Sunday, December 4, 2011

Mana Matahari?

Saya telah lama berpegang pada kata-kata ni, i find it so indah.
Dulu, satu ketika saya pernah berada dalam kedukaan yang agak berat, ini kata-kata hikmah yang memberikan saya semangat.. i went through it, get back to the route.. and Alhamdulillah..

Kata-kata tu has been quoted again, dalam cerekarama baru ni...

..."Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat.. Puas kita menangis.. menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.. "

Apa yang boleh saya huraikan kat sini tentang the word of wisdom above is :

Kadangkala doa seseorang itu dimakbulkan dengan cepat dan permintaannya diterima, adakala pula doanya dilambatkan penerimaannya kerana ada sesuatu hikmah yang hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui.

Adakala pula doanya dimakbulkan tetapi digantikan dengan perkara yang lain yang lebih baik, dan ada pula dilewatkan permintaannya, berkat kesabarannya sehingga dapat berjumpa dengan Allah Taala di hari akhirat, lalu Allah memberinya dengan kelebihan yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan segala-galanya. Wallaua'lam.

Tapi ingat ye, Allah tidak akan menerima doa mereka yang tubuhnya penuh dengan
perkara-perkara haram.

Maka, jadilah hambaNya yang 'memberi' juga, bukan hanya meminta dan terima sahaja.

It's all two-way traffic, beb. :o)

Ingatlah juga, bahawa..
orang TIDAK menyayangi.. TIDAK disayangi,
orang yang TIDAK mengingati.. TIDAK diingati.

...as simple as that!

No comments:

Post a Comment