Wednesday, April 25, 2012

Sharing Is Loving


Reunion IMKK di Menara PGRM, Cheras KL on 22 April


Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir, saya sharekan serba sedikit antara inti-pati reunion tu.

Seperti biasa, Dr Azizan lah mentornya. :o)

Kunci Kejayaan :

1.  The Power of Gratitude - Bersyukur dengan semua yang kita ada. Bagaimana nak tunjukkan yang kita ni bersyukur? Dengan bersolat dan banyakkan bersedekah, insya Allah, lebih banyak yang akan kita dapat. Bila bersyukur tu, pegang dada (kawasan jantung) agar kita rasa degupan tu. Agar kita benar-benar rasa berterima kasih kepada Allah kerana masih lagi hidup dan diberi kesempatan untuk membuat lagi kebaikan demi kebaikan agar mati kita esok, banyak amalan yang baik-baik kita bawa. Semuanya ada kena-mengena dengan the Law of Alignment iaitu, what we think, what we feel disertai dengan action yang sepatutnya. That is why; bersyukur ~ feel di jantung kerana degupan itu ~ disertai dengan action : solat (+sunat) dan bersedekah. Simple principal.

2.  The Power of Focus - "Kita boleh jadi apa sahaja yang kita nak, yang hati kita mahu kita jadi". Syaratnya, fokuslah! Jangan sekerat jalan atau kejap nak, kejap taknak. We must finish what we started. Macamana? Kena ada matlamat yang jelas. Then, there come our focus terhadap sesuatu tu. And always remember, challenges are part of life.. tapi, tetapkan diri bahawa kita ada matlamat yang kita kena capai. Teruskan perjalanan. Selalu kita ada hasrat hati nak jadi macam orang2 yang berjaya tu, tapi orang yang berjaya-berjaya tu, fokus dia macamana pulak kan? Sure-lah tak macam kita, kan? Kannnnn...?

3.  The Power of Goal - There comes again, GOAL. Matlamat. Sesuatu pekerjaan atau 'perlawanan' tu mesti ada matlamat kan? So, set lah nak menang. Siapa yang nak kalah, kan? Kannnnn...?

4.  The Power of Action - Yes, tindakan. TINDAKAN. Semangat berasap-asap, panas membara pun, kalau action tak de, tak guna gak. Jadilah NATO - No Action, Talk Only! Then, talk till die. Heh.

5.  The Power of Giving / Contribute - Bersedekah, membayar zakat, membantu golongan yang kurang berkemampuan mahupun yang memerlukan. Memberi. Especially yang boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan dan yang terbaik, ke arah akaun akhirat kita. Dr Azizan kata, golongan yang kurang upaya itu adalah golongan istimewa. Sebab, mereka memang istimewa kerana  tempat mereka di syurga insya Allah, terjamin. Kita yang sempurna (Alhamdulillah) ni has a lot to work for. And, sebenarnya, kita yang memerlukan bantuan mereka. Di akhirat sana. So, sementara kita di dunia ni, bantulah, memberilah. Kerana, di sana nanti, kita lah yang akan jadi 'golongan yang memerlukan' tu. Psst! Ada keajaiban dalam memberi, dan tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah. Itu hadis ok.

6.  The Power of Attitude - Ini masalah semua orang. Fight vs give up. Fight, fight, fight! (Wah, cam ESQ pulak). Do not self-sabotage. Apabila kita kata kita tak mampu, message dari otak sampaikan kat badan, kat semua-semua nerve kita, pastu kita pun akan benar-benar jadi tak mampu. Nak? Taknak. Katakan taknak. Heh. (Geram ni. Ditujukan khas buat kawan-kawan terdekat yang asyik self-sabotage diri dia sendiri) ~ HARUS terasa sesiapa tu. Yes, untuk korang la mak tulis ni. hehehe.. 

