Oh banyaknya saya hutang resepi sebab dah masukkan gambo dalam FB, pastu siap tulis blogspot pastu bila orang check kat blogspot, lom masuk2 lagi. hehehe.. hampun, ok.
Alrite, kita start dengan resepi Sambal Kerisik Tomato. Yg ni memang sedap. Aduhai. (Menaip time puasa, mencabar sungguh) :o)
Sambal Kerisik Tomato ni boleh juga dipanggil Air Asam Istimewa, makan cicah2 ngan bendi celur, kobis, kacang panjang.. jadikan ulam-ulaman..
Resepi Air Asam Istimewa / Sambal Kerisik Tomato
10 biji cili merah / hijau / cili padi (terserah, ikut tahap penerimaan kepedasan memasing)
1/2 labu bawang besar
1 biji tomato
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan asam jawa
belacan - sebesar ibu jari (bakar dulu)
garam, gula
Kaedahnya :
Tumbuk cili-cili-cili itu dengan belacan bakar, masukkan bawang besar, tumbuk lagi,
Masukkan tomato yang dipotong kecil atau ikut suka (nak bentuk love, pun boleh) :o)
Masukkan air asam jawa dan kerisik tadi, letak garam, gula sesedap rasa.
Gaul. Sedia untuk dihidangkan.
*kecur*
Takleh tulis lagi dah. Hujung tekak rasa kemasaman dan kesedapan itu. Oh puasaku..
Sunday, July 29, 2012
Friday, July 27, 2012
His 3rd Birthday - di Bulan Puasa
Sebenarnya, takde orang di rumah untuk celebrate birthday yg ke-3 tahun untuk Muhsin
Semua kakak-kakak dan abang-abang jauh di perantauan (lah sangat)
eleh, kira jauh la tu, kat asrama semuanya kecuali kakak Nadiah dia
Rezeki dia, kawan-kawan kami berbuka di rumah kami petang itu,
pukul 5 saya terus buat kek, kalau boleh diselitkan 'tiup-tiup besday' untuk dia
ye la, dia kan budak tecit. Besday tu tiup lilin la.
..ah comei.
Kalau besday saya, tak la pulak saya gagahkan nak 'tiup-tiup besday'.
Tak koser mak.
Tak mana comeinya lagi.
(^_^ )
~ (cobaan Mak-nyer untuk nampak comei)
Oh lupa, itu Lemon Yoghurt Cake.
Saya suka (masa tengok resepinya dah jatuh cinta).
Saya dah lama teringin nak buat kek ni untuk makan-makan.
Masam, manis, lemak, yoghurt.
Oh heaven, Insya Allah.
Ok. Takmo cerita kek. Ini bukan entry kek. :o)
(psstttt! kalau masih ada yang mahu tahu, or nak resepi kek-sedap-cam-nak-pengsan-ni bgtau ok)
p/s: saje 'perangat', kata orang utara.
hehehe
***
Selamat Hari Lahir yang ke-3, anakku Muhsin.
You are one special boy.
Alhamdulillah.
Nothing special for you on your birthday Son, only doa dari kami :
"Ya Allah... Kami serahkan anak kami, Muhammad Muhsin
di bawah perlindungan kalimatMu yang sempurna,
dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan
yang penuh kedengkian.
Ya Allah berkatilah anak kami ini dan juga anak2 kami yang lain,
janganlah Engkau
celakakan mereka, kurniakanlah ketaatan mereka,
jadikanlah mereka buah hati
Nabi Muhammad SAW dan orang-orang yang menyayangi mereka.
Ya Allah akhirilah semua urusan mereka
dengan keberhasilan yang baik
dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan
akhirat"
Amin Ya Rabbal Alamin
Surprised!
I was surprised to receive this parcel.
"Muhd Kamil, Kondo Kemuncak Shah Alam"
Hmm..
sangat pelik
Bukan itu Prof Kamil ke?
Bungkusan dari Prof Muhd Kamil, untuk saya?
Must be buku-buku dia.
Tapi yang bila masa pulak saya order?
Subhanallah, saya memang pembaca buku dia.
I have moved by his best-seller book, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
And I read series of his writings, termasuk dari Pn Roza juga
Bukak-bukak, dengan tangan gigil-gigil
Subhanallah, ada 3 buku baru kesemuanya!
Bukak lagi, Ya Allah - Masya Allah, terus bergenang air mata saya
Bukan Prof Kamil je tulis, Pn Roza pun..
Subhanallah
Masuk buku yg ketiga, terasa tersekat di kerongkong, air mata terharu meluncur laju
Ya Allah, saya tidak membuat pesanan ini.
Apatah lagi saya memohon penulis sendiri menulis nama saya dengan nasihat emas mereka.
Subhanallah.
Ini tentu kerja dia.
Cepat2 capai telefon, buat panggilan kepadanya.
Nora Abd Rahman.
Saat dia angkat telefon, air mata meluncur laju.
Terima kasih sahabat, saya tidak terkata.
Dia pun menangis!
Subhanallah.
Terima kasih Allah. Ini rezeki yang tidak disangka-sangka.
Petikan dari buku 'Bersyukur Saat Diuji - Prof Kamil', mungkin sahabat saya ini juga dari golongan terpilih sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis Baginda :
"Demi Tuhan yang rohku dalam tanganNya, tidak beriman sesiapapun antara kamu hinggalah dia inginkan kebaikan bagi saudaranya sepertimana dia inginkan kebaikan itu untuk dirinya sendiri."
~ riwayat Bukhari dan Muslim
Kau muliakanlah sahabatku, Nora Abd Rahman, Ya Allah
- atas kasih-sayangnya dan kerana aku mengasihinya.
Jazakallahu khayran. Only Allah can reward you the best, sahabat.
Semoga kita menjadi sahabat dunia dan juga akhirat, Insya Allah
mohon kita jumpa di Firdausi.
mohon kita jumpa di Firdausi.
*sebak*
Labels:
Friends
Sunday, July 22, 2012
Resepi Ikan Goreng Berlada
Ini gambarnya
Ini pulak resepinya :
Ikan selar besar goreng (lumur serbuk kunyit pun ok jugak)
Cili merah
Cili hijau
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
- tumbuk atau blend kasar
Masuk minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk di atas hingga agak garing
(kalau nampak tumisan macam susah nak garing, masukkan lagi minyak)
Biarkan atas api (sederhana) sampai minyak dan bahan terasing gitu.. :o)
Letakkan di atas ikan goreng di atas pinggan ATAU terjunkan ikan2 ke dalam kuali dan mandikan dia.
Hidangkan.
Sodap. Memang sodap walaupun simple.
Selamat mencuba.
Labels:
Food,
resepi,
Resepi Lauk
Resepi Blueberry Cheese Tart
sebelum bakar
selepas proses dibakar (8 minit sahaja)
Resepi mudah dan sedap,
BLUBERRY CHEESE TART
Beli shell yang dah ready made kat kedai bakery ada (RM25 untuk 100 pcs)
:o)
Filling :
Jem blueberry (jenama apa2 pun takpe)
+ air sikit, cairkan
Picitkan dalam shell
Filling :
250 gm cream cheese
50 gm susu pekat
20 gm butter
1/2 sudu besar jus lemon
1 biji telur
2 sudu besar whipping cream
secubit garam
Keluarkan cream cheese 40 mins sebelum nak buat
Pukul cream cheese dulu, hingga agak likat
Masukkan semua bahan2 di atas dan pukul hingga sebati
Masukkan dalam nozzle plastik, masukkan dalam shell + blueberry filling tadi
Nak lorekkan, ambil adunan cream cheese tadi, colourkan dengan warna purple..
buat dash tiga (atas, tengah, bawah), pastu ambil lidi pencucuk, lorekkan tengah ke bawah.. dah jadi!
Bakar pada suhu 180C, 8 minit sahaja
Dah jadi, Insya Allah..
Buat sendiri, lagi dapat banyak.. anak2 pun sorang dapat makan banyak piece,
takyah jegil-jegil biji mata bila sorang amik lebih, sorang lagi kurang, sorang lagi dapat sikit..
atas dasar keharmonian dan kasih sayang antara anak-anak,
buatlah sendiri... :o)
(ini cakap2 orang yang ramai anak, pastu nak jimat banyak)
^_^
Alhamdulillah.
eh, sedap.. apa pulak tak sedapnya..
tak sampai 10 mins dah habis 50pcs!
:o)
Labels:
Food,
resepi,
Resepi Dessert
Salam Ramadhan Kareem 1433
to everybody!
Bersyukur kerana diberi kesempatan melalui satu lagi Ramadhan, Alhamdulillah.
May at this Ramadhan, Allah bless every of our doas and
shower His countless blessing all of us and our entire family, Amin..
Ramadhan kali ni Muhsin dah almost 3 tahun.
Lain pulak ragam dia this time during our Terawih.
Dia bawak toys dia semua dan selerakkan depan sejadah kakak-kakak dia.
Dah... terpaksa la each time selepas salam,
Semua orang main toys dia!
hahaha..
Labels:
Muhsin
Monday, July 16, 2012
After Years
It has been 13 years that we do not meet each other.
She was in Ipoh and I am in Johor.
Tapi kami selalu contact, I still remember I asked her opinion whether I should quit my job
I remember she said, dunia boleh cari, tapi akhirat juga yang kekal abadi.
***
We were so gonjeng last time, kat ITM Manjung. We shared the same interest.
Melukis - kartun! .. dan buat art especially kad-kad.
Kita amik upah buat kad cinta-cinta untuk girlfriend bagi kat boyfriend masa tu.
Saya buatkan juga untuk boyfriend dia.
Tapi, masa tu saya takleh buat untuk boyfriend saya (masa tu) sebab saya malu.
Nak tau sebab apa? Sebab.. bopren saya budak Archy - sah2 terror melukis!
Hehehe..
Ni nak cerita kisah Gia, bukan bopren dolu tu. :o)
We always stayed up late night sebab nak melukis, colour-colour, conteng-conteng..
And I adore her writing.
Cantik, sebijik-sebijik, tangan kiri tu.
Kalau tangan kanan, pergh, macam typewriter agaknya.
Kitorang pulak kalau giggle, tak berhenti2.
Ada je modal, she's one kepala kelakar, ada je idea merapu kalau bercakap..
(ni cakap pasal dia ke, saya?)
asik tergelak (tu, mata yang sama, cam tu la kalau dia gelak)
She is so pretty. Serious.
Secretly, (demi Allah) - I adore her, she is a perfect woman in my eyes.
Kalau nak tulis pasal dia dan our persahabatan, boleh buat buku rasanya.
Jadi, saya belum bercadang untuk nak terbitkan buku lagi.
:o)
Saya ada kesempatan 5 minit je untuk jumpa dia pagi tu.
Jadi, saya belum bercadang untuk nak terbitkan buku lagi.
:o)
Saya ada kesempatan 5 minit je untuk jumpa dia pagi tu.
Memang rush for few occasions.
I wish I have more, a lot of things to catch up.
Walaupun bertudung labuh,
sure we will keluar our giggles and gegilas when we are together.
(Miss K Eyta, Angah, Achik and Arwah Murni here)
(Saya sebenarnya dah upload gambar sms-miracle kami..
Subhanallah.. macam tak percaya..
tapi tetiba blogspot kata saya dah exceed capacity gambar pulak..) *frust*
Well Gia, especially for you..
We shared smiles.
We wiped tears.
and through the years,
our friendship grown with us.
Thanks for always making me smile..
Thank you to Allah for giving me you
You are truly one of wonderful parts of my life.
Jika diizinkan Allah, do guide us all, altogether to His Jannah, Amin.
Labels:
Friends
Wednesday, July 11, 2012
Bukan Sekadar Suatu Pengorbanan
Ya Allah, kami mohon bimbinganMu Ya Allah di dalam penghijrahan kami
menuntut ilmu dunia dan akhiratMu Ya Allah..
Permudahkanlah dan berikanlah kami istiqamah
di dalam pencarian kami ke jalanMu Ya Allah..
Amin.. Amin..
***
Selamat tinggal Sek Men Bandar Tenggara 2
Selamat tinggal Sek Keb Kompleks Uda
Maisarah dan Insyirah kini di sekolah baru
Ini antara gambaran sedikit sebanyak tentang Madrasah Tahfiz Al Iman, Taman Universiti
Pengasas, Ustaz Abdel Hameed (Algerian)
***
Terima kasih anak-anak kerana telah memberikan persetujuan dan rasa tidak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan hijrah ke arah sesuatu yang lebih baik.. Insya Allah
*sangat sayu dan terharu*
Terima kasih Allah, they seems happy here Insya Allah
Doakan anak-anak ini ya kawan-kawan..
it's just not a simple persetujuan, it's totally a life hijrah, Insya Allah
Terima kasih Madrasah Tahfiz Al Iman kerana sudi menerima anak kami
yang baru hendak belajar,
semoga hasrat Madrasah Tahfiz Al Iman menjana kupu-kupu syurga
berjaya dan dipermudahkan..
