Tuesday, July 26, 2011

Happy 2nd Birthday, Muhsin!

..baru pasang satu lilin, dia dah excited tiup.





You are such a brilliant boy.




We love you very much.






Monday, July 25, 2011

Impian Lagi

Ada impian Hamnira Delights di situ.


Doakan kami, doakan Hamnira Delights mencapai impiannya.


Come in, November 2011!


Muhsin Lagi Juga

Saya diam kat meja komputer. Dia diam tengok TV.


Dah lama punya diam.


Saya jengah dia. Aduhai...


Istighfar panjang la jugak saya dibuatnya.




p/s : nampak screwdriver kat tangan dia tu? ada ke anak orang lain cam tu juga? hahaha




***


malam tu pulak dia main cermin mata saya




dan itu adalah kali terakhir saya tengok spek saya yang masih selamat..



.. ini yg jadi selepas tu..




Aduyai.. anak.. anak..




bila dah tertido (terselit pulak lagi...)


siapa tak sayang anak, kan?





Anak.. anak...

Saya diPropose!

Hubiby rimas sistem perniagaan saya agak kurang teratur. Dia telah menghantar proposal (lamaran? hahaha) kepada saya yang kurang cekap ni.





p/s: 'Admin Asisstant' yang tak tahan tu... ^_^




hahaha.. baik, lamaran saudara diterima!

.. kecil tapak tangan, senai airport ngan aeromall sekali saya tadahkan.. cehhh!







p/s : kalau tak reti nak pakai gak, memang saya nak kena Memo kertas merah.. hahaha





Friday, July 22, 2011

Berkawan

..teringat pesan orang-orang pandai;

"berkawanlah dengan orang yang berjaya, anda terpaksa jadi berjaya juga"

pesanan untuk diri saya sendiri;

"berkawanlah dengan orang positif, agar kita terpaksa menjadi positif."



Betul, dan saya penat berkawan dengan orang yang tidak positif ~ hanya menerbitkan aura dan tenaga negatif sahaja. Orang-orang ini tidak membantu anda menjadi orang yang berjaya.

Saya pilih untuk menjadi berjaya. Jadi, saya nak berkawan dengan orang yang positif sahaja. ^_^

Bonda Raja Enom

Terdetik di hati ingin bersua
Menatap wajah nan bersih mulia
Yang sudahpun tua dimamah usia


Syukur 19 Julai dipertemu
Di balik kedut wajah itu
Tertanam 1001 kisah hidup
Gembira..sedih..suka dan pilu

Ranjau dunia tabah diharungi
Anak dididik serta disayangi
Kasih disemai setulus hati

Bondalah ibu yang sejati
Pengorbananmu selayak ibu mithali

Setinggi penghargaan buatmu Bonda

Mudahan Bonda dirahmati Tuhan
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran
Masukkan dirimu ke syurga Firdausi

Amin Ya Rabbal Alamin

***



Buatmu Bonda, 'tidurlah' dengan tenang, semoga syurga tempatmu. Alhamdulillah, sempat bertemumu 2 hari sebelum kepemergianmu mengadap Ilahi. Alhamdulillah, sempat ku dodoikan zikir buatmu yang sesekali tertidur dan terjaga dek keluh kesah menghela dan menghembus nafas tua. Sebelum pulang meninggalkanmu Bonda yang tertidur selesa, sempatku cium pipimu berkali-kali seakan redha itu mungkin untuk kali yang terakhir.





Bonda, pertemuan di Bangi itu pertemuan terakhir.

Ku redha pemergianmu Bonda, ku mengerti kesedihanmu di dunia. Insan solehah sepertimu ku doakan syurga buatmu.



Al-Fatihah.


Amin, Amin, Amin.

Thursday, July 21, 2011

ZMP-ed!

Zero Mind Process


:o)






pssttt... ! yang duduk tu ~ dia gayat.







kami pasti akan kembali!


(banyak yang menunggu ~

langsir, apokat, jagung bakar, ketam, rojak - nanges, banyak lagi lah!)


2 hari 1 malam mana cukup.


^_^


Sunday, July 17, 2011

Impian

Ada sesuatu berkaitan impian saya di dalam gambar-gambar ini











Doakan saya, doakan Hamnira Delights mencapai impiannya.


Amin, Amin.


Saturday, July 16, 2011

Jenjalan Kaum Ibu

Teh Obeng..ok.

