Marieah home-sick.
The reason I quit my job last year have left for the best. Insya Allah
Sedih dengar suara anak-anak di hujung telefon, menangis.
Hari-hari menangis.
Sabarlah duhai hati si ibu.
Doakan mereka.
Selalu.
Hati ibu yang sebenarnya sangat rindu.
Seperti tiada makna memasak.
Seperti tiada makna balik ke rumah.
Itu cuma perasaan.
Sabarkan hati.
Mantapkan perasaan.
Anak-anak itu sedang menuju kejayaan, Insya Allah.
Ketakutan mengenangkan yang lagi dua ini yang sangat mahukan kehidupan asrama.
Itu bermakna anak yang tujuh hanya tinggal satu sahaja nanti.
Tak lama, setahun sahaja lagi.
Rindu mengenangkan yang jauh.
Sayu mengingatkan setahun lagi.
Sabarlah wahai hati.
Tentu Allah sedang menyusun yang terbaik, Insya Allah.
Kita adalah insan yang selalu tidak mengetahui.
Amankan hati si ibu Ya Tuhan kami.
No comments:
Post a Comment