7.  The Power of Character - Semua orang mesti ada kelebihan. 'Tidak Allah jadikan sesuatu sia-sia'. Sedangkan orang yang kurang upaya tu pun Allah jadikan tidak sia-sia. Untuk rahmat orang sekelilingnya. Untuk cepatkan orang sekelilingnya masuk syurga seperti dia. Dia ahli syurga tau. Kita? Insya Allah, Amin.  Tu yang nak kena faham tu. Balik semula pasal kelebihan. Pasti banyak kelebihan yang ada dalam diri kan, tapi pilih satu sahaja mencukupi. Dan... DO THE BEST! Sure boleh punya kan? Ada orang tak move sebab dia kata dia takde kelebihan (self-sabotage la tu! *nada innershine*), tapi ada orang tak move sebab dia rasa dia terlebih banyak kelebihannya... pulok doh! Sampai tak tau nak pilih mana satu. Pulak....! Dong, pilih la satu sahaja, the one you love to do the most, yang tidak akan menjemukan, yang tidak mengundang rasa penat atau terpaksa dalam diri. Kannnnn....? (Itu ayat Dr Azizan)

Bolehhh? Pasti boleh? Align-kan what we think, what we feel, our talk and our action, Insya Allah, jalannya akan dimudahkan Allah. Sebab, when you start to limit yourself, kata Dr Azizan, then you are limited! Kata saya, you are finished, ms/mr self-sabotage! hehehe (lebih sudu dari kuah) ~ aloo, kuah ke senduk ahh? Tetiba tak ingat peribahasa melayu.. ceh, lupa daratan! hehehe

Now, kalau boleh (memang boleh) dimanfaatkan, manfaatkanlah ye. Bersama-sama kita menuju dunia dan akhirat yang cemerlang. Insya Allah, Amin.

Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap maafkan bahasa asal-faham, takyah balas. :o)  Pen merah, pen biru.. you marah.. i lap you! (Lap u ngan kain basah, tutup sekali kepala tu.. geram takmo terima nasihat!) hahaha

Tuesday, April 24, 2012

Muhsin Mandikan Gajah

Kita pun tak pernah mandikan gajah kan?

Tu la, Muhsin dapat peluang tu..

Kecik-kecik dah dapat peluang tu..


........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
........
.
.
.
.






hahaha...


Muhsin dan Elephant-nya



(paling tak boleh tahan, dia nak Elephant tido sekali sebelah dia.. 
duyai, mana muat nak oiii)


Shaun d Sheep

Tak sure Shaun ni jadi mangsa ke, jadi 'guest-of-honor' si Muhsin
 hehehe


Rupa cam nak bawak berjalan-jalan


Tapi 'seat-belt' tu cam menyiksakan.. hahaha

Shiaaannnn Shauuuun... :o)


p/s: pitam si Shaun tu kalau dia 'idup'.. mintak hampun each time..

hahaha


Friday, April 20, 2012

Apa Sudah Jadi?


Nampak titik2 putih kat sekeliling tu? Itu susu Muhsin. Ntah apa sudah jadi jugak, si Shaun the Sheep tu pun terkangkang pengsan. 

Apa sebenarnya? Hehehe.. 

(Itu apa yang berjaya dirakamkan sebelum si Shaun tu dibuat si Muhsin 
ala kain lap untuk lap susu-susu putih tu) 

Aduyai..

Dah lama tak post pasal Muhsin kan?

Well.

He's so talkative and takleh 'goreng' dah.

Dah jadi kawan gaduh Ibu dah sekarang.

Geram jek.

:o)


Monday, April 9, 2012

Wes Mangan

Goreng Pisang Kremes (kerak kat luar, ada 3 biji goreng pisang kat dalam tu)

(rangupppp!) ~ kriuk, kriuk!

jangan tak caya, ini jus pinang muda
(sedap gak, tak kelat. dia campur telur + susu)

Tauhu bakwan

Cappucino cincau!

Rempeyek

jus alpokat, kegemaranku!

ini buah terung belanda, ala tomato tapi lagi sedap!

Ini jus dia, hubby ulang -beli 3 kali!

Sate bundo

jering tanam tumbuk + daun ubi
terbaaaaeeek!

asam pedas ikan baung, sangat authentic..


ayam penyet semarang,
terbaiiikkkk!
sodappp!

~ window to Indo food, during our visit to Pekan Baru last weekend.

mak memang boleh makan.. semuanya sedap, sedap!

Sunday, April 8, 2012

Seminar Wang Power

Me and Linda attended the above seminar last Sunday. Crowd jangan citer. :o) Memang penuh. Dr Azizan kalau buat kat Selesa Hotel, penuh. Buat kat The Zone, penuh gak. Buat kat stadium pun penuh gak, agaknya. hehehe..

Ok, let's share further to what have been shared kat 4-hours seminar tu. (Free ok?) Seminar Wang Power tu cam kesinambungan to seminar-seminar yang Dr Azizan dah buat sebelum ni. Antara inti-patinya cam ni..