Teh O.. ok.

Ades?



Oh yes, sup itu.. :o)

Air kacang hijau?



sedap!


the best!




Pisang goreng ber-cheese?

Err.. cam takleh bayangkan rasa dia cemana kan?

ini lah dia-nyer..

rasa : sedap, lemak, leh gumok.. hehehe


durian itu sangatlah besar-besarnya...




rumah pulak kecik-kecik.

(memang la, itu kat taman mini indonesia)
hehehe

oh the best!


sangat sedap!!



Wednesday, July 13, 2011

Muhsin Lagi dan Lagi

Saya tengah solat Maghrib. Saya terdengar bunyi umpilan dan lambung-melambung sesuatu dekat dengan meja laptop saya. Hati dah mula macam-macam, Muhsin ~ tolong la, harap semua itu hanya omongan sahaja (wah!).. saya nak cepat habiskan solat, tapi saya takleh.. sebab 'Imam' saya baca ayat panjang sikit.. sabar je saya dan ikut Imam hensem lagi 'ganteng' saya itu..


(hehehe.. harap jangan ter'begek' ye..)



saya redha dan cuba untuk kembali khusyu' selepas tu..

Bila selesai je saya bagi salam ke-dua, saya yang berprasangka-walaupun-dalam-solat-ni terus meluru ke arah laptop saya...




Uwaaaaaa! Tengok la ni...





Ibu dah agak dah tau.. sekilas bunyi lambungan itu, sudah Ibu tahu itu bunyi kerosakan kepada harta benda Ibu.. tau tak? Grrr...






Nasib baik solat Maghrib.. kalau solat Isya',

mahu keyboard Ibu ni jadi

'padang-jarak-padang-tekukur' dibuatnya.. adui..



Manyak gumbira dia umpil ....kan? Dia ingat ni Scrabble agaknya..




Grr...



..hampir sejam saya dok sibuk pasang balik satu persatu..


..last2 mata 'Esc' dah takleh pasang dah.. iskh..


ni pun jenuh saya taip kuat-kuat sebab space-bar saya dah keras,


pastu key Shift saya dah kejung sebelah.. ceeeehhh!




Muhsin, Muhsin.. nasib baik Ibu dah gi Parenting ESQ tau..


takpe.. takpe.. (takpe la sangaaaat..) hehehe




gerrrem je saya.. adui.. Muhsin oh Muhsin...











Ibu mam telinga awak nanti baru tahu, nak tak?




Wednesday, July 6, 2011

Hasliza Hashim

I kept on reading her good testimonial about my cakes.
















I packed for her a box of her favourite cakes for Hubiby to pass to her on his way to Terengganu today.


A night before, I read and read her cheery sms-es to me.











While I saw her in Kuantan last 2 weeks, she passed me cute and neat self-made toys she made for Nadiah, Maisarah, Marieah and Insyirah.








This morning, I received a call from her handphone


That was a call from her brother. Told me that she passed away this morning.


Saya terduduk dan menangis. Ya Allah, dia pergi juga. It was just last November dia tahu yang dia kena kanser. Now, early July - dia tak lagi ada bersama-sama di dunia ni.


Cancer took my Sis away.


Ya Allah, saya terkenang kesakitannya.


Allahuakbar. Allah lebih menyayanginya. Dari saya, dari keluarganya.


Ya Allah Ya Tuhanku, tempatkanlah roh kakak-ku di kalangan orang-orang yang beriman, Amin..

Percaya Padaku

For the best 'Bonda' in the world, yang jauh di mata tapi dekat di hati who is now 80+ years old, not very well and has been calling my name more than 10 times for me to be there..



Bonda Raja Enom



..ketahuilah bahawa..






aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku



berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

***



buat bonda Raja Enom yang disayangi,


percaya padaku, ku ingin menjagamu

sekiranya waktu berlalu


tanpa ku berkesempatan


maafkan diriku,


"tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu.. "


Sunday, July 3, 2011

Hidup Luar Biasa!

These I would like to share with all what I got during the seminar at The Zone, today. Tengah semangat ni.. semoga dapat dimanfaat oleh semua, Insya Allah.



Apa Hidup Luar Biasa tu?



Bahagia, Sihat, Kaya, Berjaya dan Berkat!



So, here they are.. Insya Allah.. few strategies untuk Hidup Luar Biasa!



1. Keinginan yang sangat kuat untuk berjaya. = kalau nak berjaya, mestilah kita sendiri yang ada keinginan tu, tak dapek ado kot diri sendiri tak nak, orang lain leh paksa-rela-tak-berapa-nak-rela kita jadi berjaya.. :o)



2. 100% komitment. = ye ler, nak hidup luar biasa kenalah komitment 100%, kalau suam-suam kuku je, hidup biasa-biasa je ler.. kalau nak hidup biasa-biasa je, takyah commit apa-apa, ala-ala kadar je.. ok la tu.. (untuk anda yang nakkan hidup biasa sahaja.. saya rasa saya tak mau dah) hehehe



3. Sangat fokus. = leh? mesti boleh. jangan macam-macam, sampai jadi jack of all trade, but... master of none. ^_^ nahi he..



4. Fast action, fast result. = slow action, slow la result. logik? logik, kan?



5. Tukar kawan anda! = berkawan dengan kawan yang positif sahaja. Hah, yg ni saya sangat suka. Berkawan dengan orang berjaya, kita terpaksa jadi berjaya juga. Berkawan lah dengan orang yang hanya mendoakan kita. Agak-agak yang hati tak berapa betul tu.. asyik nak memperlekehkan kita tu.. hmm.. slash je. Takyah kawan. Sebab, dia sendiri pun bukan orang yang berjaya. Heh. (reality fact, kan?)

6. For things to change, we must change first! = memang susah nak change orang, tapi kalau kita sendiri pun masih cenggitu jugak.. sama la kita cam orang lain kan... so, kita tukar diri kita dulu, perbaiki yang mana patut, improve diri dulu. Then, things around us will change slowly, without us noticing. Insya Allah.

7. Mentor! = Kena ada good mentor. That's true and proven.



8. E-(i)lmu dan Emosi = dapatkan ilmu dan kena beremosi untuk berjaya. Everybody has 'that small little voice' inside. That small little voice tu la yg kadang-kadang melecehkan kita, menggagalkan kita.. then, what to do? Lawan dia! Nanti kita jadi biasa-biasa sahaja. Kita kena sentiasa belajar sebab memanglah banyak yang kita tahu dan dah tahu.. tapi, baaaaanyak lagi yang kita tak tahu. Betul kan?

9. Sistem. = especially sistem orang lain yang dah berjaya. Mesti ada sistem, kalau tak semua jadi berkecamuk. Akhirnya, nothing is done sebab takde sistem. (Hubiby saya sangat gemar cakap pasal sistem. heh. ~ kekadang sampai geram saya dengar.. hahaha)


10. Kuasa Bertindak. = Tindakan - Gerak! Ramai yang gagal sebab gagal bertindak. That's true. Duk dendiam, nothing happen. Cam-cam tu je. Life goes on.. ^-^ leh cenggitu? hehehe.. tak leh. Ajaran sesat tu. Life is not like that. You have to have the will power to get things going. It's now or never!



11. Impian. = Sangat important. Yes. Impian anda apa? Impian saya : dalam masa setahun dari sekarang, saya nak bukak kilang pengeluaran produk perniagaan saya. Hah, gelakkan la if you think that's funny and hanya angan-angan mat (minah) jenin saya. Saya tak kisah sebab itu impian saya, mesti lah ikut suka hati saya. hehehe


12. Mengetahui dan menguasai potensi, bakat dan kemahuan diri kita yang sebenar. = ask yourself apa yang you minat. Of course, bila you minat, you will love what you do. Macam saya, saya suka masak. Dulu saya agak je saya suka masak. hehehe.. Tapi sekarang saya tahu saya suka masak. Sebab.. saya rasa tak penat bila saya masak. Saya pantang tengok resepi. Saya mesti tengok resepi at least 2 kali sehari. Kalau tak, saya rasa hari saya tu cam tak lengkap.. hehehe.. maknanya, potensi saya memasaklah. kan? ^_^




Ok, itu dulu buat masa ni. Just sharing sebab not everybody has time to attend to this kind of course, at least I've donated my share (that is to add value to other people's life).



Insya Allah. Semoga dapat dimanfaatkan semoga hidup anda dan kita semua menjadi luar biasa dari segi 5-K - Kebahagiaan, Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan dan Keberkatan! Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.



Saturday, July 2, 2011

Puding Triffle

Puding Triffle




Letak gambar dulu. Nanti bagi resepi.


Check later, ye.. :o)