Saturday, January 7, 2012

Kerang Rebus

Ada yang teringin nak makan kerang rebus kat rumah, kami beli kerang.

Rebus.

(Aik, cam-cam tu jek?) hahaha

Taklah.



cam ni..

Kerang dibersihkan
Potong bawang besar
Titikkan serai
Sedikit garam

Masukkan dalam periuk.
Masukkan semua bahan-bahan di atas.
JANGAN masukkan air.
Tutup periuk.
Hidupkan api.
Biar seketika.
Jangan risau dalam periuk kering, sebab kerang akan keluarkan air
Bila jengah, dah ada yang tersengih tu, maknanya dah masak la tu.

Hidangkan, potong limau untuk elakkan tangan dan rasa hanyir

Cicah ngan kicap + limau + bawang + cili padi


Pergh, berpeluh makan.

Simple tapi best!

Talam Ubi

Menu Ubi 2
(sambungan entry Bingka Ubi)

Talam Ubi

verdict :

lembik masa potong.
mungkin sebab masih agak panas.

rasa, boleh tahan sedap.
yg tang atas tu cam bubur som-som.

tapi, saya masih belum boleh beri resepi, sebab masih belum mantap.

till saya dapat kaedah dan teknik terbaik, insya Allah akan saya publishkan.



Thursday, January 5, 2012

Sekadar Pesanan

Semalam saya dan keluarga menziarahi Ayah angkat suami saya. 'Bapak' yang sudah tua, 87 tahun tinggal bersama isterinya yang lumpuh di sebuah rumah di hujung kampung. Seorang tua yang banyak ilmu agamanya, menanti hari penghujung usia, masak sekadar apa yang ada, tidak dapat memenuhi jemputan walaupun apa jua acara kerana menjaga isteri yang lumpuh tidak berdaya.

Setiap kali menjenguk, tersentuh hati saya dengan perkataan-perkataannya yang membayangkan kasih sayangnya kepada isterinya. Tiada apa lagi yang penting dalam hidupnya, kecuali ibadatnya kepada yang Maha Esa dan melalui hari-ke-hari bersama isterinya yang lumpuh. Sesekali Bapak tidak sihat, demam dan sakit urat, tapi digagahi juga kudratnya kerana erti hidup pada dia, hanya berbakti kepada Allah dan juga isterinya.

Jatuh air mata dia dan isteri setiap kali kami meminta diri untuk pulang. Setiap kali itu juga, diangkat tangan berdoa meminta Allah menjaga dan merahmati kami sekeluarga. Sangat sebak kerana usaha kami sebenarnya tidak ada apa-apa.

Semalam, sebelum kami naik kereta.. dia berpesan; "Anak-anak, jaga diri baik-baik, pandu kereta baik-baik.. lagi-lagi di bulan Safar ini, di bulan Safar ni Nak.. Allah menurunkan 150 bala ke atas kaum-kaum yang tidak diperkenanNya". Allahuakbar. Terima kasih Bapak. Patutlah di dada akhbar, hanya musibah sahaja yang kita baca. Baik kemalangan yang meragut 4 adik-beradik, kematian 4 sekeluarga yang dibunuh ngeri, kebakaran yang meragut nyawa 3 ahli keluarga, tanah runtuh di sana-sini.. dan Nauzubillah, mungkin banyak lagi.

Sahabat-sahabat tersayang, pesanan Bapak, saya panjang-panjangkan. Jagalah diri baik-baik ya. Berdoalah setiap kali memulakan perjalanan atau sesuatu pekerjaan. Semoga Allah memelihara kita dari kecelakaan dan musibah yang tidak diigini. Amin.. Amin..





Tuesday, January 3, 2012

psst! saya tengah kemaruk buat kuih talam ni. hehehe.
dah, tu je nak bagitau.

Resepi Bingka Ubi

Dua tiga hari ni memang menu ubi
sebab saya dapat ubi dari kampung

Menu 1, Hari 1

Bingka Ubi


Resepi :

1kg ubi - diparut
2 cawan santan pekat (santan kotak)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam

Cara :

Gaul santan pekat dengan 1 cawan gula merah (untuk ditapis),
Masukkan gula pasir, garam dan masukkan ubi parut dalam santan pekat + gula melaka tadi
Panaskan oven 200C
Masukkan dalam acuan yang telah diglis dengan minyak / butter
Bakar 55 minit



Nota :

* Ada resepi yang kena tapis air ubi kayu untuk mengasingkan sagu dan buang air ubi tu, tapi saya campur je semua.. sebab sayangkan jus dan rasa asli ubi kayu tu.

* Kalau ikut resepi ~ untuk potong, tunggu sampai 2-3 jam sampai bebetul sejuk, baru boleh potong.. saya tak. Saya memang tak penyabar orangnya. hehe
Saya umpilkan guna pemotong plastik sampai terangkat, kiri kanan, dan setiap penjuru.. elok je dia keluar. Nampak kenyal dan lembut.

Verdict :

overall, sedap. memang sedap.
sesedap rasa asli macam-nenek-buat. heh
tak manis sangat, dan tak tawar.
bintang-lima untuk resepi ni.
(resepi asal dari myresipi - kak fiza dan periuktanah - k an ~ Allah bless you both, amin)
saya bandingkan kaedah2nya, simplify dan agak-agakkan gula melaka dan gula pasir
dalam resepi tu

~ rasa lemak ubi tu mengingatkan saya pada satu bingka ubi favourite saya
di kawasan nongchik.
tapi, sebab saya dah tinggal jauh dari kawasan tu dan pernah sesekali pergi ke sana untuk beli bingka ubi dan kuih bakar dia tapi-kedai-tutup, menjentikkan semangat saya untuk buat semua kuih tu sendiri. hah, geram.

:o)


Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012

When the clock strikes twelve on December 31st,
people all over the world cheer and wish each other a very Happy New Year.
For some, this event is no more than a change of a calendar.
For others, the new year symbolizes the beginning of a better tomorrow.

Here are my wishes for everyone of you..

H Ours Of Happy Times With Friends And Family
A Bundant Time For Relaxation
P Rosperity
P Lenty Of Love When You Need It The Most
Y Outhful Excitement At Lifes Simple Pleasures

N Ights Of Restful Slumber
E Verything You Need
W Ishing You Love And Light

Y Ears And Years Of Good Health
E Njoyment And Mirth
A Angels To Watch Over You
R Embrances Of A Happy Years!

Happy New Year everybody!

p/s: oh, that was not me definitely, there's no bucket that could fit me in! hahaha

Happy New Year 2012!

2011 di Singapore






2012 di Malaysia!



Kitorang parked kereta kat tepi jalan, sebab jalan nak balik ke Senai sangat jammed.
Guessed everybody was waiting for the countdown.


Hope for good fireworks for new year.. tapi sampai 1230 midnite, nothing happened!

hahaha..

but, my Hubiby gave his salute to Kerajaan Negeri sebab he said - no celebration, less hoo-ha..

:o)