Wednesday, June 27, 2012

Sepagi di Suasana Rahsia Gelombang Rezeki

First sekali, terima kasih Akiko Noor. :o)

Itu pada 23hb Jun 2012. Saya sangat bersyukur sebab selalu looking forward to this kind of 'talk'. And was there, a talk by Dr Ahmad Yusri Bani Hasim. Orangnya kecil comel ~ bukan puji dia, puji Allah.. :o) tapi ilmu penuh di dada. Alhamdulillah, it was (and always will be) a good program. Antara yang saya boleh kongsikan untuk kawan-kawan ialah :

1.  Rezeki tu bukan hanya duit tau. Rezeki tu konsepnya besar; kebahagiaan, rasa cukup, anak-anak yang menyejukkan mata dan hati, rahmat Allah dan of course la dari segi duit - kaya harta. Rahmat Allah tu pun sebenarnya besar, maksudnya diberi oleh Allah kebaikan, dibalas dengan belas kasihan, dipelihara dari merbahaya serta diselamatkan dari bencana dan kesusahan hidup.  

2.  Kita kena betulkan dalaman kita, our mind terutamanya. We have to decide, believe and action.  Cemana tu? Contoh : Nak kereta Hyundai Tucson (itu saya!! saya mau Ya Allah..) <-- iklan tak berbayar, sementara ada gelombang.. Amin.. (ambil kesempatan, cehh) hehehe

Ok contoh saya tadi : 

  • Nak kereta idaman, gi kat showroom, atau bila kereta tu ada depan mata - decide nak yg tu juga, fokus! ~ jangan lak rambang mata, kejap nak Porsche, kejap nak Tucson (itu contoh.. saya tak pandai pasal kereta, tengok yg cun je, terus berkenan.. hahaha)
  • Doa! <-- ada gelombang ketika tu, to what you want sebab otak adalah automatic goal setting device
  • Believe - percaya you can get it
  • Action - Sure la kena ada strategy kan.. nak dapat benda idaman, kena ada extra earnings, kena extra action jugak la kan.. part tu yg lomah sikit tu kan.. takpe, yg penting dah doa dan believe.. :o)
  • Tapi percayalah, the moment you focus untuk dapatkan je, Insya Allah - akan dipermudahkan Allah jalannya.. Amin..
3. Duit. Bab duit, ini yang paling asas - kita kena jadi kawan baik duit. Kita harus suka, gembira dan bersyukur bila tengah tengok duit (banyak). Walaupun duit yang kita tengok tu bukan dalam purse kita (kot la ternampak kat dalam purse orang lain - tak sengaja, bukan sengaja jengah - no good ok). Kita kena rasa seronok kerana Allah beri rahmat pada orang lain tu, kita kena kata - dalam hati je.. pengsan kalau cakap kekuat kang.. :o) "Ya Allah, hari ni aku telah melihat kekayaan, kayanya Kau Ya Allah". Bayangkan kalau yang cakap tu contohnya adik kita (A), bila dia tengok kita belikan adik kita yang sorang (B) lagi barang2 yg B nak.. tak ke kita rasa kita pun cam nak belikan je si A apa saja lah yang dia suka.. sebab dia sangat baik dan tidak mementingkan diri dia sendiri.. amacam? Allah laaaaagilah Maha Kaya. Bukankah dia laaaaagi boleh berikan kita apa sahaja yang kita mahukan sebab kita sangat bersyukur dan tidak mementingkan diri kita sendiri malah acknowledge yang kaya itu hanya Allah? The moment kita doakan orang lain, malaikat pun akan 10x 'like' status doa kita tu. Bukan ke dapat kat kita juga akhirnya.. Subhanallah. Allah yang Maha Bijaksana. Sistem appreciation Dia lagi efficient dan smart ok!

OK, tulis sikit2 dulu. Mak nak buat kek ni. hehehe.. nanti sambung lagi ok kawan-kawan. Thank you Syeffy, thank you Marshita, thank you Les dan kawan2 lain yang menyokong saya untuk terus menulis lagi dalam blog ni (walaupun bahasa macam bahasa bercakap, haru-biru!). I love you guys, doa saya kepada each and everyone of you, "Ya Allah, kurniakanlah kasih-sayangMu ke atas kawan-kawanku yang membaca tulisanku, kerana aku menyayangi mereka dan tetapkan hatiku dan berilah ilham yang bermanfaat Ya Allah, untukku terus menulis untuk kebaikan kami semua dunia dan akhirat.." Amin.. Amin..




1 comment:

  1. ameen ameen ameeen.. Ya ALLAH.. :D

    pssttt lambat baca pulak kali nih.. hehe

    ReplyDelete