Sunday, May 30, 2010

Masak-masak Hari Cuti

Jumaat - Ahad : Cuti. (Wesak + Weekend)
Yeh!
Anak-anak semua ada..
Lauk-lauk sepanjang cuti

Daging Masak Kicap Pedas

Sambal Udang

Ikan Tamban Goreng Simple
('diet spoiler') hehehe

Kacang Panjang Goreng Telur

Kari Ayam

Babat Masak Lemak Rebung
Chewy Gooey Brownies
(should try again)

Donut

***
Nak cerita pasal donut.
Maisarah mintak.
Saya buat hari Sabtu,
pakai resepi internet yg katanya resepi No 1.
Tak jadi. Tak naik. Mungkin masalah yis atau cuaca.
(Gambo takde)

Tak puas hati.
Ahad, saya nak buat lagi.
Apapun, saya rasa baik saya buat ikut resepi saya sendiri yg dah berkurun lama tu.
Masih gebu walaupun dah sejuk.

Ini resepi saya.

Donut :

Tepung gandum (agak-agak, rasanya 3/4 paket)
Yis + Air Suam + Susu Pekat (1 mug)
Marjerin cairkan atas api (anggaran 1 buku butter)
Sedikit garam
1 biji telur

Semua-semua tu kacau sampai kurang melekat.
Then, perap 1/2 jam.
Cover bekas doh dengan cling wrap atau tuala lembab.

Pastu bentuk-bentukkan. (Saya tak pakai acuan)
Bulat-bulat, pastu leperkan, buat lubang kat tengah.
Susun satu-satu, then panaskan minyak api sederhana
Goreng dan selalu balik2kan.

Kisar gula halus.
Masa angkat panas-panas tu, terus golekkan atas gula halus.

Ready to serve.
Dapat banyak giler.. leh bagi jiran-jiran..

2 comments:

  1. myra nk cuba lar resepi donut kak long ni...tapi takut nnt tak jadi...apapun usaha tangga kejayaan...tak jadi myra tanya kak long erk...

    ReplyDelete
  2. Nieza,

    Yis + air suam + susu pekat (1 mug)...kira semua campur jadi 1 mug ke? Yis banyak mana? Firt time aku nak try buat donut ni...nampak mcm senang resipi ni.

    Thanks,
    Nina

    ReplyDelete