Sunday, February 12, 2012

Shepherd's Pie





Resepi nanti dulu.
Nak kuar jap, amik anak balik sekolah.

Janji manis: Malam karang saya letak resepi ye.






Allah Maha Mendengar

Saya orang baru di dalam qariah di taman rumah saya. Sejak berhenti kerja tahun lepas, saya banyak menghabiskan masa dengan kek-kek saya. Rasa macam 24 jam tak cukup. Namun, selalu berniat di dalam hati, agar saya diberi kesempatan masa seluang dua untuk belajar mengaji semula. Allah Maha Mendengar, kesempatan terserempak dengan seorang kakak jiran rupanya melorongkan saya kepada aktiviti keagamaan dan jalinan ukhwah setempat saya.

Saya telahpun menghadiri 'mesyuarat pertama' untuk tahun ini. Telahpun dibentangkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Kelas bahasa Arab / Ulum, kelas Fardhu Ain, kelas Tajwid, Marhaban, Berzanji selain sambutan Maulid adalah antara pengisian program.

Saya telahpun menghadiri 2 kelas setakat ini, dan saya sangat rasa-Ya-Allah-banyaknya yang-saya-belum-tahu. Biasanya ahli-ahli Qariah adalah surirumah yang tidak bekerja, dan saya percaya mereka-mereka berqariah atas dasar ukhwah, menambah ilmu dan mencari redha Allah. Aduhai, dalam 'gah' saya yang kononnya pernah bekerja di sektor korporat dan mengenali serta tahu bermacam-macam ilmu dunia, benar.. saya kagum dan sebenarnya malu (rasa-nak-menyorok-kepala-dalam-cengkerang lagak si kura-kura) dengan kakak-kakak surirumah itu, atas pengetahuan mereka tentang bermacam-macam perkara agama, berbahasa arab, berzanji, bertadarus dengan tajwid yang betul.. tentang banyak ilmu akhirat yang perlu untuk hidup di dunia.

Ya Allah, permudahkan lah urusan pembelajaranku. Sesungguhnya aku adalah seorang hambaMu yang jahil, berikanlah kesihatan yang baik, ketenangan hati dan perasaan dan berikanlah rasa cinta, sayang dan kasih kepada ilmu agamaMu. Ya Allah, gerakkanlah hatiku bagi memperbanyakkan amal di rumah-rumah ibadahMu Ya Allah. Ya Allah, Kaulah penciptaku dan aku hanyalah hambaMu yang hina dan tidak berpengetahuan. Aku berserah kepadamu Ya Allah. Permudahkanlah urusanku dalam mempelajari ilmu-ilmu yang mendekatkan diriku kepadaMu ya Allah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Thursday, February 9, 2012

Tentang Bulan

Subhanallah, malam tadi bulan sangat cantik.


Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam

Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

(ihsan lirik lagu OST Tentang Bulan)

^_^

Wednesday, February 8, 2012

Kek Gula Hangus

Ada cerita di sebalik kek gula hangus ni.

Amaran :

Sebelum meneruskan pembacaan, minum air bebanyak.
Sebab, takut ada angin dalam perut,
nanti muntah.


Ini permintaan seorang makcik untuk saya buatkan dia kek gula hangus.
Puncanya, dia makan kek marble saya.
Dia juga dah makan kek2 saya yang lain.
Tiba-tiba (saje.. nak kasi elemen suspens sikit)
Dia tanya, boleh tak buatkan dia kek gula hangus.
Saya kata, Insya Allah boleh tapi saya tak pandai dan tak biasa sangat.
Dia kata, takpe.. dia nak saya buatkan juga,
sebab dia kata dia suka .....
(ada perkataan memuji di situ yang tak dapat saya publishkan)

Itu cerita 5 bulan lepas.

Semalam, anak dia yang duduk KL datang ke rumah saya.
Beritahu saya ibu dia tak sihat sekarang (the reason she came down)
...dan bertanyakan lagi pasal kek gula hangus tu.

Sangat rasa bersalah kerana menangguhkan permintaan dia.
Terus saya buatkan.

Itu lah yang jadi kat atas tu, tak berapa nak lubang-lubang..
sebab peraman (peram) tak sampai pun 1 jam

Harap makcik dah rasa ye.

Ntah apa ceritanya, harap dia sihat dan baik-baik sahaja.
Insya Allah.



p/s: amaran yang berlebih-lebihan untuk sebuah entry yang biasa-biasa. heh. :o)

Pretzel Makcik N

Cobaan untuk Pretzel

Baked at 230C, for 10 mins

Butter-washed

Sebelum tu boleh gak tabur garam (kita guna garam dapur kita je)

Then, hidangkan masa panas2

This one not bad ok, sedap.
Kalau tak, takkan habis semua tu.
Wah. Angkat bakul nampak.
Tak, angkat resepi itu.

Tak dapat la rasa yang sebijik cam Auntie Anne's punya at my first time,
tapi kalau cuba lagi, lagi dan lagi..
insya Allah, bukak satu cawangan Makcik N punya pretzel kat Jusco gak nanti.

Hah.

Imagination is power.

Apapun, masih tak dapat lawan keladi goreng ok?
Rasa yang lemak merdu (biar betul, apsal merdu lak?).
Serious, keladi goreng ni lebih sedap dari Pretzel walaupun Auntie Anne's tu tau.
Walaupun Auntie Anne tu dah bukak cawangan seantero dunio.
Den tak kiro, keladi goreng totap no 1!

Semangat patriotik sungguh.

Gituuuu....

Saturday, February 4, 2012

Entry Skema Tentang Makanan

Pavlova untuk maisarah yang balik ke asrama dia, untuk kawan2 dorm dia sekali

and tiramisu with kiwi for guest - a long lost family friend

(entry yg skema kan?)

tu la, memang tak best.

hehehe..

promise i come back with something interesting.

psst! my laptop is corrupted.

ni la akibatnya apabila pakai laptop orang.

ayat pun skema je.

sebab, taip cepat-cepat, download ngan upload cepat-cepat.

heh.

alasan 1001 alasan.

ceh.

Ya Habibullah

Salam Maulidur Rasul 2012

Kepada Rasulullah Ya Habibullah, salam rindu buatmu.. ini antara syair yang mampu menitiskan air mata saya setiap kali mendengarnya sejak tahun 2008.

Hadad Alwi_ Ya Nabi Salam Alaika