JAGA DUIT KITA

Kalau kita tak boleh jaga wang kita yang sedikit, jangan mimpi nak ada yang banyak. Maknanya, jangan sesenang bagi duit keluar. Cemana tu? Cam ni :

Jangan sesenang nak invest kat dalam apa-apa program yang disediakan oleh sesiapa di luar sana. Jangan masuk kalau kita tak faham (ada program yang kita sendiri tak paham apa sebenarnya bisnes dia, yang cekononnya boleh jadikan kita jutawan!). Reject first! Itu tips Dr Azizan. I like!

Jangan bagi orang pinjam duit. Hehehe.. yang ni best. Betul, jangan bagi orang pinjam duit, sebab the moment you bagi pinjam, bersedialah untuk wang itu tidak dipulangkan semula. So, jangan bagi jika kita tidak bersedia untuk 'bersedekah'. Tu la, tak dapat beri pinjaman banyak, 'sedekah' la certain amount kepada si peminjam tu. Memang dia sangat-sangat memerlukan duit ketika itu. Semoga 'itu' menjadi amalan kita di akhirat, Insya Allah.

Jangan simpan duit di tempat yang senang kita nak keluarkan. Contoh, bawah bantal, bawah katil, dalam poket atau dalam akaun yang senang kita access. Sebab, sistem dan program badan kita ni somehow akan cari jalan untuk keluarkan duit tu (kebocoran wang). Contoh, time-time tu la peti sejuk rosak, tayar pancit, orang nak pinjam, ahh.. memacamlah. :o) So, kalau leh, letak duit tu kat fixed deposit, atau tabung haji... pastu, buku akaun tu bakor! hahaha.. Itu lagi satu tips Dr Azizan. I tak follow ye. Tak berani.. hehehe.. suruh orang lain simpankan kat tempat yang kita tak tahu.. cam kira 'buku hilang' lah.. kalau tak, betul juga kata DAO (Dr Azizan Othman ler tu) nak simpan-nya satu kali. Nak keluar-nya banyak kali.. hehehe..

Kita kena tanya 10 alasan kenapa duit kita tu kena keluar. Rasanya, bila dah sampai sebab ke-3 je dah rasa tak perlu belanja, kan? hehehe.. good tip. I followwwww...

CEMANA NAK BUAT AGAR KITA NI MONEY-FRIENDLY?

Positive mental attitude. Orang yang negative, banyak komplen, rezeki agak susah nak masuk. Duit pun takmo lekat. Kalau dapatpun, asyik keluar balik. Kebocoran wang melanda. Maknanya, orang yang suka komplen, akan ada banyak masalah especially kewangan (selain paling penting, iaitu masalah keberkatan hidup - Nauzubillah).

Harmonikan kehidupan anda. Keluarga, suami-isteri, kawan-kawan, jiran tetangga, dengan sesiapa juga lah. Termasuk pokok-pokok dan haiwan-haiwan sekeliling. Itu boleh mendatangkan keberkatan. Keberkatan datangkan duit. Senang kan? Buat baik, harus dapat baik. Dan, duit harus di-treat-kan ke arah kebaikan, sedekah adalah contoh terbaik selain membayar zakat.

Tukar kawan! Yang ni saya takyah elaborate. Memang kena tukar kawan yang negative tu, kepada positive sahaja. Itu aje. Nak kasi hidup harmoni, agar keberkatan datang kat kita. Takyah sesak kepala ngan orang cenggitu. Kehidupan dia (orang negative) tu pun sebenarnya tak best pun, sebab tu dia asyik 'meracau'. hehehe.. 'Botol'kan dia, biar dia meracau sensorang kat dalam tu. ;o)

Alignment-kan percakapan, perbuatan dan pemikiran kita as that is the Law of Alignment. Harus selari - apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat! Kot-nyer, fikir nak rumah besar, kereta besar, tapi tak de apa2 tindakan pun, mano nak dapat duit cenggitu? Tak dapek ado.. (bagi salam sikit ~ Man Jadda Wa Jadda - siapa yang berusaha, dia yang mendapat!)