Insya Allah, Amin
Monday, July 2, 2012
Serkap Yang Jarang
Saya tak kacau dia pun.
Saya dok dendiam je duduk bawah tengah potong kuku kaki
Tup-tup dia datang, terus serkup saya dengan bakul baju kosong.
Geram tak?
Untuk merasai apa yang saya rasai berada di dalam bakul baju tu dan
apakah pandangan yang boleh kita lihat dari dalam tu,
saya capai kamera dan snap dari dalam 'tirai plastik' ni.
Dia yang kat luar tu, macam dia pulak yang amik gambor kita kan..
*Ibu tengah geram ni Mocen*
Inilah budak bertuah tu, saya geram (nak cubit ~ kesian),
'benda bertuah' yg paling dekat masa tu, towel
Saya capai dia (dan towel la sekali kan..) jerit meronta gak dia mulanya..
saya lilit kepala dia (cam saya lilit rambut lepas mandi),
paksa dia senyum, saya amik gambo!
Itu senyuman paksa-rela agaknya.
Itu la jugak rupa dia kalau dia pompuan agaknya.
Boleh tahan gak eh?
^_^
Uisshhh.. mestilah..
...Tengoklah ibu dia...
hahaha
ooppssss!
*ganti ketawa*
*ni dah ketawa dengan sopan habis ok?*
*ganti ketawa*
*ni dah ketawa dengan sopan habis ok?*
p/s: Sure ada yang tak paham kenapa la semenjak dua menjak tiga dan empat menjak ni saya kena ketawa sehabis sopan kan? Tu la.. kalau ada yang terjumpa saya live sebulan dua ni, dia tahu la kenapa saya kena jadi sangat ayu, sopan santun serta tertib lagi penuh kewanitaan.. (wah ala Oki Setiana Dewi gitu)..
Semoga perubahan itu membawa 1001 kebaikan, Insya Allah.
Pelbagaikan Kegunaannya
Apakah kegunaan sup bunjut selain daripada buat sup?
Ada..
Boleh juga digunakan sebagai brooch di shawl
Atau hiasan di pipi ketika keboringan
tak-tau-apa-lagi-butang-dalam-kereta-yang-boleh-ditekan / digodeh
hehehe.. ini adalah kerja-sama Muhsin dan kakak dia.
Yang lekat, yang dilekat, yang melekat sendiri, yg amik gambor.. segala..
Tapi, comei gak eh..
Sok saya nak buat jadi brooch bawah dagu la.. laaaaagi kelas kan Jah..
*gurau je Cik Jah.. saya dah tak pakai brooch labuh bling-bling bawah dagu lagi.
Mungkin idea itu (si sup bunjut tu) akan saya gunakan di tempat lain.
Sebagai 'koyok', mungkin.
Ah, sungguh ber-inovasi, tonasi, gergasi dan tensi.. kan?
*gelak sopan*
ngehngehngeh
Labels:
Fun
Sunday, July 1, 2012
Hijrah
Terimalah hijrah kami, Ya Allah
Semoga ini permulaan kepada semua yang baik-baik, untuk keturunan kami, untuk generasi kami Ya Allah
Kami mahu ramaikan ahli syurga, Ya Allah..
Amin.. Amin..
رَبَّنَا
لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ
إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ
لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab
Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya
Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
(QS. Ali Imran: 7)
(QS. Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى
دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan
hati kami di atas agama-Mu.”
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
اللَّهُمَّ
مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى
طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa
Thaa’atik
Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah
hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)
"Kau teguhkanlah hati dan pendirian kami, anak-anak kami, ahli keluarga kami,
kawan-kawan kami ke jalanMu Ya Allah,
kawan-kawan kami ke jalanMu Ya Allah,
semoga kami menjadi ahli syurgaMu Ya Allah"
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)