Sunday, May 30, 2010

Passion Turns Serious


Moist Choc Cake - RM10 each
Kek Pisang - RM7 each
***
Credit to Hubiby - thanks for being so supportive.
Love you to bits, darl!

Masak-masak Hari Cuti

Jumaat - Ahad : Cuti. (Wesak + Weekend)
Yeh!
Anak-anak semua ada..
Lauk-lauk sepanjang cuti

Daging Masak Kicap Pedas

Sambal Udang

Ikan Tamban Goreng Simple
('diet spoiler') hehehe

Kacang Panjang Goreng Telur

Kari Ayam

Babat Masak Lemak Rebung
Chewy Gooey Brownies
(should try again)

Donut

***
Nak cerita pasal donut.
Maisarah mintak.
Saya buat hari Sabtu,
pakai resepi internet yg katanya resepi No 1.
Tak jadi. Tak naik. Mungkin masalah yis atau cuaca.
(Gambo takde)

Tak puas hati.
Ahad, saya nak buat lagi.
Apapun, saya rasa baik saya buat ikut resepi saya sendiri yg dah berkurun lama tu.
Masih gebu walaupun dah sejuk.

Ini resepi saya.

Donut :

Tepung gandum (agak-agak, rasanya 3/4 paket)
Yis + Air Suam + Susu Pekat (1 mug)
Marjerin cairkan atas api (anggaran 1 buku butter)
Sedikit garam
1 biji telur

Semua-semua tu kacau sampai kurang melekat.
Then, perap 1/2 jam.
Cover bekas doh dengan cling wrap atau tuala lembab.

Pastu bentuk-bentukkan. (Saya tak pakai acuan)
Bulat-bulat, pastu leperkan, buat lubang kat tengah.
Susun satu-satu, then panaskan minyak api sederhana
Goreng dan selalu balik2kan.

Kisar gula halus.
Masa angkat panas-panas tu, terus golekkan atas gula halus.

Ready to serve.
Dapat banyak giler.. leh bagi jiran-jiran..

Wednesday, May 26, 2010

Another Reason to be Happy!

Alhamdulillah, today ~ I have another reason to be happy.
Thank you Liza (Nor Halizah) and Yan (Noraihan).
You know why I thank you both especially today.


*cubit lengan*

Alahai... sukanyer! Cam tak cayo..

Terima kasih kawan..
Lebiuuuu.

Saturday, May 22, 2010

Siapa aku?

Aku tidak wujud walau dalam kehidupan nyata

Tidak pernah hadir walau dalam alam mimpi

Aku wujud hanya ketika kehidupan bukan untukku

Ketika kehidupan itu menuntut kesempurnaannya

Ketika kesempurnaan itu menjadi nadi dan nyawa

Friday, May 21, 2010

Duhai Hati

DariManusia ni kadang-kadang pelik, kan? Ye lah, maksud I tu.. bila cam ni, nak cam tu.. bila cam tu, nak cam ni pulak.. Serba-serbi.. ada je yg tak memuaskan hati gitu..

Adakah manusia memang cam tu? Ke ada sesekelumit (se-se.. apa ek?) jek yg macam tu? I rasa I pun cam tu.. tapi apapun sebenarnya hidup kita ni kita kena moderate almost about everything.

Redha dengan setiap apa yang mendatang.. kalau baik, itu rahmat Allah.. kalau not-so-nice pulak, itu dugaan dari Allah. Bila kena sakit Allah nak hapuskan dosa kita. Bila kehilangan, Allah nak ganti dengan yang lebih baik.

I have gone through much in life. Yang pahit, yang manis, yang masam.. semua ada.. :o)

Cakap pasal kehilangan ni, I think I dah master. Yang paling I sayang pun I pernah hilang dulu. I tak tau macamana nak teruskan hidup ketika tu. Sakit, kurus, stressed, rambut gugur everywhere, tak ceria - masa tu takde tempat bergantung langsung kecuali Allah. Ketika tu air mata, sampai perlu ditahan-tahan keluarnya. Tak mau sampai orang tahu. Tak mau orang nampak kesedihan tu.

Dan... Allah Maha Besar. I berani berkata, bila manusia sudah tidak mengharapkan apapun sekelilingnya kecuali Dia ~ Dia memberi apa yang terbaik He has ‘in store’ for you. Niat baik, dengan izin Allah dapat baik. Itu janji Allah. And I am such a big believer in it.

And I always pray to be a better person each day. I akui tiada manusia sempurna.. tetapi I tetap berdoa untuk jadi orang yang lebih baik dan sempurna dari semalamnya.

Friday, May 14, 2010

Duhai Anak


Jika anak dibesarkan dengan celaan
Ia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan
Ia belajar menentang

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan
Ia belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan toleransi
Ia belajar jadi penyabar

Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Ia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian
Ia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Ia akan terbiasa berpendirian

***

***

I give you love and thoughts, heart and soul,
and I pray for all of you always.

Ibu bermohon kepada Allah untuk sekalian kamu wahai anak-anakku
dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna,
jadilah anak soleh dan solehah..

Amin Ya Allah

***

Tuesday, May 11, 2010

Food


After dinner malam tadi,
sotong goreng tepung buat kunyah-kunyah :


Bahan-bahan:-

300 gm sotong
1 cwn tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara:-

1.Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2.Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3.Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer.
Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
4.Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
5.Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min
kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

***


Ni pulak kuah dal, masak semalam untuk sarapan pagi tadi..
makan ngan capati (ayah-nyer) / roti canai (selain dari ayah-nyer)
(tak sempat amik gambo.. berkejar nak gi keje..)


Monday, May 10, 2010

Family Outing

Di satu pagi Ahad yang tenang, we all satu family gi ...


menikmati alam
sambil makan nasi lemak bawak dari rumah
(kecoh tol pagi tu, selagi ada nak bawak)
hehehe
cerita tersirat :
satu mangkuk tingkat lain tumpah kat padang.. sian kan?
nasib baik sambal tumis dan nasi kat bekas lain..

***
roti jala : makan petang


kek gula hangus (sarang semut)