Wednesday, December 14, 2011

1 Big Family







Happy Birthday Yuyun!

(Yuyun yg tudung biru tu - she's cute kan?)


Friday, December 9, 2011

Outing Dinner

satu malam when we went out for dinner

Mahfuz (atas), Muhsin (bawah)


antara yg sempat snap..
(gambar asal boleh sebab memang takde intention nak buat food review pun..)
hehehe

cuma nak cerita, Muhsin dah rasa hampir semua orang punya air..

satu masa tu, dia nak rasa air yg saya order..

tau tak dia cakap apa..?

.."nak air kaki.. nak air kaki.. Mocen nak air kaki lah!"

apa 'air kaki' tu?

...

...

...

...

...

...

...

...

ni hah!

kahkahkah!
cam nak rak kitorang tergelak!





.. next time kalau gi Black Canyon lagi, takmo dah order air kaki ni..

hehehe..

bukan sebab kaki, tapi sebab pahit!
(sebenarnya kopi dia power, sebab tu agak pahit,
cuma saya je dan pahit tak boleh di'cantum'kan.. hehehe)

:o)

....tapi yg lain-lain tu memang sodap-sodap belako.

betul sodap!


Thursday, December 8, 2011

Nak Update Tapi...

pas dah masuk satu entry, nak masuk entry lagi pasal makanan.
lagi.
what? makanan lagi?

boring kan?
ok lah, kita masukkan entry lain.
bukan pasal makanan.
tunggu...

Roti Breadcrumb Inti Karipap



sori, den tak sompek nak masuk resepi.
rasanya cam semua orang dah tahu.
buat inti karipap.
gelek roti, masukkan inti karipap, gamkan dengan gam air+tepung
pastu masukkan kat telur
golekkan kat breadcrumb
goreng.

dah jadi.

eh, dah termasukkan resepi dah rupanya.
^_^

...senang kan?
sesenang tulis resepi yang pada mula rasa tak sempat tu.

buat tau.

Jeruk Kedondong

Ada orang bagi kedondong, banyak.
(husband saya kata orang johor (saya) cakap memang ter'labik-ter'labik')
ralat : terbalik-terbalik

kami buat jeruk kedondong.
takde cuka.
cuma guna garam ngan gula je
rendam buah yang dah dikupas kulit tu, dengan garam at least 4 jam.
pastu toskan.
masukkan buah kedondong tadi dalam balang
letak gula (amaran, jangan letak air tau)
biarkan semalaman.

esoknya, balang dah penuh ngan air.
wah, air jeruk tu.
best, leh buat batuk-batuk.
heh. (saya leh minum air jeruk cam tu je tau)
terror kan saya?

oh, bukan saya sorang je eh?
hehehe

Sunday, December 4, 2011

Mana Matahari?

Saya telah lama berpegang pada kata-kata ni, i find it so indah.
Dulu, satu ketika saya pernah berada dalam kedukaan yang agak berat, ini kata-kata hikmah yang memberikan saya semangat.. i went through it, get back to the route.. and Alhamdulillah..

Kata-kata tu has been quoted again, dalam cerekarama baru ni...

..."Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat.. Puas kita menangis.. menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.. "

Apa yang boleh saya huraikan kat sini tentang the word of wisdom above is :

Kadangkala doa seseorang itu dimakbulkan dengan cepat dan permintaannya diterima, adakala pula doanya dilambatkan penerimaannya kerana ada sesuatu hikmah yang hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui.

Adakala pula doanya dimakbulkan tetapi digantikan dengan perkara yang lain yang lebih baik, dan ada pula dilewatkan permintaannya, berkat kesabarannya sehingga dapat berjumpa dengan Allah Taala di hari akhirat, lalu Allah memberinya dengan kelebihan yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan segala-galanya. Wallaua'lam.

Tapi ingat ye, Allah tidak akan menerima doa mereka yang tubuhnya penuh dengan
perkara-perkara haram.

Maka, jadilah hambaNya yang 'memberi' juga, bukan hanya meminta dan terima sahaja.

It's all two-way traffic, beb. :o)

Ingatlah juga, bahawa..
orang TIDAK menyayangi.. TIDAK disayangi,
orang yang TIDAK mengingati.. TIDAK diingati.

...as simple as that!

Apam Polka Dot

Orang lain dah berkurun buat.
Saya baru nak buat.
Jadikan aktiviti untuk anak2 juga.
Berkecah dan kecoh dapur jadinya.


Filling apam polkat dot ni saya letak strawberry


Resepi dan bahan-bahannya :
*credit to shelly@myresipi.com
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Sedikit esen vanilla
filling - ikut citarasa
pewarna
Paper cup kecil
Acuan kuih lompang

Cara-cara
Pukul telur, gula, ovalette, esen vanilla hingga agak kembang
dengan kelajuan maksima
Masukkan tepung gandum selang seli susu segar, kacau sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian warna, ikut suka
Masukkan dalam piping bag
(Panaskan kukus)
Susun papercup ke dalam acuan kecil kuih lompang
Picitkan adunan setengah, masukkan filling (juga dalam piping bag)
Tekan adunan dalam piping bag untuk permukaan
Buatkan dot kecil di sekeliling paper cup, kecil lebih baik
Terus kukus selama 10 minit (kalau papercup kecil), jangan terlebih masa nanti keras

Si comel dah siap!





Nice.

Comel.

Art attack kinda program.

:o)