Friday, May 31, 2013

Muhsin at his 3 years




Satu hari tu..

Tengah tengok album lama dengan Muhsin

Muhsin :  Ini siapa?

Ibu  :  Ini kakak Maisarah

Muhsin :  Ini siapa? (sambil tunjuk gambar baby)

Ibu :  Ini kakak Insyirah

Muhsin :  Muhsin mana?

Ibu : Oooh.. Muhsin ada tapi Muhsin dalam perut Ibu masa tu.. (relax je, sebab Muhsin mana tahu apa2 & akan percaya je dengan apa yang kita kata or else what to say, kan?)

Muhsin : Muhsin dalam perut Ibu?

Ibu : Iye, Muhsin dalam perut Ibu..

Muhsin : *marah* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin tak kasi! (maknanya dia tak izinkanlah tu)

Ibu : *geram juga* Muhsin, tak baik cakap macam tu. Muhsin kan anak Ibu, tentulah Muhsin ada dalam perut Ibu..

Muhsin :  *nangis, geram taknak terima kenyataan* Muhsin tak mo ada dalam perut Ibu! Muhsin takmo ada dalam perut Ibuuuu!

Ibu :  La hau la wala.. Muhsin ni tak baik tau cakap macam tu, Muhsin kan anak Ibu, sebab tu lah Muhsin ada dalam perut Ibu.. *dah start tension dah*

Muhsin : *jerit makin kuat* Muhsin takmo ada dalam perut Ibu lah! Muhsin tak ada dalam perut Ibu! Muhsin tak mo ada dalam perut Ibuu!

Ibu : *dah mula geram jugak ni* Muhsin! Tak baik lah cam tu, memang lah Muhsin anak Ibu, kalau Muhsin takmo ada dalam perut Ibu, Muhsin nak ada dalam perut siapa lagi???!!

Muhsin : *jerit* Muhsin nak ada dalam perut Ayah!!!!

Ibu :  Masya Allah...! *terus tergelak sampai keluar air mata* Hahahaha

***

Masya Allah.. anak.. anak..!

Memang la dia 'anak Ayah', tapi takyah lah sampai cenggitu sekali kan? hahaha

Tuesday, May 21, 2013

Psst! Nak Keluarkan Rasa Hati, Boleh?

Saya nak beritahu, saya geram.

Saya nak beritahu, saya tak setuju.

Saya nak beritahu, saya memang tak berapa gemar.

Macam costume budak tadika buat persembahan kat atas stage.

Singkat tau. Pastu goyang-goyang. Goyang-goyang. Goyang-goyang.

Uishh.

Apa tu?

Ni ha..


Especially dari belakang. 

Sorry ye peminat mereka. Saya tahu harganya mahal, terlebih mahal dari tudung2 yang menepati syariat. Kalau orang yang tak mampu, takyah lah berangan nak beli. Tapi apa ada dengan mahal kalau ianya tidak menepati syariat bertudung menutup dada dan sangat-menarik perhatian mana2 lelaki ajnabi? Adakah itu tujuan tudung itu direka dan diletakkan hingga sebegitu harganya? Kasihan mereka yang membayar (kalau suami, lagi kasihan). Membayar dan diri/isteri memperaga, kemudian sia2. Atas alasan - paling cantik.

Aduhai.

Mohon maaf jika ada yang terasa, saya menulis, mengeluarkan rasa hati sendiri. Terserah kepada budi bicara masing2. Saya cuma keluarkan rasa hati saya sahaja, kerana you've to pay (mahal) to use a road to h*ll that is paved with good intentions, sebab.. kalau matlamat hidup akhirnya bukan untuk ke syurga, ke mana lagi kannnn? Alahai. Maafkan saya berkali-kali.

Ya Allah, ampuni daku.