Dasar :
1/2 buku butter - suhu bilik
2 sudu besar gula pasir
1 1/3 cawan tepung
1/2 sudu teh garam
Topping:
4 biji epal
5 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh serbuk buah pala (cinnamon)
2 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil lemon juice
4 sudu besar jem buah2an (I used mixed fruit jam)
Crumble :
1/2 cawan tepung
3 sudu besar gula
4 sudu besar butter - softened
Cara :
1. Kupas, and potong epal kecil2. Dalam skillet besar, campurkan potongan epal, gula dan serbuk buah pala. Masak dengan api sederhana panas, kacau sehingga lebih kurang 5-7 minit, sehingga epal menyerap jus gula dan buah pala.
2. Dalam cawan yg berasingan, campurkan tepung jagung dan jus lemon. Sebatikan.
3. Tuang jus lemon dan tepung jagung ke dalam skillet berisi epal di atas dapur, kacau sehingga 3 minit atau sehingga pekat. Ketepikan.
4. Panaskan oven 170 darjah celcius, gris pan dengan butter.
5. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung, gula dan garam. Sebatikan.
6. Masuk butter yang lembut ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan sehingga seakan-akan breadcrumbs.
7. Padat-padatkan ke dalam pan, bakar selama 10 minit. Keluarkan dari oven.
8. Lengserkan jem ke atas base yg telah dibakar tadi dan tuangkan epal masak tadi ke atasnya.
9. Gunakan mangkuk lebihan tadi untuk gabungkan semua bahan untuk membuat crumble. Sebatikan sehingga semua menjadi berderai. Taburkan ke atas epal pai, sehingga menutup keseluruhan permukaan. Bakar sehingga 25-30 minit. Sejukkan dan potong bentuk petak. Hidangkan.
mira...aku baru bace dah pening...belum buat lagi..wakakakaka....anis
ReplyDelete