Wednesday, March 28, 2012

Saya Orang Biasa


Siapalah saya kalau saya menjadi tempatmu berlawan harta, saya orang biasa. Tiada kaya, tiada yang terlebih istimewa.

Siapalah saya kalau saya menjadi sainganmu yang bijak berpuitis bak pujangga. Saya orang biasa. Tidak pandai menulis ayat, meluah bicara kata.

Siapalah saya kalau saya menjadi lawanmu berniaga. Saya orang biasa. Berusaha dan tetap mengharapkan rezeki dari Yang Maha Esa.

Siapalah saya kalau saya menjadi teladanmu yang serba-sempurna. Saya orang biasa. Penuh khilaf, lisan dan perbuatan saya yang masih perlu ditegur dan dijaga.

Siapalah saya kalau saya menjadi tempatmu berasa cemburu. Saya orang biasa. Serba kekurangan, tiada rupa, lalai dan lupa lagi cetek ilmu.

Saya orang biasa.

Lupuskan perasaan itu, saya orang biasa yang rendah hatinya. Dengan kata-kata yang salah, hati yang berprasangka, janji yang terlupakan, sifat dan sikap yang menyakitkan, mohon maafkan kekhilafan saya. Saya orang biasa.


Monday, March 26, 2012

Hi Maisarah!


zwani.com myspace graphic comments

p/s: (Ibu tahu Kakak tengah bukak blog Ibu.. )

Hi Kakak!!


***


I am your...




zwani.com myspace graphic comments



weeeeeee......




Monday, March 19, 2012

Jom Doa!

:o)

Doa yang kita baca ketika kita amat hampir dengan Allah.. (bersujud)

Ini doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti :

"Ya Allah Ya Tuhan kami,
tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal,
imam yang benar,
ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok,
kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar.."

Amin.. Amin..

Semoga mendapat manfaat dalam mencari keredhaan Allah, dunia dan akhirat.


Sunday, March 18, 2012

Kebab-o!


Super easy!
Berkhasiat.
Sodap!


Resepi Inti :

Daging kisar
Bawang putih
Bawang merah
Tomato
Carrot
Serbuk lada hitam
Mayonis
Cili sos
Garam
Perasa

Cara2:

Tumis bawang putih bawang merah hingga wangi
Masukkan daging kisar
Masukkan cili sos, serbuk lada hitam, cili sos, mayonis
Masukkan garam, perasa
Biarkan atas dapur sehingga air tumisan daging agak kering
Angkat dan sudukan ke dalam roti pita


Dah siap, sarapan pagi yang ekspres dan sedap!

Thursday, March 15, 2012

Talam Tokyo

Jika sudah jatuh cinta sama seri muka, jangan tak jatuh cinta sama si tokyo.



Apa bezanya?

Seri muka - skirt dia pulut.
Tokyo - skirt dia suhun + sagu + kelapa.

Itu je.

Blaus dia sama je.

***

Marieah lebih suka si seri muka.
Maisarah lebih suka si tokyo.

Saya? Asalkan pandan, mak on je semua!

hehehe..


Beriani


Cubaan saya buat beriani


Comment husband : Markah di antara A & B. Sebab, agak kering. Cuba lagi.
(Wah, macam masuk pertandingan masak)

OK, next time saya akan lebihkan air sikit (sikit je)

Tips yang saya dapat dari kakak ipar yg pakar dalam beriani dan nasi arab,
beras basmathi 'jenis tak bohong' punya. Maknanya, kalau 1 cawan dia, satu cawan air.
Sebab suami saya suka nasi lembik sikit, dia kata nasi beriani saya agak kering.
Walau macamanapun, tips dari kakak ipar sangat berguna.
Itu panduannya. You all can try anytime.


Ini 'acar @ sambal' nasi mandhy -
saya tak pasti dia ngam tak ngan beriani, tapi saya buat juga.
Sebab, saya memang suka acar nasi mandhy.

Resepi :

Sedikit perahan lemon
Tomato
Cili hijau + cili merah sedikit
Garam
Gula
Perasa
Batang daun ketumbar

Power!


Yg atas ni ayam masak beriani.

Duhai, yg ni saya naik lif tekan sendiri. Sedap!!

Itu diakui oleh semua yang makan juga.
Guna rempah beriani Syarifah.

Sedap la.

Resepi dia ada kat belakang plastik rempah tu. Ikut sebiji-sebiji.
Saya nak taip balik, plastik tu dah dibuang pulak. Tak dapek den nak nolong. :o)

Tapi tips yang paling boleh pakai dan telah terbukti oleh gambar di atas,
ikut sebiji2 yang ada di belakang plastik rempah beriani Syarifah tu.

Sodapnyer macam katering punya!

Acewah.

p/s: kan saya dah kata, saya naik lif tekan sendiri. hehehe..
no, credit to rempah Syarifah.
Best!


Si Budak Towel

Muhsin hari ini masih lagi Budak Towel...

macam Budak Towel 2 tahun dulu..







^_^

(boleh bayangkan berapa banyak towel yang saya kena beli tetiap kali?
.. cuma kali ni dia dah besar, so towel kanak-kanak dia dah tak mau dah..)


hehehe

Monday, March 12, 2012

Happy 13th Birthday, Maisarah!



Potong kek kat rumah


Makan2 kat tempat lain

Wahai anak,
terima kasih kerana menjadi anak yang baik,
solehah, menyejukkan hati dan mata dan berakhlak baik.
Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah jua, Amin.. Amin..

Sunday, March 11, 2012

Andai Rasulullah Bersama Kita

Sangat touching lagu ni.
Fall in love with this song since the first time I heard it.
In tears, each time mentioning 'Ya Habibi Ya Rasulullah'...

We miss you Ya Rasulullah..

Ya Allah, kekalkan hati kami menyayangi dan merindui Rasulullah, agar kami mendapat syafaat Baginda di Padang Masyhar kelak.. Amin.. Amin..



Sunday, March 4, 2012

Home Sick

Maisarah home-sick.
Marieah home-sick.
The reason I quit my job last year have left for the best. Insya Allah

Sedih dengar suara anak-anak di hujung telefon, menangis.
Hari-hari menangis.
Sabarlah duhai hati si ibu.
Doakan mereka.
Selalu.
Hati ibu yang sebenarnya sangat rindu.
Seperti tiada makna memasak.
Seperti tiada makna balik ke rumah.
Itu cuma perasaan.
Sabarkan hati.
Mantapkan perasaan.
Anak-anak itu sedang menuju kejayaan, Insya Allah.
Ketakutan mengenangkan yang lagi dua ini yang sangat mahukan kehidupan asrama.
Itu bermakna anak yang tujuh hanya tinggal satu sahaja nanti.
Tak lama, setahun sahaja lagi.
Rindu mengenangkan yang jauh.
Sayu mengingatkan setahun lagi.
Sabarlah wahai hati.
Tentu Allah sedang menyusun yang terbaik, Insya Allah.
Kita adalah insan yang selalu tidak mengetahui.
Amankan hati si ibu Ya Tuhan kami.



Thursday, March 1, 2012

Pilihlah Kawan

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan.

Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

"Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

"Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Wallahua'lam. Pada saya, jadilah Muslim yang baik. Niat baik, buat baik, dapat baik - Insya Allah.