Sunday, April 8, 2012

Seminar Wang Power

Me and Linda attended the above seminar last Sunday. Crowd jangan citer. :o) Memang penuh. Dr Azizan kalau buat kat Selesa Hotel, penuh. Buat kat The Zone, penuh gak. Buat kat stadium pun penuh gak, agaknya. hehehe..

Ok, let's share further to what have been shared kat 4-hours seminar tu. (Free ok?) Seminar Wang Power tu cam kesinambungan to seminar-seminar yang Dr Azizan dah buat sebelum ni. Antara inti-patinya cam ni..

JAGA DUIT KITA

Kalau kita tak boleh jaga wang kita yang sedikit, jangan mimpi nak ada yang banyak. Maknanya, jangan sesenang bagi duit keluar. Cemana tu? Cam ni :

Jangan sesenang nak invest kat dalam apa-apa program yang disediakan oleh sesiapa di luar sana. Jangan masuk kalau kita tak faham (ada program yang kita sendiri tak paham apa sebenarnya bisnes dia, yang cekononnya boleh jadikan kita jutawan!). Reject first! Itu tips Dr Azizan. I like!

Jangan bagi orang pinjam duit. Hehehe.. yang ni best. Betul, jangan bagi orang pinjam duit, sebab the moment you bagi pinjam, bersedialah untuk wang itu tidak dipulangkan semula. So, jangan bagi jika kita tidak bersedia untuk 'bersedekah'. Tu la, tak dapat beri pinjaman banyak, 'sedekah' la certain amount kepada si peminjam tu. Memang dia sangat-sangat memerlukan duit ketika itu. Semoga 'itu' menjadi amalan kita di akhirat, Insya Allah.

Jangan simpan duit di tempat yang senang kita nak keluarkan. Contoh, bawah bantal, bawah katil, dalam poket atau dalam akaun yang senang kita access. Sebab, sistem dan program badan kita ni somehow akan cari jalan untuk keluarkan duit tu (kebocoran wang). Contoh, time-time tu la peti sejuk rosak, tayar pancit, orang nak pinjam, ahh.. memacamlah. :o) So, kalau leh, letak duit tu kat fixed deposit, atau tabung haji... pastu, buku akaun tu bakor! hahaha.. Itu lagi satu tips Dr Azizan. I tak follow ye. Tak berani.. hehehe.. suruh orang lain simpankan kat tempat yang kita tak tahu.. cam kira 'buku hilang' lah.. kalau tak, betul juga kata DAO (Dr Azizan Othman ler tu) nak simpan-nya satu kali. Nak keluar-nya banyak kali.. hehehe..

Kita kena tanya 10 alasan kenapa duit kita tu kena keluar. Rasanya, bila dah sampai sebab ke-3 je dah rasa tak perlu belanja, kan? hehehe.. good tip. I followwwww...

CEMANA NAK BUAT AGAR KITA NI MONEY-FRIENDLY?

Positive mental attitude. Orang yang negative, banyak komplen, rezeki agak susah nak masuk. Duit pun takmo lekat. Kalau dapatpun, asyik keluar balik. Kebocoran wang melanda. Maknanya, orang yang suka komplen, akan ada banyak masalah especially kewangan (selain paling penting, iaitu masalah keberkatan hidup - Nauzubillah).

Harmonikan kehidupan anda. Keluarga, suami-isteri, kawan-kawan, jiran tetangga, dengan sesiapa juga lah. Termasuk pokok-pokok dan haiwan-haiwan sekeliling. Itu boleh mendatangkan keberkatan. Keberkatan datangkan duit. Senang kan? Buat baik, harus dapat baik. Dan, duit harus di-treat-kan ke arah kebaikan, sedekah adalah contoh terbaik selain membayar zakat.

Tukar kawan! Yang ni saya takyah elaborate. Memang kena tukar kawan yang negative tu, kepada positive sahaja. Itu aje. Nak kasi hidup harmoni, agar keberkatan datang kat kita. Takyah sesak kepala ngan orang cenggitu. Kehidupan dia (orang negative) tu pun sebenarnya tak best pun, sebab tu dia asyik 'meracau'. hehehe.. 'Botol'kan dia, biar dia meracau sensorang kat dalam tu. ;o)

Alignment-kan percakapan, perbuatan dan pemikiran kita as that is the Law of Alignment. Harus selari - apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat! Kot-nyer, fikir nak rumah besar, kereta besar, tapi tak de apa2 tindakan pun, mano nak dapat duit cenggitu? Tak dapek ado.. (bagi salam sikit ~ Man Jadda Wa Jadda - siapa yang berusaha, dia yang mendapat!)

Ok, cukup dulu. Apa-apapun, nilai duit semakin susut. Kos semakin meningkat. Kalau takde duit, nak beramal pun agak susah. And, it's ok to be rich, sebab dengan kekayaan, kita boleh berbuat lebih banyak manfaat kepada orang lain. (Kalau rujuk Rukun Islam ~ bayar zakat, mengerjakan haji ~ berkisar tentang wang, kan?). Firman Allah, kita bukan sahaja dihidupkan untuk beribadah kepadaNya tetapi juga kita dihidupkan agar kita juga dapat memberi manfaat kepada hidup orang lain juga.

Akhir kata, duit yang kita ada harus digunakan dengan/untuk cara yang baik agar 'vibration' duit itu selalu ada dan lekat dengan kita. Insya Allah.

Salam Wang Power, everybody!

I folloowwww! :o)




No comments:

Post a Comment