Tuesday, November 15, 2011

Popiah Gulung Nestum

Popiah lagi.
Untuk kunyah2 kat depan TV, kasi tambah montel. :o)

Cara nak buat, agak senang.

Bahan yang diperlukan :

Kulit popiah

First time buat ni, cabaran menggulung.
Takde lidi satay, saya pakai chopstick kayu tu.
Nah amik, skit punya besor ke gulungan tu.. hehehe

Panaskan minyak, ambil gulungan popiah, ready ngan gunting kat tepi kuali.
Cecepat gunting popiah gulung tu sampai terputus, lalu biarkan dia terjun ke dalam minyak panas tu
(ni karangan darjah 5 ke apo? hehehe)
(disclaimer : awas ada yang jadi gulungan tu, ada juga yg jadi zig-zag)

Pastu, siapkan

1 cawan nestum
1/2 cawan gula
1/2 cawan horlicks

blender kering sampai agak halus

dan gaul rata

packkan dalam balang

(tutupkan balang tu, kalau sempat)

(sebenarnya.. yg dalam gambar kat atas tu ler kali pertama dan terakhir tutup balang itu digunakan untuk menutup balang yang terisi popiah gulung nestum itu)

al-maklum ler.. anak kami ramai

^_^



Saturday, November 12, 2011

Resepi Puding Roti

Puding Roti yang sangat simple tapi.. hmm.. nyummm!
try la dulu..

Bahan - bahan :

Roti
Santan
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar gula
Pewarna hijau

kismis
coklat rice / choc chip

Cara-cara :

Dalam mangkuk berasingan, satukan santan, tepung kastard, gula dan pewarna hijau
celupkan roti sekeping-sekeping, susun dalam loyang
taburkan kismis, choc rice/choc chip
lapiskan lagi dengan roti celup tadi
hingga paras tinggi loyang / ketebalan yang dikehendaki
kukus, lebih kurang 25 minit

angkat, ketepikan.

Sos Kastard :

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar gula

masak atas dapur, api sederhana
kacau sehingga agak pekat

curahkan atas puding roti yang telah dipotong.
hidangkan.


perghhh...

kalau ada roti yang lebih, leh buat hidangan ni.. dan sedekahkan kat jiran-jiran atau sesiapa je.. dapat juga mengeratkan silaturrahim..

:o)

Penghujung Cintanya

Ada beberapa peristiwa yang berlaku yang menyebabkan saya sangat percaya bahawa Allah lah yang Maha Mengetahui dan Allah itu Maha Adil. Subhanallah.

Betul bahawa ajal, maut, jodoh di tangan Allah. Hanya Allah yang menentukan. Kita memang hanya boleh merancang. Dan kita hanyalah manusia kerdil yang tidak tahu apa-apa. Ya Allah, Ya Alim, Ya Adl, Ya Muqit.. Allahuakbar.






Vietnamese Popiah


Rice sheet - layurkan kat dalam mangkuk yg ada air suam
Potong timun panjang-panjang
Potong carrot panjang-panjang
Kalau ada crabstick, boleh letak
Kalau ada udang pun boleh rebus dan letak
Saya guna sosej yang dipotong ngan sikit meatloaf

Gulungkan macam popiah.
Hidangkan dengan pencicah sos cili Thai

Sedap tau. Hidangan yang agak sihat (walaupun sosej bukan tergolong dalam diet sihat) hehehe


Tuesday, November 8, 2011

Triffles for Charity

Triffles for Marieah to sell at Hari Kantin sekolah dia,
for charity


Dah siapkan semuanya, termasuk duit float.
Harap-harap dia tak gelabah when do the business dealings.

:o)

Resepi Bubur 10 minit :o)

Ada masa saya memang takde masa (ada masa tapi takde masa, cemana tu?) hahaha

Ok lah, cam ni.. ada ketika Muhsin atau kakak-kakak dia atau Ayah dia
nak makan bubur.

Leceh kan nak buat kalau masa tu ada dalam 10 minit jek? ;o)

Jangan risau.. mak ada cara ok?
Paling simple, paling mudah.. yang penting sedap..

Ni dia.. bahan-bahan dan cara-caranya :

Nasi yang dah dimasak (2 / 3 senduk -- ikut ramai mana nak mam)
Daging yang siap direbus (stok dalam peti ais)
Air panas / suam / kalau takde gak, air sejuk je dah..

Blenderkan. Masukkan dalam periuk.

Bawang putih
Bawang merah
Halia

Racik / potong halus.
Goreng.

Carrot kalau ada, potong dadu, masuk jugak kat dalam gorengan tu.

Masukkan bawang goreng dan kawan-kawan goreng dia (termasuk dengan minyak gorengan tadi tapi bukan semua, taknak oily sangat) tadi dalam periuk yang dah ada
'bubur tak berapa nak lengkap' tu.

Tambah garam, perasa, kalau nak letak minyak bijan sikit.. letak ler..

Kalau terpekat, letak air sikit lagi. Panaskan sekejap.

Hidang, taburkan bawang goreng (yg beli kat kedai), daun sup dan daun bawang racik halus.

Siiiaaapp!
Hubiby ingat saya buat bubur lambuk.. hehehe

Darling, itu bubur lambung.. 10 minit je dah siap! :o)

mudah, kan? memang mudah..

tiada alasan lagi untuk cik mala plural
untuk berleluasa di dalam diri. dah cut short dah. ^_^

(cik mala plural = mala-s) hahaha

Selamat mencuba!


p/s : nanti saya nak share stock apa yg perlu ada selalu dalam fridge untuk menyenangkan kerja masak-masak (ceh, cam la mak terror sangat) hahaha


Wednesday, November 2, 2011