu malam, almost midnite. I was just about nak tutup lampu untuk tidur.
Suddenly, saya terperasan deretan 'binatang buas' yang disusun selari,
in perfect order, next to next.
(kepala semua binatang boleh pulak mengadap ke sana tu.. )

Was quite amazed with the composition, I took photos of the deretan 'binatang buas'

Dia nampak saya dekat dengan deretan miniature tu, bangun dia dari tempat tidur dia..
dia siap check lagi.. mungkin dia takut saya kacau alignment tu,
eleh, macam la kita nak kacau barang dia..
dia yang roshak-kan (bahasa dia) barang kita ada lah..
hehehe

I was impressed sebenarnya.
Dont know what his thinking-likes.
A boy of 2 years and 4 months knows how to position his toys to his own perspective.

Masya Allah.
Alhamdulillah.

Friday, December 23, 2011

Anak Sapo La Ni..

Pernah experience this tak?

ini cubaan pertama dia..
then dia alihkan ke satu lagi drawer knob

masih belum berpuashati, alihkan kat knob yg tinggi dan jauh sikit
cubaan demi cubaan..

ini rupanya intention dia. nak amik barang kat atas dressing table
(ingatkan nak buat hammock)

satu-satu dia punggah turun

sebelum 'lapang' atas tu dan saya kena kemas semula, baik saya 'punggah' dia dulu.

dah besar jadi arkitek ke, saintis ke, engineer ke.. agaknya budak muhsin ni.

aduyai. neuron dia punya pasal, amik kamera je la.
nak halang karang, neuron tak bersambung pulak.

takpe nak, jangan yang sampai memudaratkan sudah..
hehehe



Friday, December 9, 2011

Outing Dinner

satu malam when we went out for dinner

Mahfuz (atas), Muhsin (bawah)


antara yg sempat snap..
(gambar asal boleh sebab memang takde intention nak buat food review pun..)
hehehe

cuma nak cerita, Muhsin dah rasa hampir semua orang punya air..

satu masa tu, dia nak rasa air yg saya order..

tau tak dia cakap apa..?

.."nak air kaki.. nak air kaki.. Mocen nak air kaki lah!"

apa 'air kaki' tu?

...

...

...

...

...

...

...

...

ni hah!

kahkahkah!
cam nak rak kitorang tergelak!





.. next time kalau gi Black Canyon lagi, takmo dah order air kaki ni..

hehehe..

bukan sebab kaki, tapi sebab pahit!
(sebenarnya kopi dia power, sebab tu agak pahit,
cuma saya je dan pahit tak boleh di'cantum'kan.. hehehe)

:o)

....tapi yg lain-lain tu memang sodap-sodap belako.

betul sodap!