Wednesday, April 25, 2012

Sharing Is Loving


Reunion IMKK di Menara PGRM, Cheras KL on 22 April


Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir, saya sharekan serba sedikit antara inti-pati reunion tu.

Seperti biasa, Dr Azizan lah mentornya. :o)

Kunci Kejayaan :

1.  The Power of Gratitude - Bersyukur dengan semua yang kita ada. Bagaimana nak tunjukkan yang kita ni bersyukur? Dengan bersolat dan banyakkan bersedekah, insya Allah, lebih banyak yang akan kita dapat. Bila bersyukur tu, pegang dada (kawasan jantung) agar kita rasa degupan tu. Agar kita benar-benar rasa berterima kasih kepada Allah kerana masih lagi hidup dan diberi kesempatan untuk membuat lagi kebaikan demi kebaikan agar mati kita esok, banyak amalan yang baik-baik kita bawa. Semuanya ada kena-mengena dengan the Law of Alignment iaitu, what we think, what we feel disertai dengan action yang sepatutnya. That is why; bersyukur ~ feel di jantung kerana degupan itu ~ disertai dengan action : solat (+sunat) dan bersedekah. Simple principal.

2.  The Power of Focus - "Kita boleh jadi apa sahaja yang kita nak, yang hati kita mahu kita jadi". Syaratnya, fokuslah! Jangan sekerat jalan atau kejap nak, kejap taknak. We must finish what we started. Macamana? Kena ada matlamat yang jelas. Then, there come our focus terhadap sesuatu tu. And always remember, challenges are part of life.. tapi, tetapkan diri bahawa kita ada matlamat yang kita kena capai. Teruskan perjalanan. Selalu kita ada hasrat hati nak jadi macam orang2 yang berjaya tu, tapi orang yang berjaya-berjaya tu, fokus dia macamana pulak kan? Sure-lah tak macam kita, kan? Kannnnn...?

3.  The Power of Goal - There comes again, GOAL. Matlamat. Sesuatu pekerjaan atau 'perlawanan' tu mesti ada matlamat kan? So, set lah nak menang. Siapa yang nak kalah, kan? Kannnnn...?

4.  The Power of Action - Yes, tindakan. TINDAKAN. Semangat berasap-asap, panas membara pun, kalau action tak de, tak guna gak. Jadilah NATO - No Action, Talk Only! Then, talk till die. Heh.

5.  The Power of Giving / Contribute - Bersedekah, membayar zakat, membantu golongan yang kurang berkemampuan mahupun yang memerlukan. Memberi. Especially yang boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan dan yang terbaik, ke arah akaun akhirat kita. Dr Azizan kata, golongan yang kurang upaya itu adalah golongan istimewa. Sebab, mereka memang istimewa kerana  tempat mereka di syurga insya Allah, terjamin. Kita yang sempurna (Alhamdulillah) ni has a lot to work for. And, sebenarnya, kita yang memerlukan bantuan mereka. Di akhirat sana. So, sementara kita di dunia ni, bantulah, memberilah. Kerana, di sana nanti, kita lah yang akan jadi 'golongan yang memerlukan' tu. Psst! Ada keajaiban dalam memberi, dan tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah. Itu hadis ok.

6.  The Power of Attitude - Ini masalah semua orang. Fight vs give up. Fight, fight, fight! (Wah, cam ESQ pulak). Do not self-sabotage. Apabila kita kata kita tak mampu, message dari otak sampaikan kat badan, kat semua-semua nerve kita, pastu kita pun akan benar-benar jadi tak mampu. Nak? Taknak. Katakan taknak. Heh. (Geram ni. Ditujukan khas buat kawan-kawan terdekat yang asyik self-sabotage diri dia sendiri) ~ HARUS terasa sesiapa tu. Yes, untuk korang la mak tulis ni. hehehe.. 

7.  The Power of Character - Semua orang mesti ada kelebihan. 'Tidak Allah jadikan sesuatu sia-sia'. Sedangkan orang yang kurang upaya tu pun Allah jadikan tidak sia-sia. Untuk rahmat orang sekelilingnya. Untuk cepatkan orang sekelilingnya masuk syurga seperti dia. Dia ahli syurga tau. Kita? Insya Allah, Amin.  Tu yang nak kena faham tu. Balik semula pasal kelebihan. Pasti banyak kelebihan yang ada dalam diri kan, tapi pilih satu sahaja mencukupi. Dan... DO THE BEST! Sure boleh punya kan? Ada orang tak move sebab dia kata dia takde kelebihan (self-sabotage la tu! *nada innershine*), tapi ada orang tak move sebab dia rasa dia terlebih banyak kelebihannya... pulok doh! Sampai tak tau nak pilih mana satu. Pulak....! Dong, pilih la satu sahaja, the one you love to do the most, yang tidak akan menjemukan, yang tidak mengundang rasa penat atau terpaksa dalam diri. Kannnnn....? (Itu ayat Dr Azizan)

Bolehhh? Pasti boleh? Align-kan what we think, what we feel, our talk and our action, Insya Allah, jalannya akan dimudahkan Allah. Sebab, when you start to limit yourself, kata Dr Azizan, then you are limited! Kata saya, you are finished, ms/mr self-sabotage! hehehe (lebih sudu dari kuah) ~ aloo, kuah ke senduk ahh? Tetiba tak ingat peribahasa melayu.. ceh, lupa daratan! hehehe

Now, kalau boleh (memang boleh) dimanfaatkan, manfaatkanlah ye. Bersama-sama kita menuju dunia dan akhirat yang cemerlang. Insya Allah, Amin.

Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap maafkan bahasa asal-faham, takyah balas. :o)  Pen merah, pen biru.. you marah.. i lap you! (Lap u ngan kain basah, tutup sekali kepala tu.. geram takmo terima nasihat!) hahaha

1 comment: