Tuesday, September 6, 2011

Saya yang Pelik

Saya berasa sangat tak best bila :

1. kuku saya panjang
2. berat badan saya meningkat
3. tumbuh jerawat
4. tak mandi pagi
5. hp saya low bat
6. takde earpiece (hands-free) bila driving
7. kena gesa
8. bangun lambat
9. tak sempat cuci rambut
10. bersin lebih 3 kali setiap pagi

.. buat masa ni tu je yg saya teringat. Saya taip ni pun sebab saya tengah rasa sangat tak best sebab kuku saya panjang.. hehehe.. asyik terlepas hari Jumaat, pastu terlepas Isnin. Bila sampai hari yang sunat potong kuku, nailclipper pulak takde. Nailclipper ni macam ada hantu tau.. rasanya hampir setiap bulan saya akan beli 3 jenis, yg besar, yg sedang dan yang kecil.. dan saya hanya sempat pakai sekali je, lepas tu terus tak jumpa. Tu yg geram tu. Asyik kerja saya beli nailclipper. Rasanya kalau kumpul, dah sebukit nailclipper saya beli. Asyik hilang. Memang kerja anak-anak, setiap hari Jumaat, diaorang akan sibuk-sibuk nak potong kuku untuk sediakan diri hari Isnin punya assembly. Pastu itulah hari terakhir saya tengok nailclipper siri minggu tu. Memang.. memang.. gerrrreeeem... gerreeem.

Tajuk atas tu patutnya saya tukar jadi 'Misteri Nailclipper'. heh.




No comments:

Post a Comment