Sunday, February 27, 2011

Geram

Macam berat kepala saya fikirkan pasal maid baru saya ni. Baru 3minggu bersama saya, budak muda, umur 21 tahun, baik hati, sangat lembut, Muhsin dalam masa sehari sahaja dah suka dengan dia. Itu semua saya rasa bonus dan saya rasa I have got the right maid sebagai pengganti Moga.

Tapi petang tadi, dengan nada lembut dia kata "Saya mau pulang ke kampung, Buk. Pacar nya saya itu udah hantar emaknya ke rumah kakak saya, minta dikahwinkan saya... ". Terus saya rasa agak marah. Pacar dia tu baru 2 bulan kenal dia sebelum dia ke sini 3 minggu lepas. When I said about maybe she can only be back home another 2 / 3 months, she said.. "2/3 bulan? Lama tu, Buk.."

Baru sehari Moga balik, dia dah cakap macam tu. So far hari ni, I did almost every house chores, not her. Me and Marieah took care of Muhsin ourselves. Mungkin dia rasa bosan takde kawan bila Moga balik. Pernah 2/3 hari lepas dia tanya saya, bila nak ambil lagi sorang pembantu agar dia ada kawan. Masa tu saya tak fikir apa2, mengenangkan pasal bisnes kek saya, yes I said I should have another helper. Then she asked me, when.. when? Gosh.

Then she asked boleh tak dia tengok mak dia sekali sekala kat Seremban? (Mak dia sama datang dengan dia last 3 weeks, dan jadi maid to a Doctor). Saya jawab, bila ada kesempatan, sure boleh punya. Bukan nak sangat cerita kebaikan kita to get the 'credit', tapi we have bought her few things, have paid for this and that and ada intention nak masukkan duit for her family next week.. walaupun sebenarnya dia belum ada gaji lagi.. tapi..

I just said one thing to her tadi - "Tolong jangan aniaya keluarga kami... kerana selama kamu di sini, kami tidak sekalipun menganiaya kamu.. " -- yes, she was here with Moga where I got 2 maids at the same time, we treat her like another family member, we have spent thousands for her journey coming here, we bought her things as if she is living here for 2 years, she can eat whatever we eat, we promise her good benefit, and ntah lah, semuanya yang ok-ok la, saya rasa. Dia pun tak stress dok kat rumah saya, saya rasa laa.. We treat her like a family member, itu yang paling important.

Kalau sebab dia nak kahwin la dia nak balik cepat macam ni, memang dia orang yang agak tidak bertimbangrasa. Memang la.

Saya tak suka keadaan ni. Sepanjang malam saya diam je dengan dia. Saya agak geram.

Ntah lah. Bingung berdengung jadinya.




***

Update : 4 March 2011



Dia dah OK dah sekarang, she talked to the mother who is here in Malaysia, mak dia kata, kalau dia nak balik, dia balik la, tapi Mak dia akan kerja lagi kat Malaysia untuk 4 tahun sebab niat untuk datang ke Malaysia masa datang nak bantu ekonomi keluarga.. hah, terus dia nangis-nangis dan kata, dia kesian kat Mak dia yang kena korban untuk keluarga sorang-sorang and she will stay here for 2 years. Tu la.. now - OK. Harap berterusan. Insya Allah. Amin.

2 comments:

  1. moga tu dah taknak datang keja balik ke?

    ReplyDelete
  2. Adik Leen : Moga ada anak 2 orang kat sana, mak dia jaga. Mak dia dah tak sihat, anak2 dia pulak dah start sekolah.. tu yang buat dia choose the children than the kerja. Selain dari tu, rasanya dia pun dah ada pacar jugak kot kat sana.. nak tawen-tawen la agaknya tu..

    ReplyDelete