Wednesday, August 24, 2011

5 days without internet...

5 hari tanpa internet.. sangat stressful.. hehehe

seperti post saya di FB, its like cooking without senduk..
handicapped gitu..

sudah masuk 1o hari terakhir Ramadhan,
belum sekali saya jejakkan kaki ke bazaar Ramadhan..
(serius, saya rindu.. bau asap ayam percik, ceria suasana berjualan..
berselisih dgn pelbagai ragam dan cara pakaian bulan Ramadhan.. etc)

small little voice: yg tak gi tu kenapa? cam lah dia kat oversea.. hahaha

***

antara juadah dari dapur kami di rumah












Wednesday, August 10, 2011

Muhsin oh Muhsin - Ramadhan 2011

Setiap tahun, ada je cerita Ramadhan Muhsin.
Tahun ni dia dah 2 tahun. Lagi 'best-best' ragam dia..
(ada banyak lagi, nanti slow-slow saya updatekan)..

(semua ni berlaku ketika kami sekeluarga tengah solat terawih di rumah)

Ragam 1.

Mula-mula Imam (Ayah) baca ikut lagu semua ayat, mendayu-dayu gitu..

Saya dan kakak-kakak yang kat belakang Imam tak berapa perasan sangat apa yang terjadi..

..cuma tetiba terasa kenapa Imam ni punya bacaan terus laju, Allahuakbar pun dah tak berapa nak dengar sangat..

rupa-rupanya.. Imam telah aware dengan apa yang telah terjadi kepada persekitaran yang sangat dekat dengan dia.. hehehe

....
....

dia cop sejadah Imam

pastu dia buat art kat lantai
siap cop dinding.. baaaaik punya bulat kan..

dan tak lupa juga belakang pintu


selesai bagi je salam, Imam terus meluru ke arah dia.. dan tepuk tangan dia.. geram kan?

Muhsin oh Muhsin... (tengok la tangan dia tu..)

dan kaki dia jugak.. nah!

..pandai pulak dia nak menangis.. (sebab kena tepuk dengan Ayah dia)

...
...

saya sambil mengelap lepas tu, tahan gelak sebab.. hai.. saya rasa anak orang lain sure tak macam ni punya.. aduyai..

Muhsin oooooooooooooooooooooooooo Muhsin...



Sunday, August 7, 2011

Resepi Honey Cornflakes

CORNFLAKES MADU

150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu atau golden syrup
250 gm cornflakes - ramaskan sikit
100 gm kismis
100 gm almond nibs (bakar dulu sekejap)

paper cup

cherry potong kecil atau apa2 yang rasa boleh menambah rupa ;o)

Panaskan butter, gula, madu sehingga butter cair.
Masukkan cornflakes, badam, kismis dan gaulkan rata.
Sudukan dan garfukan dalam paper cup

Hiaskan dengan cherry potong kecil atau apo-apo berkenan
Panaskan oven sekejap, bakar pada suhu 170'C around 10 minit

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, August 6, 2011

Dari Dapur Ramadhan Kami

onde-onde Bahan-Bahan:
300 gm tepung pulut
2 ketul gula melaka - dipotong kecil

20 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari

Cara:
Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.

Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.

Bubuh gula melaka di tengahnya dan tutup semula.

Jerang air panas hingga menggelegak.

Masukkan kuih tadi.

Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

***


murtabak maggi



RESEPI MURTABAK MAGGI

1 paket mee maggi
4 biji telur
200 gm daging cincang
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
daun sup

Bahan2 utk dibancuh :
1 paket perencah maggi
2 sudu makan serbuk kari daging/ayam
sedikit garam
Sedikit air

Cara:
Rebus mee maggi dan toskan
Pukul telur hingga kembang, masukkan daging cincang, cili merah, bawang besar & daun sup yang telah dicincang.
Masukkan bahan-bahan yang telah dibancuh dengan air.
Masukkan mee maggi yang telah ditoskan dan kacau rata.
Angkat guna garfu, dan leperkan saiz sederhana atas frying pan.
Bila kekuningan, angkat. Hidangkan bersama sos dan mayonis.




ayam bakar mayonis



***


kuih sagu



salam ramadhan yang penuh keberkatan dan love among the family members..



Resepi Cendol



cendol:


cendol segera

santan + sedikit garam

300gm gula merah

100gm gula

250ml air

2 helai daun pandan

ais


cara :


beli cendol segera yang dalam paket tu. (hehehe, senang kan?)

beli santan (kalau nak perah sendiri pun leh, beli kelapa parut)

beli gula merah

masak gula merah + air + gula

letak daun pandan, biar wangi

masak santan, letak sikit garam


dah siap semua didih, letak tepi.

tunggu 10 mins sebelum buka, sediakan jug, masukkan semua sekali.

letak ais.



...

...

...


pergh, tak sabar tunggu azan maghrib.


hehehe


Tengok ler..

terkejut saya bila masuk bilik nampak si frog ni tengah sujud.



sah-sah ini memang kerja muhsin.


(mistik gak, kot la frog tu sujud sendiri kan?)


hmm..


*kuis-kuis dagu sambil angkat kening*


Tuesday, August 2, 2011

Resepi Puding Kastard



Puding Kastard


1 cawan tepung kastard

4 cawan air

3-4 sudu besar gula


~ masak dengan api sederhana, sampai mendidih (berdebub-berdebub gitu), tuang dalam acuan (yang dibasahkan sikit - senang nak kuarkan), sejukkan.


Custard Sauce


1 tin susu sejat

1 tin fruit cocktail

1 1/2 cawan air

4 sudu besar gula

2 sudu besar tepung kastard


~ masak hingga sebati, api sederhana


siap! sedap Insya Allah :o)

Monday, August 1, 2011

IMKK

Saya attended IMKK seminar di Wisma MCA, KL dari 29-31 July 2011.


I learnt a lot about almost everything tentang kuasa minda. Dan juga karakter orang berdasarkan tarikh lahir.


Ada insiden kelakar yang berlaku 2-3 hari sebelum training. Kawan saya, Aza called sebab dia minta pendapat saya whether to attend Dr Azizan punya seminar atau another seminar yang hubungkait dengan unit trust dia. Saya tanya dia seminar satu lagi tu siapa penceramahnya dan dah lahirkan berapa orang yang berjaya. Lepas tu saya tanya lagi soalan itu, soalan ini. Saya minta dia buat istikharah. Aza kata dia dah buat istikharah tapi masih belum dapat jawapan. Saya pulak refer kepada buku solat istikharah yang saya baca, dan cerita kat dia pasal frequency. Panjang lebar inti-pati percakapan saya kepada dia. Aza then said ok, she will do istikharah again.


Saya jumpa Aza semula (no call before that not knowing what she chose).


Met her there last Friday. Means that she chose IMKK Program Dr Azizan.


Selepas tajuk 'Kenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir', saya dan Aza gelak sakan giler.. sebab... rupa-rupanya :


Dia orang No 2: "Susah buat keputusan, orang yang selalu dan akan confuse dengan keadaan yang memaksa mereka memilih" <-- orang No 2, kalau nak bagi arahan kena jelas so that dia tak confuse!)


Saya pulak orang No 4 : "Pengkaji, fakta, kalau nak cakap, mesti ada fakta, kaki 'google' dan akan quote macam-macam dari 'analisa' dia tentang sesuatu tu!"


hahaha.. patutlah...