Sunday, December 4, 2011

Apam Polka Dot

Orang lain dah berkurun buat.
Saya baru nak buat.
Jadikan aktiviti untuk anak2 juga.
Berkecah dan kecoh dapur jadinya.


Filling apam polkat dot ni saya letak strawberry


Resepi dan bahan-bahannya :
*credit to shelly@myresipi.com
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Sedikit esen vanilla
filling - ikut citarasa
pewarna
Paper cup kecil
Acuan kuih lompang

Cara-cara
Pukul telur, gula, ovalette, esen vanilla hingga agak kembang
dengan kelajuan maksima
Masukkan tepung gandum selang seli susu segar, kacau sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian warna, ikut suka
Masukkan dalam piping bag
(Panaskan kukus)
Susun papercup ke dalam acuan kecil kuih lompang
Picitkan adunan setengah, masukkan filling (juga dalam piping bag)
Tekan adunan dalam piping bag untuk permukaan
Buatkan dot kecil di sekeliling paper cup, kecil lebih baik
Terus kukus selama 10 minit (kalau papercup kecil), jangan terlebih masa nanti keras

Si comel dah siap!





Nice.

Comel.

Art attack kinda program.

:o)

No comments:

Post a Comment