Tuesday, February 14, 2012

Solat Dhuha Menambah Aura

Itu yang dipelajari saya ketika attend kelas Dr Azizan di JB minggu lalu.

Aura tu apa? Susah gak nak terangkan. Macam tenaga kot. Tenaga yang positif. Ok, cam ni, aura adalah daya tarik seseorang yang terpancar pada diri seseorang. Amacam? Contoh paling dekat (sekarang dah jauh), Mawi. Tak tau kenapa dia sangat popular dulu. Dia sendiri pun tak tau agaknya. hehehe.. Must be aura dia sangat membantu. (Nota: yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri kita sendiri)

Aura / tenaga yang baik boleh membantu kita dalam pelbagai suasana; perniagaan, pekerjaan, persahabatan, kekeluargaan, dan yang paling penting hubungan kita dengan Pencipta.. Insya Allah. Kita akan rasa hidup lebih berkat, selesa, aman dan bahagia.. Insya Allah. Pendekata, hidup sempurna. Best, kan? Insya Allah.

Ok, talking about Solat Sunat Dhuha, let's recap :

Solat Sunat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik di antara jam 8.00 pagi hingga lebih kurang 11.00 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 rakaat hingga ke 12 rakaat. Setiap 2 rakaat, satu salam.

Lafaz niat : "Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"

Rakaat pertama : Selepas Al-Fatihah, baca Surah As-Syams.

Rakaat kedua : Selepas Al-Fatihah, baca surah Ad-Dhuha.

Dalam sujud terakhir : Berdoalah (sebahagian buku kata 40 x) ~

"Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi ilmu dan hikmah dan tambahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku."

Selepas salam, berdoalah :

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktuMu, kecantikan itu kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Dengan berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga mendapat keredhaan Allah, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment