Wednesday, November 20, 2013

RESEPI CHEWY GOOEY BROWNIES



CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Teratak Impian (K Zai) ~ Barakallahufik sis 
*Telah diolah semula ikut keserasian 

125g butter
200g dark chocolate (repeat, dark choc tau)
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 tsp vanilla essence
1 tsp coffee instant (apa2 jenama pun boleh)
1 ½ cawan tepung gandum (tolong ayak, takleh malas2)
2 sudu besar serbuk koko (ayak jugak)
segenggam kekacang of your choice (saya guna walnut)

Cara
1. Panaskan oven 150C. Sedikit butter, calit2 untuk 'lekat'kan baking paper, hujung ke hujung (tujuan : senang angkat masa pepanas, senang nak potong)
2. Cairkan butter dan dark choc. Ketepikan sekejap.
3. Amik bowl, masukkan gula, masukkan telur-telur-telur (sekali jalan je udah). Kacau dengan whisker je (takyah pakai mixer)
4. Masukkan coffee instant, esen vanilla, kat atas bowl tu, ayak tepung gandum + serbuk koko, terus masuk ke dalam adunan di atas.
5. Masuk kekacang. Masukkan cik coklat cair + cik butter cair tadi. Gaul rata.
6. Tuang ke dalam loyang (yg dialas dengan baking paper tadi).
7. Bakar pada suhu 150C - 30 minit. Angkat. Terus keluarkan dari loyang dengan pegang hujung paper keluar ke atas meja. Potong ketika masih panas.

Siappppp! ..kalau ada yang komplen manis, kena cakap, uishh tengok lah siapa yang buatnya.. 

No comments:

Post a Comment