sebelum bakar
selepas proses dibakar (8 minit sahaja)
Resepi mudah dan sedap,
BLUBERRY CHEESE TART
Beli shell yang dah ready made kat kedai bakery ada (RM25 untuk 100 pcs)
:o)
Filling :
Jem blueberry (jenama apa2 pun takpe)
+ air sikit, cairkan
Picitkan dalam shell
Filling :
250 gm cream cheese
50 gm susu pekat
20 gm butter
1/2 sudu besar jus lemon
1 biji telur
2 sudu besar whipping cream
secubit garam
Keluarkan cream cheese 40 mins sebelum nak buat
Pukul cream cheese dulu, hingga agak likat
Masukkan semua bahan2 di atas dan pukul hingga sebati
Masukkan dalam nozzle plastik, masukkan dalam shell + blueberry filling tadi
Nak lorekkan, ambil adunan cream cheese tadi, colourkan dengan warna purple..
buat dash tiga (atas, tengah, bawah), pastu ambil lidi pencucuk, lorekkan tengah ke bawah.. dah jadi!
Bakar pada suhu 180C, 8 minit sahaja
Dah jadi, Insya Allah..
Buat sendiri, lagi dapat banyak.. anak2 pun sorang dapat makan banyak piece,
takyah jegil-jegil biji mata bila sorang amik lebih, sorang lagi kurang, sorang lagi dapat sikit..
atas dasar keharmonian dan kasih sayang antara anak-anak,
buatlah sendiri... :o)
(ini cakap2 orang yang ramai anak, pastu nak jimat banyak)
^_^
Alhamdulillah.
eh, sedap.. apa pulak tak sedapnya..
tak sampai 10 mins dah habis 50pcs!
:o)
No comments:
Post a Comment