Sunday, October 30, 2011

Happy Birthday Me!

Why i love October?

Sebab, pada 27hb ada harijadi saya.

Untuk kali ni, saya dapat ni :

kad yang comei

and books and other present too, from anak2


and fruit juicer for the whole family

and a Deepavali card
(asal birthday saya je, Deepavali.. asal Deepavali je, birthday saya) hahaha

and a sweet ucapan also

hahaha

and... last but not least, yg buat saya terkejut sampai termenangis

Hubiby, I dont know what to say.
Really i'm speechless and I thank you.
Above everything else, I love the way you love me.

Thank you Allah.


p/s: perasan tak, birthday saya takde kek? memang takde. hehehe..
saya rehat dari buat kek untuk diri saya sendiri. ^_^

Monday, October 24, 2011

Triffle Simple

resepi nanti saya masukkan.. tungguuuu! :o)

***

tengok komen, baik.. sekarang saya sedang masukkan.. hehehe (31.10.2011)

RESEPI TRIFFLE

Base :

Kek span / kek marble atau apa2 jua kek
(kalau nak lagi senang, beli je london chocoroll apa2 perisa)
potong dan susun keliling dan bahagian bawah mangkuk (see through)

dah susun? renjiskan dengan air buah dari tin fruit cocktail (air je, buah jangan dulu)

Kastard :

2 gelas air
1 gelas susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

campur dan sebatikan semua sebelum naikkan atas api
api sederhana, kacau sentiasa hingga kastard agak pekat tapi awas, jangan sampai hangus
tutup api dapur tu, curahkan dengan perlahan ke dalam base kek tadi

biarkan sejuk sekejap

bila agak-agak kastard dah sebati dan serap pada kek tu,
taburkan dengan buah-buahan dari tin fruit cocktail tadi

jeli nona perasa raspberry atau strawberry
air 400ml

masak hingga mendidih iaitu jeli nampak jernih

tuangkan perlahan atas buah2an,
kalau nak buat cepat sebab tetamu dah ada kat depan mata (hehehe)
tuangkan atas buah dengan perlahan, so kastard tak ter'kopak'

sebenarnya, bila jeli dah agak menganjal, kira dah jadi la tu.. dah leh serve dah..

tapi kalau nak lagi best sementara momentum love-to-be-in-the-kitchen tu tengah ada,
pukul whipping cream dengan creamcheese campur sedikit gula kastor dan paipkan dengan nozzle bintang dekat-dekat.

potong kecil buah-buahan yg ada di fridge anda, kalau strawberry.. strawberry la,
kalau kiwi.. kiwi la.. burung kiwi je jangan.. kiwi kasut pun jangan.. hehehe

chillkan sekejap.
kalau dah tak takleh tunggu, terus je sudukan dalam mulut
(itu selalunya kes saya dan anak2) hehehe

nota comei : yang di-bold-kan adalah bahan-bahan yang perlu



Selamat menambah masa gemilang bersama keluarga! :o)


Friday, October 21, 2011

Burger - DIY

Salad, cheese, telur, tomato, mayonis, ada dalam stok dapur saya.
Gi beli roti burger.
Beli daging burger.
Bakar roti burger, bakar daging burger. Renjiskan sedikit maggi seasoning.
Susun semua tu sebijik (dua biji pun takpe.. hehe) macam yg kita beli kat budak jual burger tu..

Hah, dah jadi.

Anak pompuan saya mamam sorang dua.
Ingat budak pompuan makan satu jek.
(iye ler, kalau depan orang, nak bukak mulut besar-besar makan burger pun malu)
hahaha

Couplekan dengan sikit fries, siap untuk dihidangkan

yg ni burger special, untuk ayah (leh charge mahal sikit) hahaha

sekali-sekala tukar menu dinner, apa salahnya.. kan?

:o)

Terbaiiiik Adalah...

In my life, i learn that hidup simple and moderate itu adalah yang paling baik!

Thursday, October 20, 2011

Croissant Tuna Sandwich

Anda pernah terlambat sediakan sarapan anak anda ke sekolah?
Anda tak sempat nak masak untuk lunch?
Anda tak cukup masa nak sediakan dinner untuk family?
Anda diserang virus M? (psst! 'malas') hehehe
Ah-haaa.. kami ada penyelesaiannya...

Cuba ini..

Beli je croissant dah siap kat Jiant (takleh promote free)
Beli tuna mayo dalam tin kat kedai depan umah
Petik daun salad dan tomato yg ditanam di belakang umah (u ada? i pun takde.. hehehe)
Sedikit lada hitam
Sedikit lada sulah


Potong croissant tu jangan sampai putus.
Sapu marjerin. (oh, marjerin tak sebut eh tadi?)
Alas ngan daun salad dan tomato slice yang telah dicuci bersih
Tuna mayo tu keluarkan dari tin, dan kacau sebati dengan lada sulah dan lada hitam
Sapukan dalam croissant tu
Kalau rasa nak bakar, bakar la sekejap.. kasi suam-suam ala cafe bistro gitu..

Selamat mencuba. Ini kerja senang. Takyah susah2 buat croissant tu.
Kalau malas gak, tak dapek den nak nolong hah...

;o)



Resepi Lauk Nostalgia : Sotong Dalam Tin

Lauk nostalgia.
Husband saya kata lauk sotong ni mengingatkan dia pada zaman dia kanak2 dulu.
Dia sangat suka.
Anak2 yang try pada awalnya cam tak berapa.. tapi pastu semua aim the last piece.
Alhamdulillah.
Pada kawan-kawan yang tak pernah try, try this.
Dont miss, ok?

Bahan-bahan :

1 tin sotong dalam tin jenama Rex (warna coklat oren)
Bawang putih - racik
Bawang besar - potong bulat-bulat
cili padi - potong kecil
gula, garam, perasa

Cara-cara :

1. Buka tin sotong. Asingkan air dia dan sotong.
2. Potong sotong ikut-ong saiz-ong suka-ong (saja nak satu irama). Jangan besar2 sangat, nanti dia sorang jek makan. heh.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong tadi.
4. Tumisan agak layu, masukkan cili padi dan cik sotong dan terus masukkan air (jus) dari tin sotong tu tadi.
5. Masukkan gula, garam, perasa (ikut suka) dan biarkan didih sekejap.
6. Siap untuk makan berpeluh-peluh dan bertambah-tambah. :o)

Nasihat : jangan makan kat tepi dapur tu, hidangkan ler dulu. hehehe

Selamat Mencuba Puan-puan dan Tuan.

Sunday, October 16, 2011

Big Honour

She is 70
She looks much younger than her age
not just that she is also beautiful, energetic and sangat muslimah too
.. and yang paling saya jealous, dia masih pakai boot!
duyai.. thought saya dah resigned dari wearing all those, tetiba rasa.. husshh.. mana bisa..
hehehe


and this beautiful (macam sophia lauren) lady ni was at my house!




hidangan untuk tetamu-tetamu yang sangat saya sayangi ni simple je

karipap goreng, triffle dan kuih bakar berempah (hot from the oven)

alhamdulillah.

sempat juga saya packkan for everybody my almond munchy and 2 packs of marble cake.

alhamdulillah, saya felt so honoured.

terima kasih everybody.

terima kasih Allah.

Saturday, October 15, 2011

Pavlova

cubaan saya buat pavlova
dan makan pavlova dengan penuh ke-enjoy-an (ada ke bahasa ni?)
resepi yang simple, baaaaaik punya

resepi pavlova saya dapatkan dari irmadilondon.blogspot.com
sedap, simple dan saya suka
terima kasih irma.

Bahan - bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor (kaedah saya : mesin halus je gula pasir tu)
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

1 cawan whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

buah2an segar

Cara :

  • Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula kisar sedikit demi sedikit.
  • Putar lagi Abang Halim.. hehehe.. sampai dapat tanduk (rupa meringue tu ada tajam2 sikit)
  • Masuk esen, tepung jagung, cuka. Kacau pakai spatula je.
  • Masuk dalam dulang pembakar, ratakan bulat buat cam ala-ala tebing sikit. Jangan besar2 sangat. Nanti lambat masaknyer.. :o)
  • Bakar pada suhu 15oC selama 50 minit. Jangan bukak oven.
  • Bila timer dah bunyi, biarkan lagi dalam oven. Tunggu bebetul sejuk kat dalam tu.
  • Bila dah sejuk, keluarkan. Pukul whipping cream punya adunan tadi, letak kat atas meringue tu, and letakkan fresh fruit.


saya yang tak biasa makan benda di atas ni kata, i liiiikeeee. :o)


Aiskrim Tempatan Pun Sedap

panas.
tapi hujan sekejap.
tapi tetap rasa panas.
tekak asyik haus.
ni aiskrim coklat hpa.
sedap.
jangan ingat produk malaysia tak sedap.
sedap beb.
rasa coklat dia terangkat ok.
terangkat sudu.
tau?
jangan tak percaya.

ini cubaan makanan sihat kami sekeluarga

fruits.
aiskrim sihat gak apa.
tak eh.
oooohh.
takpe.

3 bulan lagi saya baru makan aiskrim lagi.


(tak janji)

:o)


Thursday, October 13, 2011

Resepi Crispy Meehoon


Bahan - bahan :

bawang putih
bawang merah
sedikit udang kering blender halus
isi ayam / sotong / udang
sos tiram
lada sulah
black pepper
bihun / mee hoon (ntah mana yg betul)
sedikit minyak
sayur sawi
sedikit cili merah (buat nampak seri je)
sebiji telur
garam, perasa (pepandai sendiri agak ye)
3 sudu besar tepung jagung + air satu mug
(saya letak cendawan jepun yg ntah apa ke nama nyer)

Cara-cara :

1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau
2. Masukkan udang kering blender
3. Masuk air, sos tiram, lada sulah, black pepper
4. Masukkan isi ayam / udang / sotong
5. Masukkan garam, perasa
6. Dah didih, masuk sawi, biar jap
7. Didih, masuk 1 mug air + tepung jagung tadi
8. Biarkan atas api sampai agak2 pekat
9. Tutup api.

Bihun :

Panaskan minyak
Potong-potongkan bihun agak-agak dari hujug lipatan ke hujung lipatan
Minyak bebetul dah panas, masukkan satu hidangan (utk satu pinggan) per satu hidangan
Letakkan bihun yg dah mengembang macam sanggul tu dalam pinggan

Curahkan kuah dia tadi.

Makan jangan lupa baca Bismillah. ^_^

Ini pinggan salah sorang dari anak saya :

dengan cili-cili yang buat seri tu pun clear.

hehehe

Alhamdulillah.



Resepi Fish n Chips

Resepi terbaik dari ladang :o)

Saya adopt K Nani Rostam punya resepi (maceh sis)

Bahan - bahan :

1 kg ikan dori
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
sedikit serbuk paprika
sedikit stok ayam serbuk
sedikit lada sulah
sedikit black pepper
garam
breadcrumbs
lemon (saya takde stok)
brokoli
wrinkle cut fries


Cara - cara :

1. Defrost ikan dori dulu
2. Perap ikan dengan lada sulah, sedikit black pepper dan lemon (saya takde, so omit this)
3. Bancuh (letak air sikit la maknanyer tu) tepung gandum, secubit garam, serbuk stok ayam, lada putih, black pepper, soda bikarbonat)
4. Celup ikan dalam bancuhan tepung, golekkan atas breadcrumb
5. Goreng, deep fry minyak agak panas at first, then sederhanakan api
6. Angkat bila kekuningan dan nampak garing

Side dish:

brokoli :
rebus brokoli dengan air yang dicampur dengan sedikit minyak
angkat dan toskan

fries :
goreng fries, angkat bila kekuningan dan tabur dengan maggie mushroom soup cream

coleslaw :
racik halus carrot, kobis dan sedikit bawang, masuk mayonis, sedikit cuka, gula, garam

cili sos

mayonis


ada yg saya alter sikit, tapi percayalah.. ini adalah antara resepi yang terbaik dan simple.

Alhamdulillah.

Tuesday, October 11, 2011

under an apple tree

belum tercapai lagi.

nak mimpi jap.

^_^

Saya Mahu


Ada perkara yang perlu saya improvekan dalam hidup saya sekarang :
1. Solat awal waktu
2. Be efficient in time management
3. Improve cooking skill
4. Nak mengaji lagi dan spend masa yg lebih untuk belajar balik tajwid
5. Curi masa untuk belajar taranum
6. Labuhkan tudung
7. Longgarkan pakaian
8. Start collect niqab
9. Kerap bangun malam untuk tujuan baik tu (bukan setakat buat susu atau gi tandas je)
10. Be efficient dalam macam2 perkara.
11. Be supermak.
12. Be more focus dengan kehidupan dunia dan akhirat
13. Nak pandai khusyuk

Doakan saya.


Ready-made Pastry (No recommend)

Cubaan saya untuk buat egg tart.
nasihat saya, buat tart shell sendiri.
jangan beli pastry yang dah siap tu. it didnt worked well for me.

rasa egg filling tu sedap.
nadiah kata macam rasa kaya ball.
the last piece anak2 rebut jugak, kira ok la tu.

i must re do this guna tart shell yang betul.
musti.

lebihan pastry tu saya cuba buat pizza.
pun tak best.
sungguh pun tak best, tak sempat amik gambar jugak.
yg sempat cuma pizza on sliced bread jek.. :o)

untuk resepi pizza sempoi di atas :

kimball spaghetti sauce
potong sosej
potong bulat bawang
kalau ada mixed vege, letak ye (saya masa tu agak 'darurat', nak cepat)
letak mayonis
taburkan oregano, basil (dalam botol),
taburkan mozarella cheese
bakar pada suhu 200c, 7 mins

siap, insya allah - sedap.

p/s: ini pizza sempoi dan paling cepat. senang nak sediakan. :o)


Monday, October 3, 2011

Dalam Masa 24 jam Sehari Itu

Dari pukul 8.00 malam hari ini ke esoknya 8.00 malam

~~~

Siapkan cupcakes 600 + 300 pcs

Gi Pesta Konvo




balik dari Pesta Konvo almost 11.00 pm, deco cupcakes




siapkan kek birthday tempahan
(gambar ehsan dari Facebook kawan tu)

Hantar cupcakes untuk majlis hari terbuka kawan

kat rumah cantik kawan tu (Gee)

hantar cuppies tu together with marble cake

balik dari tu, siapkan cuppies for Aifa


siapkan HD Mini Delights

dan Marble Cheese for birthday

and a best-friend's daughter birthday cake

an order from a friend for her Dept

amacam? ada berani? hehehe

that's my routine almost everyday.

but normally, bukan cupcakes.. but economy size packs.

tak banyak, 100 - 150 packs jek sehari.

^_^



p/s: selalunya saya cerita pasal kek kat my other blog, Hamnira Delights tapi kali ni saya masukkan sedikit citer pasal kek untuk this blog. Now you know, am a juggler between blogs. :o)