Monday, February 27, 2012

1 Lagi ke Asrama.. Uwaaaa..

Alhamdulillah, Marieah dapat tawaran ke MRSM Ulul Albab (Tahfiz)
di Gemencheh
Terima kasih kepada yang mendoakan pada entri terdahulu


Katil 3, Room 204

Katil individu di asrama MRSM ni diattachedkan dengan meja study siap dengan white board

Inilah tukang kemas-tukang kemas locker dan katil dia.
(Dia relax je.. ye lah, bagi chance.. ~ dia kan 'Adik-Adik')

hehehe

dan, setiap seorang pelajar dibekalkan dengan bakul laundry
(everyday laundry)

***

Bermulanya malam baru bagi Marieah.

"Ya Allah,
anak kami Marieah sedang berjuang mengejar kejayaan akhirat dan dunia
berteraskan Al-Quran dan Sunnah,
Kau permudahkanlah urusan pembelajaran anak kami,
terangkanlah hatinya seperti terangnya hati orang-orang yang arif.
Faham dan mengertikanlah dia
tentang perjuangannya dan perkara agamanya, Ya Allah"

Amin.. Amin.

p/s: Program dia akan bermula seawal 4.30 pagi dengan Qiam dan Tasmiq, dan sessi pembelajaran Al-Quran dan akademik akan berakhir pada pukul 4.30 petang setiap hari.

Not easy, eh?

Ya Allah, permudahkan lah.

Kami percaya kepada terapi Al-Quran yang akan membuatkan anak2 ini berjaya
dunia dan akhirat, Insya Allah.



Tuesday, February 21, 2012

Muka-Buku

Facebook's status by orang-orang ni kekadang menjengkelkan, kan?

Really, I feel menjengkelkan sometimes. Kena pulak tu ada yang update status maki orang tu la, perli orang ni la.. cehhhh.. Rasa cam nak remove je. Boring ah. So negative, tak pasal2 aura negative dia sampai kat orang lain pulak. Dah tu, ada pulak yang menyokong. Ceh, 2 x 5! Sama je sepetak-sepusir rupanya. Manusia yang selalunya tak senang dengan apapun. Jiwa kacau. Boring kan?

Tu yang kekadang, saya tak buka facebook pun for the day. I rather update everything in the blog. Memang tak ramai yang menyinggah ke blog, sebab saya tak link-kan dengan mana-mana link. (No prejudice, I mean peace, please). This blog is only for those friends who care. And that business blog, is really meant for business.

For friends who read this blog, I take a bow, Thank You So Much. Thanks for being sahabat. May Allah bless you with His light and love, keampunan dan kesejahteraan dunia akhirat, Amin.


~ Harap kita semua menjadi hamba Allah yang baik. If you a mother, be a good Mom. If you a father, be a good Dad. If you are a daughter or son, be good one. If you are a teacher, be a good coach. No matter what you are, try being to the best you can. Dunia kita mahu, akhirat pun kita nak juga. Insya Allah.


Friday, February 17, 2012

Talam Keladi

letak gambo dulu.
dan juga, letak janji manis.
resepi nanti.

hehehe..

tungguuuuu...


Vanilla Cupcake

Simple tapi sedap.
Ini bukan cobaan.
Ini betul-betul.

Vanilla cupcakes

seperti biasa, janji manis. resepi nanti. tak sompek nak taip.

hampunkan diriku kengkawan.

mahapkan jek ler.

memang sibuk.

kalau tak sibuk, sure dah panjang entry.

lap you!

meh, salam semut!

Tuesday, February 14, 2012

Solat Dhuha Menambah Aura

Itu yang dipelajari saya ketika attend kelas Dr Azizan di JB minggu lalu.

Aura tu apa? Susah gak nak terangkan. Macam tenaga kot. Tenaga yang positif. Ok, cam ni, aura adalah daya tarik seseorang yang terpancar pada diri seseorang. Amacam? Contoh paling dekat (sekarang dah jauh), Mawi. Tak tau kenapa dia sangat popular dulu. Dia sendiri pun tak tau agaknya. hehehe.. Must be aura dia sangat membantu. (Nota: yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri kita sendiri)

Aura / tenaga yang baik boleh membantu kita dalam pelbagai suasana; perniagaan, pekerjaan, persahabatan, kekeluargaan, dan yang paling penting hubungan kita dengan Pencipta.. Insya Allah. Kita akan rasa hidup lebih berkat, selesa, aman dan bahagia.. Insya Allah. Pendekata, hidup sempurna. Best, kan? Insya Allah.

Ok, talking about Solat Sunat Dhuha, let's recap :

Solat Sunat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik di antara jam 8.00 pagi hingga lebih kurang 11.00 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 rakaat hingga ke 12 rakaat. Setiap 2 rakaat, satu salam.

Lafaz niat : "Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"

Rakaat pertama : Selepas Al-Fatihah, baca Surah As-Syams.

Rakaat kedua : Selepas Al-Fatihah, baca surah Ad-Dhuha.

Dalam sujud terakhir : Berdoalah (sebahagian buku kata 40 x) ~

"Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi ilmu dan hikmah dan tambahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku."

Selepas salam, berdoalah :

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktuMu, kecantikan itu kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Dengan berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga mendapat keredhaan Allah, Insya Allah.

Bukan Semuanya Indah


Ibu.

Pilu.
Sangat pedih.
Rajuk yang panjang.



***

We cannot win everything.
Ada sesuatu yang mencengkam ulu hati setiap kali saya mengingatinya.




Monday, February 13, 2012

Muhsin dan Centipede

Satu pagi, masa Muhsin (2 tahun 6 bulan) ngan Ayah dia had a morning walk,

Muhsin : Ayah, itu apa? (menunjukkan jari kecil dia kat lipan yg ada kat tanah)

Ayah : Oh, itu centipede.. banyak kan kaki dia? Itu apa Muhsin? (nak pastikan Muhsin boleh sebut well)

Muhsin : Oooh.. itu 'shen-tip' eh?

Ayah : Centipede. Sen~ti~pid (Ulang supaya Muhsin can catch the pronunciation)


Suddenly, dengan cepatnya.. centipede tu datang menghala ke arah Muhsin.


Terus Muhsin terkejut dan menjerit;


"Ayaaaaah!! Muhsin takut PANTIES!"



KahKahKah!!!





Kelako kan? Ada ke 'Panties' perginyer... ngehngehngeh...