Thursday, April 15, 2010

Pelan Pemakanan - Diabetes

KISAH BENAR
Satu hari tu, suami saya ada orang tu check kandungan gula dalam darah dia sampai 3 kali, (sampai bisa2 jari dia.. kesian..) guna glucometer. Dia dah boleh agak baru dapat tahu kandungan glukos dalam darah dia 12. Tinggi tu. Jadi, dia telah memberitahu saya isterinya tentang paras ketinggian nya , glukos dalam darah itu. Jadi, isterinya yang sudah memang sedia manis itu telah melakukan pelbagai usaha gigih lagi cekal untuk mendapatkan pengetahuan mengenai diabetes dan telah menemui beberapa informasi berguna dan telah menyusun-aturkannya agar senang difahami. Di bawah ini adalah informasi yang telah diekstrak daripada buku 'Diabetes Jenis 2', terbitan Alaf21.
TIDAK BOLEH :(

Gula
Xylitol, Nutrasweet, dll (mengandungi Aspartame – gula alternatif)
Ayam x lebih 2 kali seminggu
Marjerin
Roti canai
Kek, biskut
Aiskrim
French Fries (sejuk beku)
Tepung kanji
Pisang masak, keledek & sukun goreng
Kopi, Nescafe, sirap, air tin
Pulut
* Elak ambil makanan selepas makan atau sebelum tidur
* Minyak jagung, kacang soya, bunga matahari, safflower, minyak bijan dan minyak biji kapas, minyak canola (omega 9 tapi paras omega 6 yang tinggi – menganggu fungsi membrane sel)
* Elak / kurangkan makanan bergoreng secara terendam lama (deep fry).
* Elak / kurangkan makanan terproses (kaya dengan minyak terhidrogenasi, bahan pewarna, bahan awet) e.g. conflakes, biskut kering, etc
* Kurang / elakkan semua jenis makanan yang berlabel ‘rendah lemak’ atau yang mengandungi minyak poli tidak tepu dan lemak terhidrogenasi. Baca label dan fikir sebelum beli.
* Tembikai, epal dan pisang masak (menyebabkan pembentukan atherosclerosis atau memburukkan lagi keadaan plak berlemak dalam arteri jantung atau carotid.

YANG BOLEH :)

* Ekstrak herba Stevia ganti gula
* Ganti ayam dengan ikan, taugeh, tofu atau tempe.
* Beras perang tidak melebih 1 ½ senduk sehari
* Alternatif nasi ialah barli rebus, millet, oat – ambil ½ cawan sekali atau 2 kali sehari
* Lobak merah, asparagus, terung, avocado, tauge, kubis bunga, cendawan, bawang, labu, tomato, brokoli, tauge brussel, semua jenis kobis, saderi, timun, sawi, bendi, spirulina, bayam, daun bawang dan zucchini.
* Amalkan makan bijian seperti biji labu, biji bunga matahari, badam, biji buah keras (macademia), hazelnut dan brazil nut atau muesli sebagai snek.
* Guna garam yang tidak terproses, garam laut asli atau garam Gunung Himalaya
* Sarapan pagi : Nasi lemak + 1 telur rebus / telur goreng, 2 sb olive oil. Atau 1 keping roti + 2 sb butter dan sebiji telur rebus / goreng. + ½ cawan sayur campur celur + gabungan minyak.
* Minum : teh susu tanpa gula / teh herba tanpa gula.
* 3-4 sb sehari gabungan dari minyak kelapa dara / sawit / olive oil + 1 sb cod liver oil
1 atau 2 keping keju dihiris nipis, dimakan dengan telur rebus atau telur goreng atau 1 sb butter
* Lunch : ½ hidangan nasi, kuah lemak, sebelah ikan cencaru, suhun & fucuk untuk protein.
* Daging 2/3 kali seminggu. Jus buahan tanpa gula; carrot, durian belanda, etc.
* Tea break : teh susu kurang manis atau ½ cawan oat + air panas.
* Makan malam : ganti nasi dengan sayuran tinggi serat + seekor ikan masak rebus (pindang, singgang & asam rebus), minum 1 cawan air mineral + 4 sb gabungan minyak.
* Amalkan 1-2 gelas air teh herba selepas makan malam. Minum air galian / RO 6-8 gelas sehari.
* Makanan berprotein : Utamakan daging haiwan yang dipelihara secara organic, makan hati dan paru. Semua makanan laut. Produk tenusu : yoghurt tanpa gula, keju, butter. Telur dan kuningnya, kacang kering seperti dal, kacang soya, tempe, tofu.
* Makanan Berkarbohidrat : Bijiran oats, beras perang, beras perang basmathi, roti rai, tepung semolina, barli, beras perang herbal poni, beras nasi dagang
* Sayuran : tidak berkanji; bunga kobis, kacang pis, labu, pisang muda, lobak merah, jagung, brokoli, kacang panjang, salad, sawi saderi, kailan & cendawan. Pegaga, pucuk betik, jantung pisang, pucuk ubi, kacang botol.
* Ambil ubat moden satu jam sebelum atau sesudah pengambilan supplemen dan herba untuk elak kemungkinan interaksi.
* Minyak kelapa sawit, minyak kelapa, minyak zaitun, butter dan minyak sapi untuk memasak. Tumis sebelum minyak berasap.
* Masak stok yang terdiri dari tulang dan daging ayam, ikan, lembu dan kambing. Simpan dan panaskan dengan sempurna, boleh diguna hingga seminggu. Guna stok dalam penyediaan makanan; menyumbang garam galian dan asid amino untuk bina insulin, pelihara otot, collagen dan enzim detoksifikasi.
* Ambil makanan probiotik: cencaluk, budu, tempoyak, jeruk buahan & jeruk sayuran kerana ia membantu memelihara kehidupan flora usus yg menyihatkan tubuh, mencairkan darah, memulihara dan merangsang kegiatan sistem kekebalan.
***

Breakfast si dia (seperti yang tersebut dalam cerita di atas)
these few days

Bekal isterinya these few days :o) -- masih sedap jugak...

Dia dan isterinya serta anak-anaknya terpaksa-rela sedang dalam rangka pemakanan sihat. Mereka telahpun menurunkan kadar pemakanan nasi di rumah. Walau bagaimanapun, isterinya tetap makan nasi dengan banyaknya di pejabat. Hehehe..

No comments:

Post a Comment