Tuesday, October 16, 2012

All by Myself..

.. but I am happy. 
Insya Allah, Alhamdulillah.


Mana la ada masa nak update-update blog.
Sensorang jek kita siapkan semua benda tau.
*ayat mintak belas - hehehe

Ciannn kita kan..
Ya Allah, Kau permudahkanlah setiap urusanku.

 Bukan buat setingkat loyang tau, ada yang 2/3 tingkat sekali untuk sesatu jenis kek tu
(Terima kasih Allah, kerana telah mempermudahkan banyak perkara.. Alhamdulillah)



Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dan redha dengan 
apa jua ketentuan Allah kepada saya dan keluarga

sebab, saya selalu berpegang pada Allah is the Author of our life book 
dan sebenarnya tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah 
(yg ni saya dengar ustaz cakap and I believe it). 
Cuma direct or indirect to us, sebab Allah Maha Mengetahui.

Tu yang keluar pasal hujan, petir, pelangi tu.
(Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. 
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah)
 Suweetnya.. Insya Allah, kan?

Kadang2 kita mintak A, Allah bagi A.
Pastu kita doa mintak B, Allah tak bagi masa-masa tu jugak.
Ada ketika, Allah bagi C, iaitu jalan ke B. 

 Contoh :
Doa nak isteri yang baik, boleh jaga makan-minum, sakit pening.
Keluar rumah, kat jalan tetiba kena rempuh ngan minah rempit.
Patah tangan, luka sana-sini.
Minah rempit marah2 dan terpaksalah juga berkenalan.
Pastu teringat doa, Ya Allah, aku baru mintak isteri baik-baik, 
yg boleh jaga makan pakai, sakit pening.
Yg ni minah rempit, bukan ini yang aku mintak.
Patah tangan, gi hospital. Rupanya Allah nak bagi bakal isteri yang baik, boleh jaga sakit pening.
Tu, jururawat yang bersihkan luka, jaga makan-minum, pastu terjatuh cinta dan seterusnya...

Allah lah yang Maha Mengetahui kan?
Jadi, la tahzan - jangan bersedih.. (ni cakap kat diri sendiri ni)

Redha, is the best word. Allah knows the best for us.

Kalau tak sebab takde maid(s), saya tak dapat chiller.
*wink*

Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Hubiby.

Ruang saya yang lebih tenang. Joget sensorang.
hehehe

 

1 comment:

  1. Salam Hamnira,

    Alhamdulillah dan tahniah sebab berjaya ke tahap ni. Saya suka tengok hasil kerja puan.
    Hari ni saya singgah & follow.

    ReplyDelete