Di satu pagi, adakah anda mempunyai simptom-simptom ini?
Malas nak kupas bawang?
Tak terasa nak makan nasi lemak?
Tak teringin langsung nak makan mee goreng?
Tak suka makan sayur?
Hah.. ini penyelesaiannya sarapan anda!!
Cheesy Scramble Egg with Sausage
Senang, Sedap, Sempoi
Bahan-bahan :
Telur
Susu segar
Garam
Butter (sikit je)
Sosej (slice kecil)
Sliced cheese (kraft tu je pun ok)
Pepper
Black Pepper
Cara-cara :
Pukul telur hingga kembang sikit then + garam + susu segar sikit
Panaskan kuali leper (non stick ke, stick ke pun tak kisah..), masukkan butter sikit
Then, curahkan adunan telur tadi
Biarkan sekejap sebelum boleh dikacau jadi scramble
Bila dah berketul-ketul tu, masukkan sosej, carik-carikkan cheese
Kacau dengan sudip sampai sebati, tabur pepper dan black pepper
Siap.
***
yang sebenarnya..
anak saya makan cedok dalam piring cam tu je.
(cara orang johor cakap memang terbalik-terbalik, asal paham sudah..) hehehe
Ada yang makan letak dalam roti sendiri, lipat... ngap. hehehe
No comments:
Post a Comment