Ada masa saya memang takde masa (ada masa tapi takde masa, cemana tu?) hahaha
Ok lah, cam ni.. ada ketika Muhsin atau kakak-kakak dia atau Ayah dia
nak makan bubur.
Leceh kan nak buat kalau masa tu ada dalam 10 minit jek? ;o)
Jangan risau.. mak ada cara ok?
Paling simple, paling mudah.. yang penting sedap..
Ni dia.. bahan-bahan dan cara-caranya :
Nasi yang dah dimasak (2 / 3 senduk -- ikut ramai mana nak mam)
Daging yang siap direbus (stok dalam peti ais)
Air panas / suam / kalau takde gak, air sejuk je dah..
Blenderkan. Masukkan dalam periuk.
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Racik / potong halus.
Goreng.
Carrot kalau ada, potong dadu, masuk jugak kat dalam gorengan tu.
Masukkan bawang goreng dan kawan-kawan goreng dia (termasuk dengan minyak gorengan tadi tapi bukan semua, taknak oily sangat) tadi dalam periuk yang dah ada
'bubur tak berapa nak lengkap' tu.
Tambah garam, perasa, kalau nak letak minyak bijan sikit.. letak ler..
Kalau terpekat, letak air sikit lagi. Panaskan sekejap.
Hidang, taburkan bawang goreng (yg beli kat kedai), daun sup dan daun bawang racik halus.
Siiiaaapp!
Hubiby ingat saya buat bubur lambuk.. hehehe
Darling, itu bubur lambung.. 10 minit je dah siap! :o)
mudah, kan? memang mudah..
tiada alasan lagi untuk cik mala plural
untuk berleluasa di dalam diri. dah cut short dah. ^_^
(cik mala plural = mala-s) hahaha
Selamat mencuba!
p/s : nanti saya nak share stock apa yg perlu ada selalu dalam fridge untuk menyenangkan kerja masak-masak (ceh, cam la mak terror sangat) hahaha
bagus2.. itu mmg kena share...
ReplyDeletehmmm lepas nih mmg senang la saya nak buat bubur nasi... yeehaaa
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete