Monday, October 24, 2011

Triffle Simple

resepi nanti saya masukkan.. tungguuuu! :o)

***

tengok komen, baik.. sekarang saya sedang masukkan.. hehehe (31.10.2011)

RESEPI TRIFFLE

Base :

Kek span / kek marble atau apa2 jua kek
(kalau nak lagi senang, beli je london chocoroll apa2 perisa)
potong dan susun keliling dan bahagian bawah mangkuk (see through)

dah susun? renjiskan dengan air buah dari tin fruit cocktail (air je, buah jangan dulu)

Kastard :

2 gelas air
1 gelas susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

campur dan sebatikan semua sebelum naikkan atas api
api sederhana, kacau sentiasa hingga kastard agak pekat tapi awas, jangan sampai hangus
tutup api dapur tu, curahkan dengan perlahan ke dalam base kek tadi

biarkan sejuk sekejap

bila agak-agak kastard dah sebati dan serap pada kek tu,
taburkan dengan buah-buahan dari tin fruit cocktail tadi

jeli nona perasa raspberry atau strawberry
air 400ml

masak hingga mendidih iaitu jeli nampak jernih

tuangkan perlahan atas buah2an,
kalau nak buat cepat sebab tetamu dah ada kat depan mata (hehehe)
tuangkan atas buah dengan perlahan, so kastard tak ter'kopak'

sebenarnya, bila jeli dah agak menganjal, kira dah jadi la tu.. dah leh serve dah..

tapi kalau nak lagi best sementara momentum love-to-be-in-the-kitchen tu tengah ada,
pukul whipping cream dengan creamcheese campur sedikit gula kastor dan paipkan dengan nozzle bintang dekat-dekat.

potong kecil buah-buahan yg ada di fridge anda, kalau strawberry.. strawberry la,
kalau kiwi.. kiwi la.. burung kiwi je jangan.. kiwi kasut pun jangan.. hehehe

chillkan sekejap.
kalau dah tak takleh tunggu, terus je sudukan dalam mulut
(itu selalunya kes saya dan anak2) hehehe

nota comei : yang di-bold-kan adalah bahan-bahan yang perlu



Selamat menambah masa gemilang bersama keluarga! :o)


3 comments:

  1. setia menunggu kak.. nk buat pun x leh, dlm pantang lagi.. hehehe~~~

    ReplyDelete
  2. sila masukkn resepi..mcm nk try :)

    ReplyDelete
  3. kak long... syg akak... ,mmg confirm selesaikan je tempoh berpantang ni, ini yg anne "kerjakan" dulu.. ngee~~~ (ari ni dh masuk 32 hari.. hohoho)

    ReplyDelete