19 May 2012
Sukar nak diluahkan dengan kata-kata.
Hanya linangan airmata, bercucuran sepanjang lagu-lagu berkenaan 'Ibu' didendangkan.
Mungkin apabila membaca, tiada yang memahami apa yang tersirat mahupun yang tersurat.
Namun, diri yang melalui.. sangat terkesan - 4 jam yang penuh kasih-sayang.
Antara Ibu dan Anak.
Kesempatan Mak berada dengan Tok Pah di atas pentas
(I brought Mak dan MakTeh to Mother's Day celebration dengan Tok Pah)
They enjoyed the day, me too.
We went through petang itu dengan gembira serta linangan air mata.
Terasa semula tautan itu.
Alhamdulillah, terima kasih Allah. *nangis*
I thought I wouldnt be able to have good time with Mak again ever.
Allah permits that to happen, akhirnya.
Terasa seperti suatu batu yang sangat besar yang selama ini terbeban di atas kepala telah terangkat.
Mungkin tiada yang memahami, reality fact was -
this Mother and Daughter have not been talking to each other since last year.
Sedih kan?
*nangis lagi*
Ya Allah, hanya kepadaMu tempatku mengadu, terima kasih di atas segala kurnia nikmatMu kepadaku dan aku bersyukur atas ilhamMu itu. Terasa lepas bebas, dugaan dan cubaan telah dapat ditewaskan,
terima kasih Ya Allah.
Juga, ampunkan saya yang dahulu wahai Mak, saya mahu jadi ahli syurga. Kurang keberkatan hidup saya andai Mak tidak memaafkan saya. Tidak makbul doa-doa saya jika Mak marahkan saya. Harapan saya tinggi, moga Mak juga doakan saya, jadi ahli syurga.
Semoga Allah memberikan kedamaian hati dan kebahagiaan dunia serta akhirat untuk Mak, Amin.
Doakan saya berjaya dunia akhirat Mak!
Tempat Mak telahpun ada di dalam 'impian-tiada-batasan' (visualization) saya.
Terus doakan kejayaan saya, Mak!
***
p/s: Lain manusia, lain dugaannya. Mungkin itu bahagian saya. Saya redha dan mohon keampunan Allah andai saya tersalah duga, silap kata-kata dan berprasangka.
No comments:
Post a Comment