Ok, cukup dulu. Apa-apapun, nilai duit semakin susut. Kos semakin meningkat. Kalau takde duit, nak beramal pun agak susah. And, it's ok to be rich, sebab dengan kekayaan, kita boleh berbuat lebih banyak manfaat kepada orang lain. (Kalau rujuk Rukun Islam ~ bayar zakat, mengerjakan haji ~ berkisar tentang wang, kan?). Firman Allah, kita bukan sahaja dihidupkan untuk beribadah kepadaNya tetapi juga kita dihidupkan agar kita juga dapat memberi manfaat kepada hidup orang lain juga.

Akhir kata, duit yang kita ada harus digunakan dengan/untuk cara yang baik agar 'vibration' duit itu selalu ada dan lekat dengan kita. Insya Allah.

Salam Wang Power, everybody!

I folloowwww! :o)




Look At Her

Adakah kurang cantik dia bila menutup auratnya begini?

Langsung tidak, kan?
..malah tinggi hemah dan pekerti serta sejuk mata kita memandang kan?






Adakah kita tidak boleh berbuat demikian sebab dia itu cantik semulajadi?

Alasan, kan?

Kita semua sebenarnya cantik seperti dia.

Adakah amalan-amalan muslimah dia yang telah menjadikan dia nampak cantik semulajadi?


Kita pun boleh kan?

Insya Allah, semoga kita semua sentiasa di dalam hidayah Allah, Amin


p/s: Dia umpama pakej lengkap. Kita pasti mahukan yang sama, kan?
Bergayalah, dengan tudung mahal atau murah atau polos, atau apa jua..
..dan, ikutlah syariat. Menutup apa yang patut dari pandangan si lelaki ajnabi.
Takut setiap detik, langkah, gemalai dan hilai kita mengaut dosa.

Ya Allah, berikanlah hidayahMu.

Ya Allah, kabulkanlah. Khusnul Khotimah (pengakhiran yang baik), itu yang kami mahukan.

Amin.

Saturday, April 7, 2012

Jus Alpokat (Avacado)

Saya rasa ini nikmat dunia untuk saya.
Sudah jatuh cinta dan setiap 'sip' akan buat saya jatuh cinta terus-terusan.
Duyai, teruk betul jatuh cinta ni.

hahaha



Resepi

Buah avacado (alpokat dalam bahasa Indonesia)
secawan susu segar
2 sudu besar susu pekat
coklat cair (untuk hiasan dan tambah rasa)

blend kan kesemuanya.

Letakkan ais 2/3 ketul dalam gelas kaki (tak semestinya gelas ada kaki) hehehe

Jadik.

Bersedia untuk jatuh cinta.

:o)

Saya sudah.

hehehe..

ngader.

*wink*


Tuesday, April 3, 2012

Taktau Nak Letak Tajuk Apa

Sangat rindu nak menulis, walaupun hasil penulisan cam budak kecik bercakap. heh. Tak kisah lah, janji orang paham dan itulah saya, kan? Tapi bebetul saya kurang masa (tak baik cakap takde masa kan?) nak menulis 'ala gegila' itu lagi. Ataukah saya memang dah 'sedikit tua' untuk berbicara seperti itu lagi? Huwahh.. tidak, saya tidak mahu 'berbicara' seperti itu. Letih den. hehehe..

Mak nak tulis yang macam bercakap, cam berbual. Pernah kawan saya kata, 'reading your blog, it's like you talking to me..' tu la, rasa dekat sangat kan. How I miss those moment. Taip panjang-panjang, banyak coleteh (eh, apsal cam lain macam jek ejaan-nya?) jap.. celoteh ke, coleteh? hahaha.. tak kisah, jangan cekadak sudah.. ngehngehngeh..

Tapi kan, tak baik banyak cakap kan? Rasulullah SAW kata, lebih baik diam dari berkata-kata yang kurang baik.. nahh... saya kalau nak ce-loteh (make sure i get it right this time.. hehe) nak tulis yang ada substance. Takmo yang bukan-bukan. (ada ke saya tulis yg bebukan sebelum ni?) ada gak kan.. mahap la ye..

Insya Allah, nak kongsi-kongsi benda yang bebaik setakat mana ilmu atau pengetahuan yang Allah dah pinjamkan sekejap kepada saya, saya nak tulis dan panjang-panjangkan.. Insya Allah.

Semoga semua yang baik mendapat dorongan dan petunjuk dari Allah. Insya Allah, Amin.


Escapade

Rehat jap





Lokasi? Next entry ye.. :o)