Wednesday, July 13, 2011

Muhsin Lagi dan Lagi

Saya tengah solat Maghrib. Saya terdengar bunyi umpilan dan lambung-melambung sesuatu dekat dengan meja laptop saya. Hati dah mula macam-macam, Muhsin ~ tolong la, harap semua itu hanya omongan sahaja (wah!).. saya nak cepat habiskan solat, tapi saya takleh.. sebab 'Imam' saya baca ayat panjang sikit.. sabar je saya dan ikut Imam hensem lagi 'ganteng' saya itu..


(hehehe.. harap jangan ter'begek' ye..)



saya redha dan cuba untuk kembali khusyu' selepas tu..

Bila selesai je saya bagi salam ke-dua, saya yang berprasangka-walaupun-dalam-solat-ni terus meluru ke arah laptop saya...




Uwaaaaaa! Tengok la ni...





Ibu dah agak dah tau.. sekilas bunyi lambungan itu, sudah Ibu tahu itu bunyi kerosakan kepada harta benda Ibu.. tau tak? Grrr...






Nasib baik solat Maghrib.. kalau solat Isya',

mahu keyboard Ibu ni jadi

'padang-jarak-padang-tekukur' dibuatnya.. adui..



Manyak gumbira dia umpil ....kan? Dia ingat ni Scrabble agaknya..




Grr...



..hampir sejam saya dok sibuk pasang balik satu persatu..


..last2 mata 'Esc' dah takleh pasang dah.. iskh..


ni pun jenuh saya taip kuat-kuat sebab space-bar saya dah keras,


pastu key Shift saya dah kejung sebelah.. ceeeehhh!




Muhsin, Muhsin.. nasib baik Ibu dah gi Parenting ESQ tau..


takpe.. takpe.. (takpe la sangaaaat..) hehehe




gerrrem je saya.. adui.. Muhsin oh Muhsin...











Ibu mam telinga awak nanti baru tahu, nak tak?




No comments:

Post a Comment