Saturday, December 31, 2011

Seri Muka - ku

I wouldnot regard myself a good baker if I dont know how to make kuih seri muka.
Itu cabaran saya.
.. dan saya mencabar diri saya untuk boleh buat kuih seri muka seperti yang saya nak.
Kuih seri muka cemana yang saya nak?
Yang macam kat Sedap Corner tu.
Really saya nak yg macam tu jugak, berlapis-lapis, gegar cam agar-agar..
rasa pergh, power!!
tapi you know la kan.. setiap 6 bulan ke, setahun ke, harga dia naik.
Dulu 60sen je, sekarang dah RM1.20 dah.
Setoet jek pulak tu.

Mana leh jadi.
heh.

Ini janji saya untuk diri saya.
Saya akan cuba sampai dapat cemana nak buat kuih tu.
That I challenge myself.
By whatever means.
Kalau nak kena belajar gi kat mana-mana pun saya akan pergi jugak.

(saya dah masuk kelas kuih talam untuk pertama kali, tapi masih belum berpuashati)

Saya dah pernah try beberapa kali buat kuih ni, tapi masih belum 'dapat' lagi.
Untuk yang kesekian kalinya, saya cuba lagi.

Ini rupanya :


comment :
saya suka dengan warna daun pandan asli.
saya suka dengan rasa 'kepala' dia yang sedap.
oit, memang sedap tau.
jadik. jadik. this is a keeper, definitely
(sebelum saya join satu lagi kelas kat KL 14 January tawun depan)

saya cuba buat berlapis-lapis.. hmm.. hampeh.
tak dapek do, lembik jadinya.

but the taste, i've already got.
alhamdulillah.

nanti, akan saya belajar cemana nak buat yang berlapis dan rasa yg power tu..
oh bestnya..


Monday, December 26, 2011

Family Time

On our way to Desaru, to a close friend's weekend by-the-sea chalet


Teluk C



















We had great time. Alhamdulillah

(muka bebudak pompuan saya rentung ~ mana taknya, lepas subuh terus mandi laut sampai tengahari.. sambung lagi belah petang.. dah bilas,
relax tengah tunggu makan malam.. masing2 gelabah tanya..
"cemana nak naik sekolah ngan muka merah dan pedih cam ni?"
saya jawab,
"haaaaa... sapa suruh mandi sampai lupa daratan?"<-- memang betul diaorang lupa daratan.. hahaha

Friday, December 23, 2011

Nasi Lemak, Buah Mentimun

Bajet nak cakap 'Buah Bidara' ler..
(buah bidara pun saya tak kenal) hehe


nasi nya :

beras
1 kotak santan
air (+ ngan santan, ukuran sama macam masak nasi rumah tu)
bawang putih - tumbuk
bawang merah - tumbuk
halia - tumbuk (berapa kali nak tulis daaa)
garam
gula (*tips sedap)
marjerin (*tips sedap)
serai

* tips sedap tu saya dapat dari orang yang pandai masak nasi lemak yang sedap. ;o)

sambalnya :
cam biasa ler

telurnya :
cam biasa gak, rebus. kopek kulit bawah air mengalir yang kecil.

kacang gorengnya :
ala, beli kacang tanah - goreng.
minyak panas tapi api sederhana, cecepat angkat.
*tips sedap : jangan ber-sms masa tepon, kang kacang goreng hangus

hehe.

selamat menjamu selera.

Lempeng Pisang Ada Kelapa

Oh sangat sedap
(kalau anda mempunyai tekak kampung macam saya)


bakar dengan daun pisang


sodap. sodap. sodap.

nak resepi?

Pisang lenyek
Tepung
Gula sikit
Sedikit air
Kelapa + garam sikit
daun pisang

cara :

bentang daun pisang (wah, cam kat padang pulak)
tadi tu bentang atas pan leper
sendukkan adunan pisang
letak kelapa + garam tadi
lipat dua daun pisang tu

bakar sampai agak2 bau sedap dah mengelilingi dapur

:o)

angkat, hidangkan. kalau nak dengan daun pisang pun ok
biar orang (suami) tau, itu bakar ngan daun pisang, ada unsur nostalgic dan kesihatan.
bukan kat atas pan, guna minyak. nahihe.
ini sihat punya.

hehe

(sekarang nak gelak pendek je) hehe ~ pastu serius balik.

Anak Sapo La Ni..

Pernah experience this tak?

ini cubaan pertama dia..
then dia alihkan ke satu lagi drawer knob

masih belum berpuashati, alihkan kat knob yg tinggi dan jauh sikit
cubaan demi cubaan..

ini rupanya intention dia. nak amik barang kat atas dressing table
(ingatkan nak buat hammock)

satu-satu dia punggah turun

sebelum 'lapang' atas tu dan saya kena kemas semula, baik saya 'punggah' dia dulu.

dah besar jadi arkitek ke, saintis ke, engineer ke.. agaknya budak muhsin ni.

aduyai. neuron dia punya pasal, amik kamera je la.
nak halang karang, neuron tak bersambung pulak.

takpe nak, jangan yang sampai memudaratkan sudah..
hehehe



Thursday, December 22, 2011

Homemade Pizza

Yahoo! The old template is back!
Alhamdulillah.
Before this, panel kat 'Compose' ni was only image and spelling je.
Saya memang agak bingung dan tak berapa ria nak masuk entry.
'Ria' la sangat. hehehe
Ok, ejaan sebenar 'iye'. Baru betulkan.
Oh, cakap pasal Ria, bestnya kalau dapat makan kat Nasi Ayam Penyet Ria.
(gambar kat bawah ni)
sedap. banget.
sekarang dah ada kat Angsana.
Yahoo!

duyai, saya dah terpesong dari tajuk sebenar.



Ini cerita saya untuk hari ini.
Homemade Pizza


Anak ramai, seminggu 2 kali Pizza Hut Tupai-Tupai leh bengkok gak.
(nota : Tupai-Tupai tu 2525 - calling2)

buat sendiri lagi berlaboi.
eh, berbaloi. berbaloi-baloi ~ cam iklan Celcom

dengan 500gm tepung gandum, anda dapat 6 pan pizza!!

regular size ada, big ada, supreme, tak supreme, island, super.. semua ada.

(cer lihat gambar paling atas, paling gempak, pizza masak atas tudung periuk ok?)

hehe.

lom beli lagi pan pizza tu.

(tempat letak loyang2 dah mintak ampun)

Nak resepi ke? Ala, resepi saya memang simple.
Sambil tutup mata boleh buat (mak saya punya ayat)
saya kena bukak mata bebesor tengok resepi, baru leh buat.
hehe.

ok, ini kaedahnya :
500gm tepung gandum, 1 paket yis kering, 1 sk gula, 1 sk garam, 1/2 cawan minyak masak, 1 sudu besar marjerin / butter, 1 cawan air suam

gaul semua sampai sebati dan uli manja.

biarkan 1/2 jam. tumbuk keluarkan angin (tepung tu yg keluarkan angin, bukan kita)
then, biar lagi.
pastu kalau dah tak sesabor nak makan, gelek ikut saiz pan (saya pakai tudung periuk je)
bakar pada 200c

(tak alih2 bakar kosong la)
ye lah, topping dia?

jap eh. pause dulu. anak dah merengek nak mintak buatkan susu.

salam.. nak buat cucu mocen jap.



Saturday, December 17, 2011

Kalaulah Ada Rezeki..

untuk Maisarah ke sekolah ni

sekolah yang baru, lengkap dengan track untuk sukan

pintu ke dewan / masjid

bangunan yang semuanya baru

yg putih tu bangunan asrama

dari asrama, jalan kaki ke sekolah

bangunan pejabat


doakan anak-anak saya dapat masuk good school ye.

:o)

nota : tiada kena-mengena dengan my real life, i just like this song. :o)

dadali - di saat aku mencintaimu (oh sungguh jiwang ~ malu nak taip)

berkali-kali saya tanya anak saya - dalali? dia kata dadali la..

ooo..


nampak jiwang kan saya? tu la. jiwa saya memang jiwa hindustan.
kalau la saya paham lagu hindustan, tentu saya akan letakkan lagu hindustan kat sini.
abis tu dah paham lagu indon.
lagu indon yang best saya letak kat sini.
jiwang kan?
salah ke?
ok apa.
jiwang = penyayang

tak best ke tu?

heh.

Friday, December 16, 2011

Saya Simpati

Kepada segelintir manusia yang :


...mendabik dada seolah dia seorang punya segala

...riak kata-katanya seolah dia seorang kaya-raya

...'tinggi hidung'nya seolah dia seorang yang cantik paras rupa

...jengket jalannya seolah dia seorang yang serba sempurna

...sombong tingkahnya seolah dia seorang punya kuasa

...takbur ayatnya seolah dia seorang punya harta

...sendeng pandangnya seolah dia seorang punya cinta

...semua orang tidak kena dan rendah darjat di matanya

...hanya dia yang mulia dan terlebih sempurna kejadiannya

...kata lagaknya hanya untuk menyedapkan halwa telinga dia dan hatinya sahaja

...sebenarnya, dia tidak punya apa-apa, kecuali hati yang kosong dan angan semata

...hanya cuba untuk dilihat sebagai dia manusia-terlebih-istimewa dari kalangan manusia-biasa

...hanya untuk disenyum sinis oleh orang-orang sekelilingnya yang faham siapa dia

...dia sebenarnya manusia yang kurang sempurna dek kerana angannya

...dia sebenarnya lemah jiwa dan harus memperlihat 'kehebatan'nya untuk dinilai semua


KENAPA DIA? ...miskin jiwa. Semuanya untuk dunia semata.

***

Doaku untuk kita semua..


Ya Allah, Kau letakkanlah dunia di tangan kami.. jangan Kau letakkan dunia di hati kami.. Allahumma as aluka khusnul khootimah. Amin.


Wednesday, December 14, 2011

Ombak Rindu

saya gi tengok ombak rindu ngan husband saya tu ari.
you know la kan orang kan skeptical ngan movie melayu, tapi ombak rindu saya suka..


Doakan..




doakan marieah ye

***

seronoknya lalu dan pergi kampung orang

nampak durian, singgah


(saya sorang je ala-drive-thru mamam doyan sebab muhsin kat pangku)

~~~

happy faces

***

sang abang penyayang


snapshot paling cute


tang kaki mocen yg takleh tahan tu.. :o)


Alhamdulillah, dear Allah - please keep our family in Your light and love as always.. amin.