Wednesday, November 30, 2011

Resepi Tepung Rangup

Saya buat tepung rangup sendiri,
sebab senang bebila nak goreng pisang ke, keladi ke, keledek ke, cendawan ke..
apa-apa je la..

saya pernah beli yang dah ready made punya,
tapi ada je yang cam tak kena ngan selera saya
(wah, bajet sedap ler buat sendiri tu.. hahaha)

saya cuba. jadi.
kira ok la tu.
boleh dipanjang-panjangkan.
buat banyak sekali, masuk dalam bekas.. senang.

Bahan-bahannya :

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
1/2 cawan cornflakes yang telah diramas
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam


bila nak goreng tu, masuk ler air.. ala-ala dah boleh salut-menyaluti gitu
(in case, kot ada yg 'lurus', terus golekkan pisang atas tepung) hehehe

ini antara hasilnya yg sempat saya amik gambo :


rangup dan leh la tahan sedap.
(sebab sendiri punya resepi kan, so cakap la boleh tahan)

hahaha.

sedap lah.
..dan wangi, masa goreng lagi dah bau semerbak duamerbak.

bermerbak-merbak.
ok, itu over.

hahaha

cuba ler.


No comments:

Post a Comment