Saturday, June 30, 2012

Sharing : Talk on Rahsia Gelombang Rezeki Part II

Nak sambung pasal sessi (cam salah eja je kan? iskh.. tak kisah la.. janji sessi bukan seksi.. hehehe) Rahsia Gelombang Rezeki tu.. I know there might be a better session than what we attended but that's ok, I always believe there's always new ilham that Allah kurniakan to each of individual who intends to share their expertise. I learnt a lot from this and by sharing, I hope manfaatnya berpanjangan, Insya Allah.

The continuation from the last entry, anggap duit macam kawan kita, kena 'pelihara' dia dan kena bagi 'dia' suka je kat kita, kita kena rasa 'seronok' mengeluarkannya.. contoh, bila bayar bil telefon, kita kena kata - "Seronoknyaaaaaaa bayar bill RM200 tadi..".  Hehehe.. i know it's tough, kan? Ok, tips nya - kita kena rasa sepertimana seronoknya kita guna phone tu untuk berkomunikasi, cam tu gak kita kena rasa seronok membayar.. heh. Amacam? Cemana seronoknya kita guna aircond untuk menyejukkan kita, cam tu gak kita kena rasa seronok bayar bill elektrik yang mencecah ratus-ratus tiap bulan.. amacam? Seronok tak? Seronok kan? Hmm.. seronoknyaaaaaaaaaaaa sharing bab ni. :o) Bila seronok, positive vibes datang.. bila positive vibes datang, rezeki datang.. Insya Allah. Merungut - negative - yg tak best datang dekat. Nak? (Harap takut ok, itu betul tu - serious!) *ah comei*

Doa Senjata Mukmin - Minta 'sponsor' dari Rasulullah. Dimulakan dengan selawat ke atas Nabi SAW ~ ala-ala 'add friend' ngan Rasulullah. Doa kena jelas (ala-ala update status kat FB). Minta (doa) lah yang baik2 sahaja. Pastu malaikat akan 'like' 10x, ibarat 'amin'kan. Rasanya, bila dah dapat 'like' banyak kali dari malaikat dan 'sponsor' dari Rasulullah (ingat, Rasulullah hanya wafat di alam dunia sahaja, roh dan nur-nya tetap hidup), agak-agak, Allah perkenankan doa kita tu? Hmm.. *Terima kasih Allah, kerana memberi peluang kepada saya untuk sharekan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain dalam bentuk yg mudah-faham, semoga 'sampai' message kepada orang-orang yang membacanya, Ya Allah, Amin*

Ok, stop dulu (lagi). Menyambil je ni. :o) Nanti sambung lagi ye... Insya Allah.

Wednesday, June 27, 2012

Sepagi di Suasana Rahsia Gelombang Rezeki

First sekali, terima kasih Akiko Noor. :o)

Itu pada 23hb Jun 2012. Saya sangat bersyukur sebab selalu looking forward to this kind of 'talk'. And was there, a talk by Dr Ahmad Yusri Bani Hasim. Orangnya kecil comel ~ bukan puji dia, puji Allah.. :o) tapi ilmu penuh di dada. Alhamdulillah, it was (and always will be) a good program. Antara yang saya boleh kongsikan untuk kawan-kawan ialah :

1.  Rezeki tu bukan hanya duit tau. Rezeki tu konsepnya besar; kebahagiaan, rasa cukup, anak-anak yang menyejukkan mata dan hati, rahmat Allah dan of course la dari segi duit - kaya harta. Rahmat Allah tu pun sebenarnya besar, maksudnya diberi oleh Allah kebaikan, dibalas dengan belas kasihan, dipelihara dari merbahaya serta diselamatkan dari bencana dan kesusahan hidup.  

2.  Kita kena betulkan dalaman kita, our mind terutamanya. We have to decide, believe and action.  Cemana tu? Contoh : Nak kereta Hyundai Tucson (itu saya!! saya mau Ya Allah..) <-- iklan tak berbayar, sementara ada gelombang.. Amin.. (ambil kesempatan, cehh) hehehe

Ok contoh saya tadi : 

  • Nak kereta idaman, gi kat showroom, atau bila kereta tu ada depan mata - decide nak yg tu juga, fokus! ~ jangan lak rambang mata, kejap nak Porsche, kejap nak Tucson (itu contoh.. saya tak pandai pasal kereta, tengok yg cun je, terus berkenan.. hahaha)
  • Doa! <-- ada gelombang ketika tu, to what you want sebab otak adalah automatic goal setting device
  • Believe - percaya you can get it
  • Action - Sure la kena ada strategy kan.. nak dapat benda idaman, kena ada extra earnings, kena extra action jugak la kan.. part tu yg lomah sikit tu kan.. takpe, yg penting dah doa dan believe.. :o)
  • Tapi percayalah, the moment you focus untuk dapatkan je, Insya Allah - akan dipermudahkan Allah jalannya.. Amin..
3. Duit. Bab duit, ini yang paling asas - kita kena jadi kawan baik duit. Kita harus suka, gembira dan bersyukur bila tengah tengok duit (banyak). Walaupun duit yang kita tengok tu bukan dalam purse kita (kot la ternampak kat dalam purse orang lain - tak sengaja, bukan sengaja jengah - no good ok). Kita kena rasa seronok kerana Allah beri rahmat pada orang lain tu, kita kena kata - dalam hati je.. pengsan kalau cakap kekuat kang.. :o) "Ya Allah, hari ni aku telah melihat kekayaan, kayanya Kau Ya Allah". Bayangkan kalau yang cakap tu contohnya adik kita (A), bila dia tengok kita belikan adik kita yang sorang (B) lagi barang2 yg B nak.. tak ke kita rasa kita pun cam nak belikan je si A apa saja lah yang dia suka.. sebab dia sangat baik dan tidak mementingkan diri dia sendiri.. amacam? Allah laaaaagilah Maha Kaya. Bukankah dia laaaaagi boleh berikan kita apa sahaja yang kita mahukan sebab kita sangat bersyukur dan tidak mementingkan diri kita sendiri malah acknowledge yang kaya itu hanya Allah? The moment kita doakan orang lain, malaikat pun akan 10x 'like' status doa kita tu. Bukan ke dapat kat kita juga akhirnya.. Subhanallah. Allah yang Maha Bijaksana. Sistem appreciation Dia lagi efficient dan smart ok!

OK, tulis sikit2 dulu. Mak nak buat kek ni. hehehe.. nanti sambung lagi ok kawan-kawan. Thank you Syeffy, thank you Marshita, thank you Les dan kawan2 lain yang menyokong saya untuk terus menulis lagi dalam blog ni (walaupun bahasa macam bahasa bercakap, haru-biru!). I love you guys, doa saya kepada each and everyone of you, "Ya Allah, kurniakanlah kasih-sayangMu ke atas kawan-kawanku yang membaca tulisanku, kerana aku menyayangi mereka dan tetapkan hatiku dan berilah ilham yang bermanfaat Ya Allah, untukku terus menulis untuk kebaikan kami semua dunia dan akhirat.." Amin.. Amin..




Monday, June 25, 2012

Formula Nasi Lemak




Saya banyak kali buat nasi lemak juga.
Ada yang ikut resepi, ada juga yang cecampak.. 
Penyudahnya, selalunya nasi saya akan 'ada-je-yg-spoilt'.. hehehe
Yg santan berketul ada, yang tak cukup lemak pun ada, yang lembik ada, yang jelantah pun ada..

Duyai.. 

Sampai la satu hari tu, rezeki saya singgah kat blog K Jee - Dari Dapur K Jee..
Dia tulis pasal nasi lemak kat blog dia.


Then saya guna formula tu.
Ehem, dah boleh eksyen dah. Acewah.
Tak takut2 lagi.
(Dulu, setiap kali bukak periuk nasi jek, cuak habis)

Sekarang, saya pulak bagi formula tu kat orang lain. 
Cam la kita lak yang terer. Takpe, ilmu tu.
K Jee tu pun dapat pahala 'ala-MLM', Alhamdulillah.
Terima kasih K Jee, di atas ilham itu.

Formula asas nasi lemak tu ialah :

2 pot beras
2 pot air
1 pot santan + sedikit garam

Kalau biasa masak 5 pot beras, dan guna 5 pot air juga, santan 2.5 pot yang sama tau
Pastu nak tambah halba ke, serai ke, daun pandan ke.. boleh, ikut suka ye..

Kalau resepi nasi lemak saya cam ni :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Tumbuk tapi jangan sampai lumat sangat

Daun pandan, simpulkan

Dah tumbuk semua tu (tak masuk daun pandan - kang jadi hijau pulak nasi tu)
campur dengan pot air + santan tadi, garam sikit, dan pastu masuk beras.
Then letak minyak sikit dalam periuk tu, yg tu untuk 'longkah'kan antara beras, 
agar dia tak melekat-lekat.

Pastu masak dalam periuk nasi cam biasa.
Bila bau dah 'mengaum' satu rumah tu, dah nak siap la tu.

Cuba lah ye. 
Senang je buat nasi lemak.
Tiada ragu-ragu lagi.
(Tu yg saya kata saya dah leh eksyen tu)

hahaha..

Selamat Mencuba! :)


Friday, June 15, 2012

Pnom Penh, Cambodia : June 2012


Sharing is Loving : Solat Tahajjud

Kalau lah boleh saya share-kan sikit dari buku yang di bawah ni..
teruskan bacaan ye, semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.. Insya Allah


Rasulullah SAW bersabda :
"Ketika salah seorang dari kalian sedang tidur, 
maka syaitan mengikat tiga ikatan di tengkuk kepalanya. 
Untuk setiap ikatan ia mengatakan dengan perkataan: 
"Kamu masih memiliki malam yang panjang, maka teruslah tidur!".  
Jika dia tetap bangun dan menyebut nama Allah, maka satu ikatan terlepas. 
Jika dia mengambil wudhu', maka satu ikatan terlepas lagi dan 
jika dia mengerjakan solat, maka satu ikatan terlepas lagi 
dan dia menjadi orang yang rajin dan jiwanya baik. 
Tetapi jika tidak, maka jiwanya akan buruk dan dia akan malas." (HR: Bukhari & Muslim)

Solat Tahajjud :

Solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sebentar.
Waktu utama : Jam 1.00 pagi hingga subuh
Jumlah rakaat : Tidak terbatas, paling kurang 2 rakaat.
Cara :  2 rakaat, satu salam.

Ganjaran : Mendapat rezeki dan doa yang dimakbulkan Allah SWT.

Lafaz niat : "Sahaja aku solat sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala"

Rakaat pertama : Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas
Sujud akhir pada rakaat kedua :
3x
 "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar, 
dan keluarkanlah pula aku secara yang benar, 
dan berikanlah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang menolong"
- Surah Al-Isra' : 80

Selepas salam, ucaplah doa seperti di bawah :
**(Kaedah saya, takyah hafal ~ nanti rasa tak boleh buat 
cuma perlu fahamkan sahaja, tengok yang bold tu.. 
then you can mention it by yourself, dari hati.. Insya Allah)

"Ya Allah, bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau Raja Penguasa langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah benar, dan
perjumpaan denganMu adalah hak dan firmanMu adalah benar.
Syurga adalah hak, dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak lagi benar,
dan Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar.
Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakkal), kepadaMu jualah kami kembali,
dan kepadaMu kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum.
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya,
baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir,
tiada Tuhan melainkan Engkau, Allahu Rabbul 'Alamin.
Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah." Amin.

Semoga bermanfaat, Insya Allah.

Friday, June 8, 2012

Muhsin - Big Boy Now


Singapore Science Center


Snow City


PadaMu Ku Bersujud





Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
* esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-MU 

Wednesday, June 6, 2012