Wednesday, February 8, 2012

Kek Gula Hangus

Ada cerita di sebalik kek gula hangus ni.

Amaran :

Sebelum meneruskan pembacaan, minum air bebanyak.
Sebab, takut ada angin dalam perut,
nanti muntah.


Ini permintaan seorang makcik untuk saya buatkan dia kek gula hangus.
Puncanya, dia makan kek marble saya.
Dia juga dah makan kek2 saya yang lain.
Tiba-tiba (saje.. nak kasi elemen suspens sikit)
Dia tanya, boleh tak buatkan dia kek gula hangus.
Saya kata, Insya Allah boleh tapi saya tak pandai dan tak biasa sangat.
Dia kata, takpe.. dia nak saya buatkan juga,
sebab dia kata dia suka .....
(ada perkataan memuji di situ yang tak dapat saya publishkan)

Itu cerita 5 bulan lepas.

Semalam, anak dia yang duduk KL datang ke rumah saya.
Beritahu saya ibu dia tak sihat sekarang (the reason she came down)
...dan bertanyakan lagi pasal kek gula hangus tu.

Sangat rasa bersalah kerana menangguhkan permintaan dia.
Terus saya buatkan.

Itu lah yang jadi kat atas tu, tak berapa nak lubang-lubang..
sebab peraman (peram) tak sampai pun 1 jam

Harap makcik dah rasa ye.

Ntah apa ceritanya, harap dia sihat dan baik-baik sahaja.
Insya Allah.



p/s: amaran yang berlebih-lebihan untuk sebuah entry yang biasa-biasa. heh. :o)

No comments:

Post a Comment